Wednesday, June 1, 2016

SPRING IN SEOUL | DAY 6 N SEOUL TOWER

Assalamualaikum…

Hari ke-6 diselubungi kesejukan pagi. Rutin biasa setiap pagi, bangun..mandi..solat..dan sediakan breakfast. Duduk menghadap tingkap sambil melayan angin pagi dan pemandangan. Aktiviti kitorang hari ke enam ini adalah ke N Seoul Tower. Bila semua dah siap, kitorang gerak ke subway station.

Cara dari Itaewon – N Seoul Tower :

Dari Itaewon St. – turun di Yaksu – tukar Line 3 (laluan Daehwa) – turun di Chongmuro St., Exit 3 @ 4.

Sepatutnya, ikut itinerary aku, kitorang akan ke Namsagol Hanok Village, Seoul Time Capsule dan N Seoul Tower dan tempat pertama yang kitorang tuju adalah N Seoul Tower. Sebelum ke N Seoul Tower tu, kitorang kena cari kedai gambar dahulu sebab Mus kena buat visa untuk dia buat umrah bulan puasa nanti. Bila kitorang balik Malaysia je 18hb, esoknya pagi-pagi dia terus uruskan visa dia. Pusing punya pusing, ada terjumpa beberapa kedai, tapi dorang takde buat servis ambil gambar, dorang cuma jual kamera sahaja.

Kitorang gerak terus ke N Seoul Tower. Ada 3 cara untuk ke sana :

1.       Cable car
2.       Jalan kaki
3.       Bas

Kitorang pilih untuk naik cable car dan perlu faham di sini, ada 2 peringkat untuk naik ke atas. Peringkat pertama adalah dari jalan besar (bahagian bawah) nak ke kaunter tiket cable car. Peringkat kedua adalah dari level kaunter tiket cable car (station cable car) ke N Seoul Tower.


 Menapak dari jalan besar ke kaunter tiket cable car.

Sampai juga akhirnya ke kaunter tiket cable car.

Dari jalan besar nak ke kaunter tiket cable car (station cable car) ada dua cara. Pertama boleh jalan kaki. Kedua, boleh naik evelator yang macam kat Bukit Bendera, Pulau Pinang tu. Kitorang ni memang nak naik evelator tu tapi tak jumpa pulak lokasinya kat mana. Jadi, bila nampak signboard Namsan Park, terus sahaja kitorang mendaki dan akulah yang mendahului antara kitorang bertiga. Mendaki tu takdelah rasa mengah sangat. Mungkin sebab dah biasa mendaki. Dah masuk hari keenam kan? 



Pemandangan kota Seoul dari cable car.

Bila sampai ke station cable car, terus beli tiket dan Alhamdulillah… orang tak ramai. Kitorang tak perlu beratur nak tunggu lama.

Tiket Cable Car (Return) = 8,500KRW(RM29.75)

Kalau jenis yang sukakan cabaran, boleh sahaja mendaki tapi masa kitorang tengok dari arah cable car tu, rasa macam jauhnya nak kena jalan dan panjat bukit. Aktiviti yang boleh dilakukan di N Seoul Tower adalah menikmati keindahan kota Seoul dari aras tinggi. Selain itu, boleh lepak-lepak melayan angin yang menderu-deru dan sejuk sampai sakit tangan. Rasa seperti dicucuk-cucuk. Jangan lupa bergambar di pad lock love. Kalau nak naik ke observatory, bayaran dikenakan sebanyak 9,000KRW dan Alive Museum pula bayarannya adalah 12,000KRW. Kitorang cuma pusing-pusing di luar tower sahaja. Di N Seoul Tower juga terdapatnya kedai cenderahati dan juga restoran. Seperti biasa, aku adalah manusia yang paling teruja diantara kitorang bertiga.









 Ini kaunter tiket untuk masuk tower















 Pad lock set harganya 12,000KRW. Mahal okay.

Kedai cenderahati.


Oleh sebab ambil masa lama di N Seoul Tower ni, jadi kitorang skip Namsagol Hanok Village. Sayang betul sebab di Namsagol Hanok Village inilah kita boleh tengok budaya dan rekabentuk rumah dan perkampungan orang Korea dengan lebih dekat. Bila dah skip Namsagol Hanok Village, kitorang akan ke Nandaemun Market. Masa turun tu kitorang naik elevator sebab stationnya berdekatan dengan station cable car.


Turun guna ni je. Malas dah nak menapak. Sayang lemak mencair nanti.

 Inilah seronoknya bila berjalan waktu orang tengah bekerja. Suasana lengang je dan tak perlu tunggu lama.

