Thursday, September 22, 2016

FENDIxPERAK | BANDAR IPOH YANG BERSENI PART 1

Assalamualaikum...

Hari kedua kami adalah di Ipoh, Perak. Kami menginap di hotel berdekatan dengan AEON Station 18, jadi perjalanan ke tengah bandar Ipoh mengambil masa dalam 20 minit. Kami on kan GPS, kalau tak memang entah ke mana-mana je lah perginya nanti.

MEDAN SELERA DATARAN DATO' SAGOR

Pagi ni, kami akan bersarapan di Medan Selera Dataran Dato' Sagor yang terletak di belakang bangunan Dewan Bandaran Ipoh. Malam sebelum tu aku ada whatsapp Oii tanya kat mana tempat nak breakfast. Dia cadangkan di holly wood atau clock tower. So, sini lah kut clock tower kan sebab ada menara jam. Keh3.. Waktu kami sampai, masih ada meja kosong. Terus duduk dan ambik order. Menu wajib bagi orang Ipoh adalah roti goyang. Memang pagi ni kami layankan roti goyang. Mak je yang nak makan nasi. 



Roti goyang in the house. Kalau pekena dengan kopi mesti lagi umppp tapi aku bukan penggemar kopi. So, aku order milo untuk menjadi lebih kuat dan sihat..hehehe

JEJAK WARISAN IPOH/IPOH HERITAGE TRAIL

Bangunan-bangunan lama di bandar Ipoh memang banyak dan bangunan-bangunan tu lah yang telah dimasukkan ke dalam Jejak Warisan Ipoh/Ipoh Heritage Trail. Terdapat 30 bangunan/mercu tanda yang boleh dilawati. Niat asal memang nak pergi ke semua tempat, tapi rasa-rasanya mampu tak dengan cuaca yang panas? Jawapannya adalah tidak. Cuma dapat singgah beberapa ketul tempat sahaja.

i.   Birch Memorial

Lokasinya adalah di Medan Selera Dataran Dato' Sagor. Lepas makan, singgah bergambar sekejap.

 Masing-masing tak mahu kalah. Nak juga bergambar dengan menara jam ni walaupun segan tengok orang lalu lalang.

Tugu untuk Birch.

Lokasi kami selepas Medan Selera Dataran Dato' Sagor adalah Stesen Keretapi Ipoh yang juga mendapat jolokan Taj Mahal Ipoh. Senibinanya memang menarik dan menggamit-gamit kami untuk datang dekat. Sebelum tu, singgah sekejap di War Memorial yang terletak di dataran di hadapan Stesen Keretapi Ipoh. Di sini juga terdapatnya pokok Ipoh yang mana bandaraya Ipoh mendapat namanya. Tapi sayangnya, waktu kami sampai, ada satu team tengah shooting kat situ. Tak tahulah stesen tv ke apa ke yang buat rakaman, tapi kalau dah dorang ambik take sampai berkali-kali, jenuh jugak nak menunggunya. So, kami skip pokok Ipoh dengan niat nak singgah lepas jenguk Stesen Keretapi Ipoh. Tapi sayangnya, terus lupa nak singgah. 

ii.   War Memorial


 Tugu peringatan askar-askar yang berhempas pula memakmurkan negeri Perak. Eh, sebenarnya kan aku tak baca pun apa benda yang ada pada memorial ni. Mula-mula ingatkan batu buat hiasan je, rupanya tugu peringatan.

Kewajiban. Menepek muka sendiri.

iii.   Stesen Keretapi Ipoh



Stesen Keretapi Ipoh di kejauhan.

Kiri | Pintu masuk ke stesen


Kiri | Gaduh time bergambar. Sorang ketot, sorang terlajak menggalah.

iv.   Mahkamah Tinggi Ipoh

Dari Stesen Keretapi Ipoh, kami cross jalan menghala ke Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum kembali ke tempat park kereta di hadapan Masjid Negeri Perak.



 Check in di Mahkamah Tinggi Ipoh


v.   Dewan Bandaran Ipoh/Ipoh Town Hall

Kedudukannya bertentangan dengan Stesen Keretapi Ipoh dan bersebelahan dengan Mahkamah Tinggi Ipoh. Bangunan-bangunan ni semua duduk dekat-dekat je. So, jimat masa.



vi.   Bangunan Perak Hydro

Bangunan Perak Hydo kami jumpa secara tak sengaja. Itu pun sebab lalu di jalan di antara Dewan Bandaran Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh. Kena rajin berjalan untuk jumpa bangunan-bangunan ni semua. Bangunan ini sekarang menjadi milik Tenaga Nasional Berhad.

 Tak dapat nak ambik gambar full bulding sebab malas nak bergerak ambil sudut jauh


vii.   Straits Trading Building (OCBC)

Yang ini adalah Straits Trading Building (OCBC). Apa sejarah bangunan ni? Sila google, aku pun tak tahu. Hhahaha



Untuk Jejak Warisan Ipoh/Ipoh Heritage Trail, kami cuma dapat jejak 6 tempat sahaja sebab kekangan masa dan juga cuaca. Pergi time matahari tengah mencanak atas kepala, terbakar rasanya. InsyaAllah bulan Disember ni aku akan kembali semula ke Ipoh untuk attend wedding member. Kalau diberi kesempatan, memang aku nak jejak habis-habisan 30 tempat sejarah ni. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment