Thursday, September 22, 2016

FENDIxPERAK | KUALA KANGSAR, PERAK DARUL REDZUAN

Assalamualaikum...

Tarikh 13-15 September 2016 (Selasa-Khamis), percutian singkat ke negeri Perak Darul Redzuan bersama famili. Ini adalah plan B setelah plan A dibatalkan. Plan A, kami nak ke Cameron Highland dan bermalam di sana. Selepas fikirkan yang tarikh kami pilih tu adalah minggu cuti sekolah, tambahan lagi pada 12 September adalah hari raya korban dan 16 September pula adalah Hari Malaysia, jadi kami cancelkan Cameron Highland dan memilih Perak sebagai destinasi percutian.

DARI SEPANG - BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR


Based on planning, kami akan singgah ke Kuala Kangsar, kemudian bermalam di Ipoh dan hari terakhir akan ke Lumut dan Teluk Intan sebelum kembali ke Sepang, Selangor.


Perjalanan kami bermula jam 7.00 pagi selepas bersarapan di rumah. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan pada jam 11.00 pagi kami sudah tiba di Kuala Kangsar dan terus menuju ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar.


BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR


"Kuala Kangsar"

Check in...

Nak menuju ke Bukit Chandan memang mudah. Berpandukan signboard pun dah mencukupi. Kalau nak lebih afdhal dan mengelakkan sesat, baik on kan sahaja GPS, InsyaAllah tak sesat sebab memang kami berpandukan GPS je. Apa yang menarik di Bukit Chandan? Tempat popular di Bukit Chandan semestinya Istana Iskandariah, Istana Kenangan/Kuning, Masjid Ubudiah, Galeri Sultan Azlan Shah dan beberapa tempat lain seperti Baitul Annur. Mungkin banyak lagi tempat menarik yang lain, tapi kami tak singgah. Sampai di Bukit Chandan pun dah tengahari, panas tu mencucuk-cucuk kulit. Rasa macam nak duduk dalam kereta sepanjang masa.


i.   Istana Kenangan/Kuning


Tempat pertama yang kami singgah adalah Istana Kenangan/Kuning yang terletak di belakang Istana Iskandariah. Pada mulanya, tercari-cari juga di mana lokasi sebenar istana ni, secara tak sengaja terjumpa juga akhirnya. Apa yang best kat sini? Yang bestnya sebab boleh tengok istana ni depan mata dan bergambar. Pengunjung tak dibenarkan untuk masuk ke dalam. Mungkin sebab istana ni dah lama kan, so struktur bangunannya mungkin sudah tak berapa nak kukuh. Jadi, sebagai pengunjung, boleh tengok dari luar sahaja. Masa kami sampai, ada satu famili dari Penang je yang ada. Lepas bergambar-gambar, kami kena turun semula untuk cari toilet. Hahahaha..





Pembinaan istana ini tidak menggunakan paku.

ii.   Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah antara masjid tercantik di Malaysia dengan kubahnya berwarna emas. Kami hanya bergambar di bahagian luar sahaja. Rugi pulak tak masuk ke bahagian dalam dan tengok rekabentuk dalaman masjid. 





iii.   Istana Iskandariah

Istana tempat bersemayam keluarga DiRaja. Cuma singgah di luar pagar sahaja dan bergambar. Istana Iskandariah tidak dibuka untuk orang ramai.


Bergambar kat pintu masuk pun dah okay. Bukti aku dah sampai sini.



iv.   Baitul Annur

Baitul Annur ni merupakan rumah lama bagi keluarga DiRaja dulu-dulu. Aku tak berapa tahu sejarah pasal Baitul Annur ni. Kami singgah sini pun sebab tengok kat blog-blog orang. Aku kan pantang kalau tengok benda-benda pelik macam ni, mesti nak pergi jugak. Rumah ini dijadikan ala-ala muzium. Kalau datang sini, boleh lah baca artikel-artikel yang dipaparkan di bahagian dalam rumah. Masa kat sini, memori kamera dah penuh. Ntah apa pasal penuh pun aku tak tahu. Padahal gambar takde lah banyak sangat. Heran betul aku.










v.   Galeri Sultan Azlan Shah

Di Galeri Sultan Azlan Shah, kami cuma pusing-pusing di bahagian luar saje. Suka betul aku dengan design bangunan kat sini. Memang menarik perhatian aku. Oleh sebab tak masuk ke bahagian dalam galeri, jadi kami cuma bergambar berlatarbelakangkan bangunan.









Berehat sekejap. Luruskan kaki dan pinggang. Penat berjalan.

VICTORIA BRIDGE, KG. KARAI

Habis puas pusing-pusing di Bukit Chandan, kami terus cari laksa Kuala Kangsar di food court. Laksa dia so-so je la. Sekadar mengisi perut untuk tengahari. Lepas makan, singgah gerai-gerai yang menjual barangan souvenior. Macam biasa, mak beli baju. Aku sekadar beli fridge magnet buat tampal-tampal peti ais kat rumah.




Laksa dan ABC. Malas dah nak tengok-tengok gerai lain. Mana yang ada je.

 Antara barangan jualan. Beg-beg, bakul rotan dan lain-lain.

Seterusnya, kami ke Victoria Bridge yang terletak di Kg. Karai, Enggor. Merupakan landasan keretapi lama yang merentasi Sungai Perak. Landasan keretapi ni dah tak digunakan lagi sebab dah ada landasan yang baharu. Apa yang boleh dibuat kat sini?

Macam biasa la, bergambar. 

Masa kami sampai, ada 3 orang budak tempatan yang tengah berdating (kut la). So, bila nak bergambar lebih-lebih tu macam segan pulak kan. Aku ni kalau bergambar kan macam over sikit. Tak cukup sekali dua je, nak berkali-kali ketik baru puas hati.

Sebenarnya macam nak duduk lama-lama kat sini sebab suka dengan view yang ada tapi oleh sebab bawak mak, so kesian pulak kat dia sebab dia langsung tak tunjukkan minat. Hahhaha siap mak cakap "nak buat apa kat sini?".. Ishh mak ni tak tahu ke anak dia peminat tempat-tempat sejarah?

Seterusnya, kami ke Ipoh untuk check in bilik dan berehat-rehat.


Goyang lutut juga nak lalu atas bridge ni. Kena berhati-hati. Segala aktiviti adalah tanggungjawab sendiri.


Kuala Kangsar...check out...



2 comments:

  1. bridge ni yang dalam zombi kampung pisang kan fendi? saya tak smapai lagi sini...cemburu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cc..tempat ni best tapi kalau dah orang duk perhati kita bergambo, segan la pulak..next time boleh singgah lg ni..

      Delete