 Kitorang dah sampai bawah. Elevator bawa orang dari bawah naik ke atas pula.





Untuk pengetahuan, Myeongdong, Nandaemun, Namsagol Hanok Village dan N Seoul Tower ni memang berada pada kedudukan yang berhampiran. Boleh jalan kaki sahaja kalau nak pergi tempat-tempat ini semua. Nandaemun bersebelahan dengan Myeongdong. Jangan pula terlebih rajin naik subway pula kalau nak ke dua-dua tempat ni. Membazir okay.

Kitorang berjalan berpandukan signboard je disamping aku cuba ingat-ingat jalan hasil pengalaman aku datang ke sini pada tahun 2013. Alhamdulillah.. nampaknya aku masih ingat lagi jalan-jalan kat sini. Kalau aku datang sendirian ke Seoul ni pun rasanya dah lulus dah ni.

Kitorang ke Nandaemun Market dengan tujuan nak cari souvenior. Aku nak cari baju t-shirt untuk kakak aku dan juga souveniors untuk mak aku. Aku tekad untuk settlekan beli souveniors di Nandaemun sahaja sebab malas nak ke Insadong dah walaupun di Insadong lebih banyak kedai-kedai souvenior. Kalau aku sendiri, boleh je ikut suka hati aku nak ke mana-mana.  Nandaemun Market ni bukak setiap hari kecuali hari Ahad. Operasi perniagaan pula sampai petang sahaja. Malam dah tutup kecuali kedai makan je yang buka. Kitorang tak niat pun nak explore lebih-lebih. Kalau kaum wanita, mesti dorang akan jalan habis-habisan sebab kat sini glemer dengan kedai-kedai broochnya yang boleh dikatakan murah dan cantik-cantik. Kali ni, aku tak berniat nak belikan brooch sebagai souveniors.











 Sekadar mengambil gambar sahaja. Makanan yang dijual di Nandaemun market ni agak meragukan.

Kitorang berjalan ikut suka hati. Asal nampak kedai yang menarik, kitorang singgah. Barang yang aku cari semua dah siap beli kat sini. T-shirt untuk kakak dan anak buah aku, book mark untuk kawan-kawan dan beg Korea untuk mak dan dua orang kakak aku lagi. Kat Nandaemun Market ni memang ramai orang Malaysia. Dorang datang berkumpulan. Kemudian, TJ dan Mus cakap nak cari Korean Silk untuk mak dia. Aku google kejap, dah dapat maklumat boleh cari Korean Silk di Gwangjang Market. Masa nak keluar dari Nandaemun Market ni, terjumpa pulak dengan Ashraf Muslim dan family dia. Mungkin dorang holiday jugak. Tak sempat nak bergambar sebab dia busy kejar anak dia. Cuma sempat senyum pada wife pertama dia je.

Lokasi kitorang seterusnya adalah Gwangjang Market.

Cara dari Nandaemun Market – Gwangjang Market :

Ambil subway di Hoehyeon St. – turun di Dongdaemun St. -  tukar Line 1 dan turun di Jongno 5(O)-ga St., Exit 8.


 Kanan | Pintu masuk East Gate

Jalan sikit dan nampak pintu gerbang Gwangjang Market. Kitorang masuk dari arah East Gate dan malangnya nasib kitorang bila masuk di bahagian gerai makanan. Paling tak boleh tahan bila nampak kepala dan daging babi. Loya teruk tekak aku. Kena cepat-cepat jalan dan lari dari gerai-gerai makanan tu semua. 






Rajin-rajin tengok signboard. Kalau pergi luar negara, kena alert dengan signboard dan kena rajin membaca.

Kena berani explore bila dah masuk dalam market ni. Bagi aku, market ini tidak besar mana. Akhirnya kitorang sampai juga di bahagian kain-kain. Macam-macam jenis kain ada. Ada kain cotton, Korean Silk, kedai jual Hanbok, kedai kain untuk buat Hanbok, kedai-kedai jual comforter, kedai souvenior. Member berdua tu pulak macam tiba-tiba ubah fikiran kata taknak cari Korean Silk sebab tak tahu mana satu kainnya tu. Dah sampai sini, tak kan nak patah balik pulak kan? Aku tanyalah orang-orang kat situ, mana kedai jual Korean silk. Dorang pun tunjukkan arah kedai-kedai yang jual Korean silk. Jumpa jugak akhirnya. Eh, dalam mencari Korean silk, dorang promote  pulak kain cotton bercorak. Kain untuk kaum wanita la kan. Terus aku whatsapp kakak aku tanya dia berminat ke tak? Kain ni ukuran 4 meter dengan harga 10,000KRW. Kira murah lah jugak. Corak-coraknya pun bagi aku menarik. Kat sini, aku belikan akak aku dua pasang kain cotton dan coraknya aku pilihkan. Habislah kalau kakak aku tak minat tapi aku sempatlah snap picture dan hantar kat dia by whatsapp. Nasib baik dia kata ok. Yang ni akak aku kena bayar balik pada aku sebab aku dah belikan dia t-shirt Korea.




