Monday, May 23, 2016

SPRING IN SEOUL KOREA | DAY 2 NAMI ISLAND

Assalamualaikum...

Nyenyak betul tidur aku malam tadi dengan angin sejuk macam aircond. Elok je aku tidur bukak tingkap. Rugilah kalau tak nikmati moment-moment sejuk macam ni. Aku terjaga pukul 5.30 pagi dan cuaca dah terang di luar. Mencicit aku bangun dan tunaikan kewajiban walaupun matahari dah naik. Keh-)..

Lepas cuci muka, gosok gigi dan solat, rasa malas yang melampau-lampau. Rasa nak bermalas-malasan je pagi ni tapi aku kena lawan perasaan malas ni. Datang sini sebab nak bercuti, kalau setakat nak tidur baik duduk rumah kat Malaysia je. Aku terus siapkan breakfast aku.

Oat + coklat cip dan susu pisang...

My breakfast di pagi hari.

Breakfast sambil menikmati pemandangan macam ni. Duduk tepi tingkap. Angin dingin menerjah. Gigil-gigil rasa.

Tengah-tengah aku breakfast, TJ bangun dan pergi mandi. Lepas TJ mandi, Mus pulak bangun dan mandi. Pagi ni tiada breakfast untuk dorang sebab dorang bangun lambat. Aku pulak tak terfikir nak buatkan breakfast untuk dorang, lepaskan tekak sendiri je ni.

Bila masing-masing dah siap, terus keluar dan gerak ke subway station. Kalau nak ke arah station, kena turun bukit. Rasa macam cepat je sampai. Time nak balik apartment, mula kaki sakit-sakit sebab kena mendaki bukit. Pagi ini kitorang akan ke Nami Island.

Cara ke Nami Island :

Dari Itaewon St. (laluan Bonghwasan) - turun di Taereung St. - tukar Line 7 (laluan Bapyeong-Gu Office) - turun di SangBong - tukar train ITX (laluan Chuncheon) - turun di Gapyeong St.

Keluar dari Gapyeong St. dan ambil cab ke Nami Island. Cab ada tunggu di luar. Kena beratur kalau orang ramai dan ambil cab paling hadapan.


Tambang cab dari Gapyeong St. - Kaunter tiket ke Nami Island :

4,000 KRW (RM14.00) untuk satu cab



 Subway di Korea sangat mudah. Signboard banyak, jadi InsyaAllah tak akan silap. Yang line orange tu di maklumkan untuk transfer.

Nampak signboard tu? Kalau nak transfer, ikut anak panah naik eskalator.


Ini dalam train ITX menuju ke Gapyeong St. Masa dalam train ada terjumpa orang Malaysia. Oleh sebab sama-sama Malaysia, aku senyum-senyum la jugak kat dorang. Nanti dicop Melayu lupa diri pulak.

Gapyeong Station

Teksi berhentikan kitorang di parkir bas dan pemandu teksi siap tunjukkan tempat nak beli tiket ke Nami Island. Pandangan terlindung dengan bas-bas, kitorang ikut je rombongan-rombongan pelancong yang baru turun dari bas. Kaunter tiket tak berapa jauh dari tempat kitorang turun teksi.


Oleh sebab kitorang datang hari bekerja (Khamis), orang tak berapa ramai tapi kena beratur lah jugak. Nak ke Nami Island kena beli tiket feri. Kira kita bayar untuk feri dan masuk ke Nami Island tu sekali.

Tiket ke Nami Island :
8,000KRW (RM28.00) return

Perjalanan dari Itaewon ke Nami Island mengambil masa lebih kurang 2 jam. Layankan je view dari dalam train walaupun agak bosan.

Ada beberapa cara nak ke Nami Island dari tanah besar. Boleh naik feri, speed boat ataupun flying fox. Ada berani??




 Kaunter tiket.

Masa ni cuma ada dua kaunter sahaja yang dibuka. Mungkin sebab orang tak berapa nak ramai.

