Wednesday, May 25, 2016

SPRING IN SEOUL KOREA | DAY 3 EVERLAND

Assalamualaikum...

Aktiviti kitorang hari ni agak jauh juga. Kalau semalam kitorang dah ke Nami Island, kali ni kitorang akan ke Everland. Everland ni merupakan salah satu taman tema yang terkenal di Seoul, Korea.

Cara ke Everland dari Itaewon :

Dari Itaewon St. (laluan Bonghwasan) - turun di Yaksu St. - tukar laluan Line 3 (laluan Ogeum) - turun di Seoul National University Of Education - tukar Line 2 (laluan Seongsu) - turun di Gangnam St., Exit 10.

Bila keluar dari station tu, jalan kaki terus sampai nampak station bas yang orang beratur panjang di hadapan kedai WHO.A.U. Di hadapan laluan keluar station ada sebiji pondok bas. Jangan tunggu di situ ye. Station bas sebenar di hadapan lagi sikit.

Naik bas nombor 5002. 

Tambang bas adalah 2,500KRW (RM8.75) boleh bayar cash atau guna T-Money. Kitorang guna T-Money.

Selain dari Gangnam St., boleh juga tunggu red bus di beberapa lokasi seperti berikut :-

* Gangbyeon St., Jamsil-Songpa, Pangyo (bus no 5700)
* Gangnyeon St., Cheonho St., Gangdong St., Gwangju (bus no 1113)
* Sadang St., Nambu Terminal, Bundang (Seohyeon) (bus no 1500-2)


Station Gangnam

Actually kitorang macam lost sekejap bila dah keluar di Exit 10 tu sebab tak pasti nak tunggu di station bas yang mana satu. Kemudian, aku cuba tanya pada sorang Korean ni yang tengah berniaga tapi sayangnya dia tak reti berbahasa Inggeris. Kalau kat negara orang ni jangan segan nak bertanya. Aku tanya lagi kat sorang awek Korea yang tengah nak melintas jalan. Nasib baik dia fasih berbahasa Inggeris dan dia tunjukkan arah tempat menunggu.

Orang beratur panjang. Kitorang sebenarnya dah risau sebab baki T-Money macam tak cukup. Semalam kan dah berjalan jauh ditambah lagi dengan tambang AREX masa mula-mula sampai. Bila kitorang kira-kira balik, agak-agak macam lepas untuk tambang pergi je ni. So, nanti masa kat Everland, kena cari juga mana-mana kedai yang boleh topup T-Money.

Tunggu bas nombor 5002 di station bas berhadapan kedai ini ye.

Beratur. Jangan rebut-rebut.


Katanya sistem bas adalah non-stop tapi rupanya ada je dia berhenti-henti di beberapa station untuk ambik penumpang. Jadi, ada juga penumpang-penumpang yang berdiri. Perjalanan dari Gangnam ke Everland mengambil masa 40 minit hingga 1 jam bergantung pada trafik. Nasib baik kitorang dapat tempat duduk.

Dalam bas.

Bas akan berhenti di perhentian terakhir iaitu di tempat menunggu bas Everland. Dari situ, kena ambik shuttle bus yang disediakan oleh pihak Everland untuk ke pintu masuk taman tema.

Laluan ke shuttle bus.

Tunggu di sini. Shuttle bus ni sentiasa je ada. Keadaan lengang je waktu ni.

Dalam shuttle bus. 

Turun saje dari shuttle bus, terus berlari-lari nak beli tiket masuk. Akulah yang beriya sebab taknak beratur panjang. Tiba-tiba Mus hilang. Bila dia datang kat kitorang, dia bawak satu kotak air. Eh.. rupanya ada khemah tengah edarkan air kotak free. Tak nak lepaskan peluang, dengan tak tahu malunya aku pun join sekaki. Dapatlah satu kotak air free buat melepaskan dahaga.

Tadaaa...air kotak kanak-kanak. Sedap bak hang...

Kaunter tiket.

Tiket masuk Everland = 36,000KRW(RM126.00)

Kalau nak dapatkan harga macam ni, kena dapatkan vaucer dari Korea Tourism Organizatin(KTO) melalui laman webnya atau pergi ke KTO Kuala Lumpur atau di Seoul untuk dapatkan buku vaucer. Kalau takde vaucer, harganya adalah 52,000KRW(RM182.00). Mahal tu...

Inilah vaucer kami. TJ yang bawak.

Tiket sudah berada dalam tangan. Let's explore Everland!!!!!

Keluar perangai kanak-kanak bila dah masuk sini. Masa nak masuk, ada sekumpulan famili dari Malaysia. Sempat dorang mintak Mus tolong ambikkan gambar dorang sekeluarga.

Oleh sebab Everland ni sangat luas, maka kena bawak guide ni walaupun aku malas nak tengok map.

