Tuesday, June 7, 2016

SPRING IN SEOUL | DAY 7 GWANGHWAMUN SQUARE - CHEONGGYECYEON STREAM

Assalamualaikum...

Selesai jalan-jalan di Haneul Park, kitorang terus gerak ke Gwanghwamun Square sebab aku memang teringin sangat nak jalan-jalan kat area sini. Tahun 2013 dulu tak jejak kaki ke sini pun sebab terkejar-kejar pergi tempat lain. 

Cara dari Hanuel Park ke Gwanghwamun Square :

World Cup Stadium St. (laluan Gongdeok) - turun di Gongdeok St. - tukar Line 5 (laluan Gwanghwamun) - turun di Gwanghwamun St. Exit 1, 2 atau 8.

Gwanghwamun Square ni merupakan satu dataran dan terdapatnya statue King Sejong. Apa boleh buat di sini?

Kalau aku, aku memang nak bergambar dan jalan-jalan sahaja di sini. Kalau ikut hati, memang nak explore satu-satu bangunan tapi keadaan kiri-kanan jalan macam sibuk sebab ada Presiden Indonesia datang. Macam banyak je polis meronda-ronda. Datang pula waktu matahari dah meninggi. Terik juga panasnya. Waktu tengahari macam ni biasanya angin-angin sejuk takde. Bila sekejap panas, sekejap sejuk, mula lah bibir kering dan menggelupas. Tekak pulak haus memanjang. 

Bila nampak je patung King Sejong tu, rasa happy je sebab niat nak menjejakkan kaki di dataran ni dah termakbul. Bila tengok betol-betol, Gwanghwamun ni macam dataran Putrajaya tu je yang kat area Presint 2 tu kan.. Kiri kanan bangunan kerajaan, tengah-tengah ada kawasan lapang.



 Macam kat Putrajaya je kan?


Yang itu Gwanghwamun Gate. Pintu masuk ke Gyeongbukgung Palace.


 Kat belakang statue ni, ada ruangan macam mini muzium pasal King Sejong. Aku cuma masuk di pintu tu je sebab Mus dan TJ dah hilang dari pandangan.

Bila masuk je pintu tu, ada laluan dan tanda arah ni. Boleh turun lagi ke bawah tapi aku fikirkan member lagi dua orang tu. Kalau aku sorang-sorang, memang aku terjah je ke mana-mana.


Ni patung Laksamana Yu Sun Shin


Masa kitorang jalan-jalan tu, ada khemah peringatan mangsa-mangsa feri karam. Kalau tak silap feri tu nak ke Jeju Island yang melibatkan kematian ramai pelajar-pelajar sekolah. Sayu je rasa bila tengok gambar-gambar mereka yang mati. Ada beberapa orang yang sehingga sekarang masih belum dijumpai.


Gambar-gambar mangsa feri karam.

Seterusnya kitorang gerak ke Cheonggyecyeon Stream sebab nak tengok sungai yang menjadi daya tarikah di tengah-tengah Seoul. Mula-mula tu tak jumpa kat mana letaknya stream ni tapi yang aku tahu, kena cari arch cengkerang siput. Siap google-google ni nak cari arah yang sebenarnya. Dengan tak sengaja tertoleh sebelah kiri dan terpandang arch tu. Terus aku bagitau kat Mus dan TJ. Pandai jugak aku mencari. Tu lah aku dah cakap, kalau pergi negara orang ni, kena jalan..cari..jalan..cari..mesti jumpa punya. Bangga dengan diri sendiri pulak.

 Kalau nampak je cengkerang siput ni, dah betul lah lokasinya.

Tengok-tengok ada khemah-khemah dan ada jualan. Apa lagi, singgah dulu khemah jualan sebab nak tengok apa yang menarik yang dorang jual. Rupanya banyak jual makanan. Tengok dia punya kuih muih memang menarik tapi tahan diri supaya jangan membazir.