Pintu Imigresen. Konon-kononnya je lah. Sebenarnya dia check tiket kita je.

Tiket dalam tangan. Tengah tunggu feri.

Yeay!! Feri dah sampai. Nampak tak Jalur Gemilang tu? Proud sikit.


 Bendera Israel???


Nak beli rumah ni. Berangan...

Hampir tiba ke destinasi cinta..gituh...


Welcome To Nami Island. Gerbang ni lah yang akan menyambut para pelancong yang datang.

Nami Island menjadi glemer selepas menjadi lokasi penggambaran drama Winter Sonata yang pernah meletop-letop dan menjadi fenomena dulu. Padahal aku tak pernah tengok pun drama tu. Jadi, bila dah menjadi bualan, ia dijadikan salah satu lokasi pelancongan untuk orang ramai dari dalam dan luar negara. Senang betul dorang buat duit kan? Menariknya Nami Island ni adalah pada susunan landskapnya. Kalau nak bergambar-gambar tu boleh la. Musim spring ni, daun-daun pokok masih hijau, jadi takde beza dengan daun-daun kat Malaysia. Selain daripada itu, terdapat  juga muzium di pulau ini. Kalau rajin, boleh singgah.

 Kanan | Baca sendiri arah yang ditunjukkan tu.


First tempat yang kitorang pergi adalah kubur General Nami. Sepertimana sejarah Nami Island ni, General Nami telah difitnah/dikhianati dan mati di pulau ini. Macam tu lah lebih kurang ceritanya. Tapi dikatakan kubur dia ni sekadar kubur, ada ke tidak mayat dalam tu, tidak diketahui.


 Kiri | Poem General Nami


Kubur General Nami


 Peta Nami Island. Separa bulat bentuknya.


Kitorang berjalan ikut suka je. Asal nampak ada tempat menarik untuk bergambar, kitorang singgah. Jadi aku pun malas nak menaip panjang-panjang, layan gambar je lah ye.

 Nak bagi laluan ni clear, memang berjanggut.

 Bila dah orang agak tak ramai, Mus dengan TJ pulak hilang. Sudah, sape nak ambikkan gambar aku ni?

 Kita layan dedaunan di Nami Island.

Paling teruja bila nampak pokok daun kaler-kaler macam ni. Barulah terasa macam bercuti kat obersi.

 Merah nan menawan. Rasa macam nak duduk lama-lama bawah pokok ni.


Bila dah agak tengahari sikit, perut dah lapar. Kitorang memburu nasi goncang dan juga pau kacang yang menjadi sebutan kat sini.

Pau Kacang = 1,000KRW(RM3.50)

Jumpa juga pau kacang. Kalau baca blog-blog orang, katanya yang jual pau ni pakcik tua. Kitorang tak jumpa pulak pakcik tua. Yang ada cuma kakak ni. Boleh layanlah pau dia. Sama je macam kat Malaysia.

Misi seterusnya adalah mencari nasi goncang. Kalau nak mencari sendiri, mesti take time, jadi aku cakap dekat Mus dan TJ yang aku nak pergi tanya pekerja kat satu restoran ni. Jadi, aku pun tanya dorang nak cakap nasi goncang tu apa dalam English? Shake rice ke apa? Dorang pun iyakan je lah kan. So, aku pergi lah tanya pekerja tu.

"Excuse me sir. Where can i get "shake rice"?"

Beriya lah aku shake rice bagai, sekali je pekerja tu pun balas... 

"oooo nasi goncang..you go straight and turn left"

Demnnn.. takyah beriya sangat nak translate-translate bagai.. dorang pun dah tahu bahasa kita. Nampak sangat orang Melayu ramai datang sini.



Restoran nasi goncang bukan di area sini. Kena jalan ke arah kanan gambar ni, kemudian belok kiri. Kedudukannya di tepi deretan kedai ni tapi ke belakang sikit.

