Monday, May 23, 2016

SPRING IN SEOUL KOREA | DAY 1 HELLO KOREA!!!

Assalamualaikum..

10 Mei 2016 jam 10.00 malam - Oey sampai rumah aku di Salak Tinggi dan kitorang gerak lepak minum dulu sebelum hantar aku ke KLIA2. Flight aku jam 8.00 pagi, 11 Mei 2016. Namun, aku terpaksa pergi KLIA2 awal sebab nak temankan Mus yang sepatutnya akan sampai dari JB jam 9.30 malam tadi. Aku pelawa tidur rumah aku, dan subuh-subuh terus gerak ke airport tapi Mus taknak sebab takut terlajak tidur pulak katanya. Jadi, aku yang terpaksa mengalah. Takpelah, sekali sekala tidur di airport, takde hal punya. Lagipun, kitorang ni kan lelaki, InsyaAllah boleh jaga diri. TJ akan gerak dari Cheras subuh-subuh esok.

Nasib baiklah Oey sudi nak hantarkan aku tengah-tengah malam buta walaupun dia datang dari KL. Sebenarnya akan berlaku "timbal balik" antara aku dengan Oey. Hari ni dia hantar aku ke KLIA2, nanti 21 Mei pula aku kena ambik dia di KLIA2. Tarikh 18 Mei dia akan bercuti ke Yogjakarta dengan member dia, manakala 18 Mei tu pulak aku balik dari Korea. Aku tengah risau juga ni, nak minta tolong siapa ambik aku kat KLIA2 nanti. Arghhh lupakan dulu hal tu, fokus untuk percutian ni.


Dapat whatsapp dari Mus, katanya dia terlepas flight pukul 8.00 malam tu dan terpaksa beli tiket flight baru jam 11.00 malam. Ok, takpelah asalkan dia akan sampai ke KLIA2 dah cukup bagi aku. Dalam pukul 12.00 tengah malam, Mus sampai dan kitorang jumpa di Old Town. Banyak sangat masa nak menunggu sementara tibanya hari esok. Cari tempat lepak yang tak ramai orang dan cuba untuk lelapkan mata tapi tak berjaya nak lelapkan mata juga. Mungkin sebab tidur secara duduk, badan jadi tak selesa. Kitorang decide pergi foodcourt sebab Mus dah lapar. Rupanya ramai orang tidur di foodcourt je. Apa lagi, lepas makan terus tidur. Nyenyak jugak tidurnya.



Lepak di foodcourt sambil study mengenai Korea.

Jam 4.30 pagi, terjaga sebab dah bunyi bising. Orang dah makin ramai di airport. Ini betul-betul pengalaman dan kalau diberi pilihan lagi, aku rasa macam taknak melalui pengalaman kedua atau ketiga. Kitorang bergilir-gilir ke toilet dan bersiap-siap pakai wangi-wangian, gosok gigi dan cuci muka. 

Jam menunjukkan 6.00 pagi dan janji jumpa dengan TJ di balai pelepasan. Mus dan TJ check in bagasi dorang dan perlu beratur lama. Aku risau juga, sebab orang ramai. Alhamdulillah, semua selesai dalam jam 6.30 pagi. Kitorang terus boarding dan selesaikan urusan di Imigresen dan kastam. Malang pulak nasib aku sebab gel rambut dan syampoo aku kena rampas dan dibuang sebab melebihi had 100ml. Jam 7.00 pagi, kitorang dah ada di ruang pelepasan. Terus berkejar ke surau untuk solat Subuh.




Masa untuk boarding. Semoga Allah melindungi kami semua dan selamat sampai ke bumi Seoul, Korea.

SEPANJANG PENERBANGAN


Penerbangan ini akan mendarat di Incheon International Airport dan mengambil masa selama 6 jam. Lama kan 6 jam tu? Bertabah je dalam perut kapal terbang dan buatlah aktiviti sendiri. Aku bawak buku cerita Harry Potter, itupun pinjam dari perpustakaan kat opis. 2 buah buku aku bawak. 