Tujuan utama nak melepak-lepak je tepi sungai tapi dorang berdua macam tak minat je. Tengok macam dorang dah penat. Kalau nak ke Bukchon Hanok Village tu sah-sah dorang dah taknak sebab tempat tu kena mendaki-daki. Bila aku cakap nak turun ke bawah tengok apa yang ada kat bawah, nampaknya dorang tak mau ikut. Aku sorang-sorang je jalan-jalan tepi sungai tengok gelagat orang.



Mus dan TJ lepak tunggu aku kat atas.


 Aku menyusur sorang-sorang. Best jugak kalau lepak-lepak bawah ni.

Sungai ni panjang. Rasa macam dah lama je aku berjalan, jumpa banyak bridge tapi tak sampai-sampai ke penghujungnya. Bila dah pertengahan tu dah macam tak berapa nak menarik, so aku patah balik dengan ikut jalan atas.








Bila aku sampai kat khemah jualan tu semula, Mus dah takde. Cuma TJ je yang tinggal. Rupanya Mus pergi cari aku. Hahha risau aku hilang la tu. Jam dah pukul 4.00 petang, kalau nak ke Buchok Village macam dah tak larat. Kitorang skip je lah tempat tu. Seterusnya kitorang gerak ke Gwangjang Market sekali lagi semata-mata nak beli kain cotton.

Selesai semua urusan di Gwangjang Market, kitorang terus gerak balik ke Itaewon. Singgah makan malam di Eid Restaurant.


Dinner Korean Food = 13,000KRW (RM45.50)

Hari ini kitorang balik awal ke apartment sebab masing-masing dah penat. Lagipun esok dah nak balik ke Malaysia, graf mood tu dah menurun. Aku whatsapp sorang member aku ni, tanya dia nak kirim apa-apa ke kat sini. Ada dia cakap nak cap. Oleh sebab duit belanja aku masih berbaki banyak, so dengan baik hatinya ingat nak belikan dia as souvenior la kan. Aku whatsapp dia petang, tapi dekat-dekat pukul 9.00 malam baru dia reply. Dah lewat dah tu. Kalau nak gerak ke Myeongdong pun macam dah lambat.

Malam lepas Isyak, aku keluar sorang-sorang meronda area Itaewon. Mus dan TJ dah tidur. Memang macam ni lah gayanya. Malam terakhir, aku akan keluar sendiri dan lepak sorang-sorang. Aku lepak kat Starbucks sambil berwhatsapp dengan kengkawan kat Malaysia. Hahhaha macam study luar negara je kan?

Starbucks = 6800KRW(RM23.80)

18 Mei 2016 - Hari Kembali Ke Malaysia

Bangun tidur, kitorang terus berkemas-kemas pack semula barang-barang. Masa untuk kembali ke Malaysia. Back to reality. Flight kitorang jam 4.20 petang. Dalam pukul 11 pagi kitorang keluar dari apartment dan say babai pada apartment tempat kitorang menginap selama 7 malam. Untuk ke airport, kitorang naik train sebab dah expert sangat naik train kan? Hehehe..

Topup T-Money = 5000KRW (RM17.50)
Susu Pisang + Mineral Water = 3800KRW (RM13.30)
Dunkin Donut = 6800KRW (RM23.80)

Sampai airport, Mus pulangkan semula sim card yang dia sewa dan kitorang uruskan pulak redeem tax. Tiba masanya, jam 4.20 petang, kitoran ucapkan bye pada Seoul, Korea.

6 jam perjalanan kembali ke Malaysia. Tanah tumpahnya darahku.

Perbelanjaan hari ketujuh :

Tiket Tram Haneul Park = 3000KRW
Dinner Korean Food = 13000KRW



Total : 16000KRW (RM56.00)

Perbelanjaan hari kelapan :

Topup T-Money = 5000KRW
Susu Pisang + Air Mineral = 3800KRW
Dunkin Donut = 6800KRW

Total : 15600KRW (RM54.60)

Jumlah keseluruhan perbelanjaan 8H 7M (tak termasuk tiket flight dan penginapan) : RM888.65



No comments:

Post a Comment