Everland ni dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Global Fair, American Adventure, Magic Land, European Adventure dan Zoo Topia. Di setiap bahagian tu pula ada restoran dan juga shopping outlet serta beberapa attraction. Nampaknya kitorang perlu bersaing dengan kumpulan-kumpulan pelajar sekolah yang sangat ramai. Aku pun tak tahu apa yang dorang buat kat sini? Adakah hari ini hari outing dorang? Adakah ini salah satu aktiviti ko-kurikulum dorang? Kalau aktiviti ko-ku pun, apsal datang Everland pulak kan?

Niat hati nak naik semua ride-ride game yang ada tapi bila tengok barisan orang beratur punyalah ramai, terus terbantut niat di hati. So? apa lagi yang kitorang nak buat kat sini?

Layankan sahaja apa-apa yang ada. Alang-alang dah sampai ke sini dengan harga tiket yang agak mahal, tak berbaloi kalau nak keluar awal.

Tema Everland kali ini adalah Rose Festival, bermula 05 Mei sehingga 06 Disember 2016. Jadi, kitorang disajikan dengan bunga-bunga rose sahaja.

Aku seperti berada di alam fantasi.

 Kiri | Tepek muka TJ sekeping. 
Kanan | Restoran punya lah cantik designnya.

 View dari sini sangat cantik ditambah lagi dengan langit cerah dan berawan. Di saat ini aku sedang mengalami sunburn.




Restoran lagi.





Kitorang pagi tadi tak sempat nak breakfast tapi sempat aku sambar biskut dan simpan dalam beg. Mus pula bawak jajan saki baki semalam yang dia beli. Oleh sebab impian nak naik ride dah terbantut, kitorang duduk lepak sambil melayan perasaan dan sedapkan hati masing-masing. Keluarlah cerita yang entah apa-apa, merepek meraban punya cerita.

 Kanan | Untuk kanak-kanak sahaja.


Aku perhatikan je game ni. Dapat naik sekali pun ok lah, tapi dorang berdua macam tak minat je.

 Tempat ni aku pernah bergambar sebelum ni. Dah macam tempat wajib bergambar pulak ye.

Oleh sebab tema kali ini adalah rose,  jadi pihak Everland ada sediakan satu taman yang diberi nama Shakespere Rose Garden. Penuh dengan bunga-bunga rose pelbagai kaler. Dah macam dalam hati ada taman bunga rose pulak aku rasa bila masuk kawasan ni. Terpaksa..takde tempat lain yang nak dituju.

Terasa macam keluar lagu bunga-bunga cinta...layu di pusara........




Sesuailah untuk mereka yang sedang bercintan-cintun. Tujuan aku masuk taman ni sebab saje nak tengok-tengok. Eh, mana tau bertemu jodoh kat sini pulak kan???


LED Rose. Malam je baru on lampu LED nya.

Flower Magic Tower. Bapak tinggi tower bunga rose ni. Boleh masuk kat bahagian dalam tu tapi kitorang tak masuk pun.



 Kiri | Tutup mata. Nampak tuttttt...
Kanan | Rose tower di balik air


 Aku tunggu show kat Four Season Garden ni tapi takde pulak. Mungkin belum time nya. Malas nak tunggu lama, kitorang gerak ke tempat lain.




 Kitorang dah lapar time ni. Cuba-cuba masuk ke Holland Village sebab banyak restoran kat sini. Eh nampaknya kena tahan lapar juga sebab menu-menu nya adalah tidak halal.



Senibina bangunan Belanda.


Antara daya tarikan yang ada di Everland adalah roller-coaster T-Express yang diperbuat daripada kayu. Mus ajak naik, aku on je. TJ tak nak naik. Dia sanggup tunggu bawah je. Bila tengok barisan, alahhhh kecewa lagi. Panjangnya beratur. Budak sekolah je ramai.

T-Express berada di dalam Alpine Village. Dalam ni ada restoran. Restoran pun orang beratur panjang.

 Peta. Mampu pandang peta je lah

 Nampak tu?? Tinggi wei dan roller coaster ni banyak junaman dia. Tahun 2013 dulu aku pernah naik. Best sangat-sangat. Sebab tu nak cuba lagi sekali. Sebenarnya kalau nak beratur tu boleh je tapi macam habis masa kat sini je nanti.



Akhirnya kitorang tinggalkan T-Express macam tu je. Sayunya hati tak dapat naik T-Express *Drama sangat


Kitorang bukak map semula dan cari apa lagi attractions yang ada di Everland ni. Kitorang decide masuk ke Safari World sebab boleh duduk dalam bas dan tengok tigers, lions dengan bear. Beratur pun panjang ye, bertabahlah kami bertiga. Apalah nasib kitorang.

Kat KL pun aku tak rajin nak ke Zoo Negara. Tiba-tiba kat sini rajin pulak beratur nak masuk Safari World. 


 Sambil-sambil beratur, layan gelagat anak Korea comel ni.