Puas baca buku, aku tidur. Puas tidur, bangun sambung baca buku. Macam tu je lah aktiviti selama 6 jam. Mus dan TJ pun banyak habiskan masa dengan tidur.

Sepanjang penerbangan aku tak makan langsung. Last aku makan masa Oii hantar aku ke airport malam semalam. Dalam flight, aku macam malas nak order makan sebab mata mengantuk. Last-last menahan lapar dan haus. Padan muka aku sendiri.

Akhirnya...


Penerbangan D7 504 mendarat juga di Korea pada jam 2.20 petang (waktu Korea). Waktu di Korea cepat sejam dari waktu di Malaysia.

Alhamdulillah!!!! Terima kasih ya Allah.


HELLO KOREA!!!! 


Aku dah sampai!!!!! 


Kapten kapal bagitau yang suhu sekarang adalah 19 degress. Yahooo..merasa juga suhu sejuk-sejuk macam ni.

Tempat pertama yang kami tuju selepas turun adalah cari toilet. Sejuk ya ampun.. Kena buang apa-apa bahan buangan yang tidak diperlukan dalam perut.

Perasaan??


Teruja dan happy sebab dapat bercuti dan meninggalkan Malaysia untuk tempoh 8 hari..InsyaAllah. Semoga kitorang sihat hendaknya sepanjang percutian ini. 



Bila keluar dari perut kapal, kena jalan turun ke bawah dan cari eskalator untuk naik train menuju ke main terminal. Orang ramai, jadi kena jalan laju-laju.





Queue untuk naik train. Train ni free je. Dari tempat arrival ke terminal utama. Kalau sampai sini, tak perlu risau atau tercari-cari di mana kaunter Imigresen dan bagasi. Memang tempatnya bukan di sini.

Aku punya tahap eksited tu memang memuncak-muncak sampai aku tinggalkan Mus dan TJ. Dorang jauh kat belakang aku. Nasib aku lah dapat queue depan sikit walau hakikatnya barisan memang panjang sangat. Ramai juga muka-muka melayu sepanjang barisan. Segala urusan Imigresen selesai. Perlu diingatkan bahawa kawasan ini adalah larangan untuk bergambar. Ada pelancong depan aku selamber je ambik gambar. Nasib baik orang Imigresen tak nampak, kalau tak maunya kena rampas kamera tu.

Tengok lane mana nak kutip bagasi. Time ni tunggu Mus & TJ yang belum settle Imigresen.

Imigresen ok, bagasi Mus dan TJ pun dah kutip, terus je kitorang gerak mencari signboard train station. Mus singgah ke kaunter sewaan sim card sebab dia nak guna unlimited data. Sebenarnya, penginapan kitorang tu disediakan sekali wifi pocket, tapi entah kenapa si Mus ni nak sewa sendiri.

Kaunter sewaan sim card dan wifi. 

Di Korea ni lebih mudah pakai T-Money kalau nak guna public transport. Fungsinya sama macam kad Touch N' Go. Perlu ada kad dan perlu ada duit di dalamnya. Untuk kad T-Money, TJ bawa 3 keping kad dari Malaysia. Itupun dia pinjam dari akak opis dia yang kebetulan baru balik dari Korea bulan lepas. Jadi, kitorang cuma topup sahaja di kedai serbaneka dalam airport tu.


Topup T-Money = 20,000KRW (RM70.00)

Penginapan kitorang adalah di area Itaewon, jadi kitorang setuju untuk naik AREX (Airport Train) sahaja untuk ke sana. AREX ni ada dua jenis. Satu yang AREX Transit dan satu lagi AREX Ekspress. Kalau di Malaysia, kemudahan ni macam ERL.

Cara :
Dari Airport Incheon (naik AREX)  -  turun di Gongdeok St. - tukar Subway Line 6 (arah Bonghwasan) dan turun di Itaewon St. Exit 3.

Tambang :
Aku tak masukkan harga tambang sebab tolak dari duit T-Money.