Inilah restorannya. Apa nama pun aku tak tahu. Bila dah jumpa, terus terjah masuk. KItorang confident sebab nampak bekas makanan dia atas meja.

Tu dia menu. Order kat kaunter dia ye. yang smallwillow-smallwillow tu yang nasi goncang. Aku duk mencari lah perkataan shake rice ke apa ke yang berkaitan dengan nasi goncang, takde pulak. Aku ambik nasi goncang tuna.

 Didatangkan dengan sarung tangan. Pakai sarung tangan pun still rasa panas.

 Kiri | Shake..shake..shake uollss...dengan penuh sopan santun aku goncang bekas tu..Sekali tengok meja lain, dorang siap hentak-hentak atas meja..LOL... 
Kanan | Itu adalah bekas tissue. Semua benda aku snap sebab bagi aku dorang penuh dengan art.


 Bila bukak je kan terus speachless.. laaa, macam ni je ke? sama macam nasi goreng sardin je.

Ini kimchi pie. Mus belanja tapi tak habis makan pun. Sebab makan nasi tu macam mual-mual pulak rasa. Maybe sebab tuna tu rasa hanyir.

Nasi Goncang Tuna = 6,500KRW(RM22.75)


Perut dah kenyang, angin sejuk meniup-niup, mata pun jadi layu. Kalau ikutkan hati kitorang, mahu je lepak bawah pokok dan membuta tapi banyak lagi tempat yang kitorang tak pergi tengok.



 Di pulau ni banyak arca-arca macam ni. Semua ada kaitan dengan Winter Sonata.

Kiri | Tupai tu tak takut orang. Dia datang pada orang yang ada makanan.
Kanan | Antara lukisan-lukisan yang ada dipamerkan. 





Dibawah pohonan rimbun dan menghijau. Tempat dating orang Korea.

 Kanan | Itik yang disumpah menjadi batu.


Jalan punya jalan punya jalan, sampai tak tahu nak ke mana lagi dah. Mus dah mencari tempat duduk sebab dia dah macam bosan. Actually aku pun dah bosan. Last sekali, kitorang patah balik dan singgah je mana-mana tempat yang belum singgah.

First Kiss Winter Sonata....


Vandalisme betul. Habis snowman tu kena conteng-conteng. Kita abadikan sikit kat sini. Bila nak dapat first kiss ni? Eh....menggatal pulak ye..

Kitorang bertiga. Pandang sinilah Mus woit...



 Laluan keretapi. Veteran dan kanak-kanak je yang naik train. Abang-abang gagah macam kitorang jalan kaki je.


The Song Museum. Untuk kali ni aku tak masuk sebab dah pernah masuk masa percutian pertama aku dulu (tahun 2013).


Singgah di kawasan lukisan ni lagi. Suka tengok gabungan warna yang digunakan.


Kat pulau ni ada hotel. Tapi macam bosan je malam-malam kat sini.

 Kiri | Ukiran daripada kayu
Kanan | Hasil seni daripada getah tayar

Hai..Apa khabar? Saya Fendi dari Malaysia.




 
Cantik-cantik seni yang dipamerkan di sini. Orang berjiwa seni mesti suka. Macam aku lah..


Dalam pukul 3.00 petang, kitorang gerak keluar dari Nami Island sebab aktiviti seterusnya yang kitorang nak buat adalah naik cruise merentasi Sungai Hang.

Babai Nami Island. Till we meet again..InsyaAllah tahun 2018. 

* Perjalanan balik sama saje macam pergi, cuma kena terbalikkan perjalanan tu. Teksi sentiasa ada, jangan risau. Tambang teksi ke Gapyeong St. = 3,300KRW (RM11.55) sebab guna meter. Tambang balik Mus bayar.


Cerita pasal Eland Cruise pada entry seterusnya..



* sebarang pertanyaan boleh emel ke : ferdz_ jb@yahoo.com (_ & jb tu rapat ye)

No comments:

Post a Comment