Pandai dia tarik perhatian pelancong yang tengah beratur supaya tak bosan menunggu.


Excited ke tidak????


Di Safari World ni kita akan dibawa ke taman safari dan menyaksikan kehidupan singa, harimau dan juga beruang dengan menaiki bas (spesis bas la kut). Rasa lebih dekat dengan haiwan-haiwan itu semua. Teruja lah jugak dapat tengok harimau jalan tepi bas.






Harimau putih.







 Beruang ni main pusing-pusingkan kayu. Pandai pulak dia.






Kiri | Driver bas bagi beruang makan



Habis je aktiviti di Safari World, kitorang cari pulak Panda World. Ni pun lagi satu. Kat Zoo Negara tu ada je panda, tak minat pula nak tengok. Datang sini, terkejar-kejar cari panda. Bukan senang nak cari Panda World ni walaupun dah berpandukan map. Terpusing-pusing jugaklah. Sementara nak mencari Panda World, sempat singgah beberapa tempat lain.







Sekali je ternampak Sea Lion Stadium dan show dah nak dekat. Eh masuk terus dalam stadium tu. Layan juga tengok show sea lion dengan penguin. Bukan selalu dapat tengok benda-benda macam ni kan.


Show dalam bahasa Korea, tiada subtitle. Buat-buat paham je. Orang tepuk tangan, kita pun ikut tepuk tangan. Orang bersorak, kita pun bersorak. Show ni tak lama pun, dalam 20 minit je.

Tempat terakhir yang kitorang pergi adalah......

Panda World.


Jangan ingat tak kena beratur.. Barisan pun panjang ye, padahal nak tengok panda je.


Bila masuk, pengunjung disajikan tengok skrin bulat yang akan mengelilingi kita. Berpusing-pusing tengok skrin tu.




 Di Panda World ni kitorang cuma tengok panda je. Tak lama pun dalam ni. Ambik gambar sikit-sikit, terus keluar.

Pukul 4.00 petang, kitorang keluar dari Everland. Niat memang nak tunggu sampai malam, tapi bila pikirkan transportation, terus cancel. Sebenarnya subway dan bas ada je sampai malam, cuma taknak lah ambik risiko kan. Takut-takut terlepas bas dan subway, mana nak tido nanti??

Perjalanan balik sama macam pergi. Dari Everland naik shuttle bus. Tunggu di bus station, naik bas nombor 5002 untuk ke Gangnam. Dari Gangnam ambil subway ke Itaewon.

Baki T-Money kitorang tak mencukupi, nak topup kat 7E di Everland tapi tutup pula. Bila tanya kat driver bus, katanya boleh bayar cash. 

Tambang bas dari Everland - Gangnam = 2,500KRW(RM8.75)

Oleh sebab kitorang balik tu waktu orang balik kerja, jadi traffik tak berapa nak ok dan paling malangnya bila aku kena berdiri sepanjang perjalanan. Dengan menahan lapar, kaki dah ketar-ketar, kena berdiri pulak. Nasib baiklah masih mampu bertahan sampai ke Gangnam. Sampai Gangnam terus cari 7E untuk topup dan beli air. Mula-mula nak beli roti tapi boleh pulak Mus timbulkan isu halal ke tak roti yang dijual. Terus batalkan niat beli roti. Cuma beli susu pisang.

Topup T-Money = 10,000KRW(RM35.00)
Susu Pisang = 1,300KRW (RM4.55)

 Kiri | Warga kota pulang kerja
Kanan | Susu pisang. Sekali teguk habis sebab haus.

Google-google tempat makan di Gangnam tapi tak jumpa pulak kedai yang halal. So, kitorang balik ke Itaewon dan makan di sana je. Sampai di Itaewon, singgah ke EID Restaurant tapi orang penuh. Penuh dengan orang Malaysia. Terus balik apartment dan lepas Maghrib baru turun semula untuk dinner.

Dinner Korean Food = 12,000KRW(RM42.00)

Apa ntah nama dia.. Sedap ya ampun sebab kebulur tak makan dari siang tadi.

Perut dah kenyang, tenaga masih ada, kitorang jalan-jalan jap area Itaewon untuk cuci-cuci mata.






Masuk kedai ni bau wangi je tapi perfume dia tak berapa nak menarik baunya.

Perbelanjaan hari ketiga :

Tiket Everland - 36,000KRW
Tambang bas dari Everland-Gangnam - 2,500KRW
Topup T-Money - 10,000KRW
Susu Pisang - 1,300KRW
Dinner Korean Food - 12,000KRW

Total : 61,800KRW (RM216.30)

 * sebarang pertanyaan boleh emel ke : ferdz_ jb@yahoo.com (_ & jb tu rapat ye)

2 comments:

  1. kerana layan sgt running man tau jugak kat everland ada apa. hahaha

    ReplyDelete
  2. saya tak pusing sepenuhnya..xpuas ati gak sbnrnya

    ReplyDelete