Owner apartment bagi kitorang pilihan pengangkutan. Boleh naik airport limousine (bas), AREX Express, Subway dan Teksi. Setelah dikira-kira, ternyata kemudahan yang kami pilih agak menjimatkan walaupun kena bertukar laluan.


 Cari signboard Airport Railroad (warna kuning) untuk naik train. Signboard ada di mana-mana. Yang penting perlu yakin dengan diri sendiri. Lokasi station di aras bawah. Mula-mula agak lost, jadi kitorang tanya di kaunter pertanyaan. Pastikan laluan korang betul iaitu train yang tulis All Stop Train (lebih kurang macam tu lah. Ada perkataan stop macam tu lah..)

Perjalanan dari airport ke Itaewon St. mengambil masa 1 jam setengah kerana kitorang guna train berhenti-henti sebab nak jimat kos pengangkutan. Sampai di Itaewon St., bermulalah cabaran pertama untuk kitorang di hari pertama. Tangga-tangga yang menguji stamina. Termengah-mengah naik tangga walaupun dah prepare stamina dari Malaysia. Hambik kau... dengan cuaca sejuknya, tapi tak apa. Demi untuk bercuti di negara orang, aku kena kuat.



Siap ada panduan route train ni. Yang merah tu maknanya dah lalu. Jadi, kita boleh nampak lampu-lampu tu bergerak.

Melintasi bridge.


 Keluar Exit 3, terus nampak kereta polis dan balai polis. Kitorang kena jalan terus ke hadapan dan belok ke kanan dan terus mendaki bukit. Mendaki lagi...

Itaewon, Seoul Korea. Belakang deretan kedai-kedai tu semua penuh dengan club dan pub.


PENGINAPAN - CUTE 2 BR

Cute 2 BR Apartment terletak di Yongsan-Gu. Sama jalan kalau nak ke Seoul Mosque dan beberapa restoran Muslim macam Siti Sarah Restaurant, Muree Restaurant, Eid dan juga Makan Restaurant. Kedudukannya terletak di rumah kedai di tingkat 1. Kalau tak tengok betul-betul map yang owner bagi, memang tak akan jumpa sebab jalan masuknya agak pelik. Bila dah jumpa lokasinya, kitorang macam was-was. Owner maklumkan yang apartment ni pintunya warna biru laut. Aku dengan confidentnya bukak lah satu pintu rumah ni dan terkejut sebab di dalamnya ada orang. Terus cakap sorry dan tutup semula pintu. Mus dan TJ dah tercengang. Kemudian, baru Mus bagitau yang apartment tu kat level 1.

OMG!!!!!! Nape tak bagitau kat level 1??? Nasib baik aku tak kena maki dengan orang rumah bawah tu. Nak naik ke atas kena naik tangga dengan mengangkut beg besar. Ya ampun, apakah dugaan kami ni??? Sape yang rajin tengok cerita Korea, korang mesti faham keadaan rumah dorang yang terletak di celah-celah bangunan kan? Itu yang kami alami.

Bila buka pintu, hurmmm.. rumahnya biasa-biasa je. Kat website nampak macam cantik sangat. Keh3..


Pintu masuk, cermin, dapur, peti ais, microwave. Selesa.. Bila buka tingkap, angin sejuk menerjah.. Gila lah!!! Sejuk woiiii...

Bilik aku. Katil tu cukup-cukup untuk aku sahaja. Ada meja dan rak. Best juga bilik ni. Kecik, simple dan selesa.


Oleh sebab hari ini adalah hari pertama kitorang, jadi malam tu cuba belajar naik train ke Banpo Rainbow Bridge. Sebelum tu, kitorang dinner dulu kat Pasha Kebab. Mula-mula keliru jugak nak dinner kat mana, bila nampak je kedai kebab ni, terus masuk dan order.

Dinner Kebab + Air Mineral = 9,000KRW (RM31.50)


Mula buat perangai kalau tengah lapar.