Mus dan TJ tengah membelek Korean Silk dan sedang deal dengan tokey kedai. Akhirnya, cuma Mus je yang beli Korean Silk untuk mak dia. Misi kitorang di Gwangjang Market tercapai. Di Gwangjang Market ni juga aku beli buah strawberry dengan harga 4,000KRW satu bekas. Sangat berbaloi sebab buah dia besar dan manis serta kuantitinya banyak. Sebenarnya kitorang share tiga orang. Aku bayar 2,000KRW dan selebihnya Mus dan TJ bayar.

Buah Strawberry = 2,000KRW(RM7.00) – yang aku bayar


Ini je yang aku beli.Heheheh

Bila dah selesai semuanya, kitorang ke Myeongdong semula. Tujuan aku ke Myeongdong sebab kitorang nak cuba street food, tapi bila sampai ke Myeongdong, berlaku sedikit pertelingkahan. Tiba-tiba ada yang timbulkan isu kenapa pergi Myeongdong lagi. Sabar dan bertabahlah wahai hati.

Cara dari Gwangjang Market – Myeongdong :

Dari Jongno 5(o)-ga St. (laluan Dongdaemun) – turun di Dongdaemun St. - tukar laluan Line 4 (laluan Myeongdong) - turun di Myeongdong St., Exit 6.

Di Myeongdong St., ternampak pulak smash cookies dan tiba-tiba berhenti jap sebab teringin nak mencuba. Terus beli. Aku ambik perisa pisang.

Smash cookies = 3,500KRW (RM12.25)


Berchenta masa nak menghabiskannya. Idak le sedap pun.

Kitorang makan share tiga orang. Uniknya biskut ni sebab kena ketuk guna hammer kayu untuk dipecahkan kecil-kecil. Tapi bila dah makan, biasa je rasanya. Masa kitorang sampai di Myeongdong tu kan, gerai-gerai tepi jalan baru nak buka. Tujuan datang sini sebab nak cari street food, jadi oleh sebab gerai-gerai baru nak buka, kitorang lepak depan butik H&M sambil merehatkan kaki. Sengaja kitorang duduk kat situ sampai hari gelap. Mencukupkan syarat untuk balik ke apartment di Itaewon. Lepak-lepak tu bukan saja-saja je. Mus tiba-tiba hilang dan bawa makanan dua-dua belah tangan. Mus dan makanan tak boleh dipisahkan. Full stop..










 Bagi aku, Myeongdong adalah tempat yang best untuk jalan-jalan, cuci mata dan cari street food sebab suasanya lebih modern dan agak bersih.

Maghrib tu, masing-masing mood dah ke laut. Aku ni lagi lah.  Namsagol Hanok Village dah terus skip dan macam takde harapan nak selit-selit pergi untuk hari esok. Kitorang balik ke apartment sebab dah malam. Sebelum tu, ternampak pulak Haddeok. Beli sekeping. Haddeok ni pernah aku buat kat rumah dan senang je nak buatnya. Kalau buat sendiri lagi puas hati sebab boleh buat besar-besar dan letak inti banyak-banyak.

Haddeok 1 keping = 1,500KRW(RM5.25)



 Kanan | Hoddeok

Gerai menjual aiskrim ikan. Mus beli lagi.

Cari dari Myeongdong – Itaewon :

Myeongdong St. (laluan Samgakji) - turun di Samgakji St. - tukar Line 6 (laluan Bonghwasan) - turun di Itaewon St.


Sampai apartment, terus mandi, berehat dan good nite. Tak larat dah....

Perbelanjaan hari keenam :

Tiket Cable Car = 8,500KRW
Strawberry = 2,000KRW
Smash Cookies = 3,500KRW
Hoddeok = 1,500KRW

Total : 15,500KRW (RM54.25)

* aku tak masukkan kain cotton dalam list sebab akak aku akan bayar balik


 * sebarang pertanyaan boleh emel ke : ferdz_ jb@yahoo.com (_ & jb tu rapat ye)

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    datang singgah sebagai pelawat ke-155.
    wow..seronoknya dpt g seoul.kos keseluruhan ke sana brp RM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..nnti dlm last entry akan saya ceritkan berapa total cost di sana.

      Delete