Friday, June 3, 2016

SPRING IN SEOUL | DAY 7 HANEUL SKYPARK

Assalamualaikum...

Selamat Pagi Korea!!!

Pagi ni, special sikit breakfast oat aku sebab ada strawberry. Itu je specialnya, yang lain-lain sama je. Sambil bersarapan, sambil membelek itinerary. Dalam otak aku, banyak tempat nak pergi hari ini sebab esok sudah semestinya kitorang tak berkesempatan nak ke mana-mana sebab esok dah nak fly balik ke Malaysia. Kalau diikutkan, nak ke Haneul Park, Gwanghwamun Square, Bunchok Hanok Village dan Cheonggyecheon Stream. Tak lupa juga, nak ke Gwangjang Market sekali lagi sebab mendapat tempahan kain cotton.

Cuaca hari ini sangat bersahabat. Cerah..berangin dan mendamaikan...


Tempat pertama yang kitorang nak pergi adalah Haneul Park sebab nak tengok pokok-pokok lalang. Tengok kat website, park tu akan jadi cantik bila pokok-pokok tu kering sebab warnanya bertukar menjadi brown. Tapi, kitorang pun tak pasti dalam musim spring ni apakah keadaannya masih sama.

Cara dari Itaewon ke Haneul Park :

Itaewon St. (laluan World Cup Stadium) - turun di World Cup Stadium St., Exit 1

Seoul World Cup Stadium. Jalan ke kiri gambar (laluan kanan aku)


Kena jalan kaki dalam 10 minit arah ke kanan. Kena lintas jalan sampai nampak kincir angin atas bukit. Park tu berada di atas bukit tu. Boleh jalan kaki mendaki dan menyebabkan ketiak basah (pendakian mengambil masa 40 minit) atau naik tram. Kitorang pilih naik tram je.

Tambang tram (return) = 3000KRW(RM10.50)

Masa naik ke atas tu, nampak kumpulan budak-budak sekolah tengah berlari-lari turun ke bawah. Mungkin ada apa-apa aktiviti sekolah yang dijalankan pagi tadi. Sementara itu, ada juga pakcik dan makcik Korea yang beriadah mendaki ke atas. Kagum....


Kalau nak mendaki, boleh ikut tangga ni.

Driver hantar terus ke atas. Bila dah sampai tu kan, terus je kitorang tertanya-tanya "eh dah sampai ke? turun sini ke?".. First time sampai kan, mana la tahu. Bila orang lain turun, kitorang pun turun lah jugak. Apa yang boleh dibuat atas ni? Bergambar lah, apa lagi. Dari atas ni, boleh lihat pemandangan kota Seoul dan Sungai Han. Sumpah sangat mendamaikan. Rasa macam nak melepak lama-lama je atas ni.
















  

Haneul Park ni sangat luas. Kalau rajin, boleh pusing-pusing sampai puas hati. Aku tak pusing habis sebab pokok-pokok lalang ni macam baru lepas ditanam dan masih rendang.

Lepas aku habis berselfie-selfie, kitorang turun ke bawah dan menuju ke Gwanghwamun Square.

 * sebarang pertanyaan boleh emel ke : ferdz_ jb@yahoo.com (_ & jb tu rapat ye) 

No comments:

Post a Comment