Menu-menunya seperti di atas. Perut dah keroncong, rasa macam nak order semua sekali tapi dalam masa yang sama tengok-tengok menu yang paling murah. Keh3 -)

 Masa order rasa macam tak cukup tapi bila makan separuh dah rasa kenyang.

Bila dah kenyang, barulah ada semangat nak berjalan kan. Aku pulak tertinggal jaket kat apartment, padahal tengah sejuk menggila tu. Nak tak nak, kena redah kesejukan juga dan kitorang gerak ke Banpo Moonlight Rainbow Bridge sebab malam ni memang tu je aktiviti yang dah dirancang.

Cara:
Dari Itaewon St. ambil laluan Bulgwang - turun di Samgakji St. - tukar laluan Line 4 (laluan Oido) - turun di Dongjak St., Exit 1 @ 2  


Laluan itu aku dapat dari website Korea Tourism Organizatiaon (KTO), jadi aku follow je apa yang dah diberitahu. Kitorang sampai dalam pukul 8.40malam. Tapi malangnya, bila kitorang tunggu dan tunggu, tiada apa-apa pertunjukan air. Aku syak yang kitorang dah tersalah tempat tapi bila tinjau-tinjau kawasan berdekatan, tak nampak pulak jambatan lain yang pancur-pancurkan air. Kecewa betul aku malam tu. Dengan sejuknya, kitorang duduklah tepi sungai tu sambil cuci mata tengok awek-awek Korea beriadah. Dorang ni walaupun tengah sejuk menggila pun masih lagi berbasikal dan berjogging. Kalau aku, memang duduk rumah je jawabnya.

Takpelah, takde rezeki untuk aku tengok pertunjukan air warna-warni tu. Mungkin untuk next time, aku kena study lebih sikit. Kena rajin-rajin bertanya kat orang.

Kalau ikut KTO, jadual pertunjukan macam kat bawah :-

Weekday :
12.00, 20.00, 20.30, 21.00

Weekend  :
12.00, 19.30, 20.00, 20.30, 21.00

Kalau sesiapa nak pergi, kena cari tempat yang betul. Seoul ni banyak sangat jambatan dia. Jangan tersalah tempat macam kitorang sudahlah ye.

Silap bridge. Yang Banpo tu dia ada dua layer laluan. Walaupun salah tempat, dapat juga hadap panorama cantik macam ni.


Malam tu memang aku kecewa habis. Mus dan TJ duk gelak-gelakkan aku. Hahahha.. Harap-harapnya tiada kekecewaan untuk hari kedua dan seterusnya. Mus dah risau kalau terlepas train, so kitorang kena balik ke Itaewon cepat-cepat. Aku pun memang kena singgah mana-mana kedai sebab nak beli gel rambut.

 Nampak baklava, ingat nak singgah beli tapi bila kira-kira balik macam tak berbaloi. Takpe, beli kat Malaysia je nanti.

Sempat meronda jap, tengok apa yang ada di Itaewon ni.

Kitorang pergi 7E yang dekat dengan apartment kitorang je. Aku cari gel, tapi takde pulak. Yang ada cuma wax. Terpaksa juga beli walaupun aku tak sesuai pakai wax. Rambut macam singa, mana boleh pakai wax. Sempat juga aku beli 2 botol susu pisang. Wajib minum kalau datang Korea sedangkan kat Malaysia ada je jual. Kitorang kena balik apartment dan berehat sebab esok nak ke Nami Island!!!!!


Susu Pisang = 2,600KRW (RM9.10)
Wax = 10,000KRW (RM35.00)

Menangis wooo beli wax dengan harga RM35.00 tapi salah diri sendiri. Lain kali kena beringat-ingat ye Fendi.

Perbelanjaan hari pertama :

Topup T-Money - 20,000KRW
Dinner - 9,000KRW
Susu Pisang - 2,600KRW
Wax Rambut - 10,000KRW

Total : 41,600KRW (RM145.60)

* sebarang pertanyaan boleh emel ke : ferdz_ jb@yahoo.com (_ & jb tu rapat ye)

1 comment: