Tuesday, December 13, 2016

FENDIxIPOH | YASMIN AT KONG HENG & CONTAINER HOTEL

Assalamualaikum,

Seperti yang telah aku janjikan sebelum ni, aku kan kembali semula ke bandar Ipoh untuk menikmati keindahan bandar hipster yang telah membuatkan aku "jatuh cinta". Jatuh cinta dengan keindahan bandarnya.

Sebenarnya tujuan aku ke Ipoh kali ini sebab nak menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan. Majlis diadakan pada 11 Disember 2016. Aku mengambil peluang yang ada ni untuk datang sehari awal iaitu pada 10 Disember 2016. Jadi, boleh aku isi banyak masa dengan suasana santai-santai di Ipoh. Kembali semula ke Salak Tinggi pada 12 Disember 2016. 12 Disember tu memang cuti sempena Maulidur Rasul.

Plan asalnya aku akan ke Ipoh by ETS sahaja. Tapi akhir November lepas, Oii ajak bersekali ke Ipoh dengan dia. Sepatutnya dia akan gerak ke Ipoh (kg dia kat Ipoh) hari Jumaat, tapi tak jadi pula katanya. So, pergi dan balik nanti aku tumpang dia je.

DARI SALAK TINGGI KE BANDAR TASIK SELATAN KE IPOH

10 Disember (Sabtu) jam 6.30 pagi

Gerak dari rumah di Salak Tinggi dan park motor di ERL Salak Tinggi. Awal pagi dah kena keluar rumah sebab memang nak gerak ke Ipoh pagi-pagi.

Bayaran parkir motor :
RM1.00

Tambang ERL dari Salak Tinggi - Bandar Tasik Selatan :
RM12.40 (dewasa)

Aku turun di Bandar Tasik Selatan (TBS) dan Oii akan pick up aku kat sini. Kemudian, terus gerak ke Ipoh.

"Ipoh"

Aku check in...

YASMIN AT KONG HENG


Oii dropkan aku di tepi jalan sebab dia kena balik rumah uruskan tempahan biskut untuk kawan yang nak kawin tu. Oleh sebab check in hotel hanya selepas pukul 2.00 petang, jadi aku singgah Yasmin At Kong Heng. Terletak betul-betul di belakang hotel yang akan aku inap nanti. Yasmin At Kong Heng ni kira macam muzium peringatan untuk Allahyarhamah Yasmin Ahmad.


Bayaran Masuk :
RM3.00

Hari Operasi :
Sabtu & Ahad
(10.00 pagi - 4.00 petang)

Alamat :
89-91, Old Block Apartment
Jalan Sultan Yussuf, Ipoh

Kalau nak lepak sambil layankan movie dan advertisement arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan tengok beberapa koleksi peribadi beliau, boleh singgah sini. Cuma, jangan expect sesuatu yang lebih. Aku boleh ibaratkan tempat ini seperti tempat untuk santai-santai. Kalau dapat minum kopi lagi syiok.

Pintu masuk ke Yasmin At Kong Heng.

Dapat receipt dan pamplet. Di laluan tangga diletakkan gambar Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

 Naik lagi setangga untuk ke ruang pameran.

Pintu masuk.


Acah-acah melepak. Awal-awalnya cuma aku sorang je, lepas tu baru lah ada orang lain datang.








PENGINAPAN DI CONTAINER HOTEL IPOH

Sepanjang 3H 2M, aku menginap di Container Hotel, Ipoh. Butiran seperti di bawah :-


Alamat :

Container Hotel Ipoh
89-91 Jalan Sultan Yusuff
30000 Ipoh, Perak
Malaysia

Website :


Caj Penginapan :

Mixed Pod - Single Pod
RM61.56 (3hari 2malam) - Deposit RM50.00


 Terletak betul-betul di tepi jalan.

 Lobi hotel. Simple but nice.

Kalau malas nak turun tangga, boleh guna gelongsor.

 Ruang di bahagian atas. Aras atas ini adalah lokasi bilik yang menempatkan pod-pod.


 Kanan | Nombor pod  
Kiri | Ruang-ruang pod


Masa check in, receptionist akan beri beg yang berisi tuala, air mineral dan set ubat gigi + berus gigi. Masa check out, pulangkan tuala sahaja.


Kelebihan hotel macam ni adalah harga yang lebih menjimatkan dan sesuai untuk orang-orang bujang dan backpacker.

Kelemahannya pula adalah agak sempit, bercampur lelaki dan perempuan dan bising. Lagi satu, leceh sikit sebab kalau nak guna toilet sebab kena sharing. Toilet kat aras 1 kena kongsi lelaki dan perempuan.

Ruang dalam pod :

 Sebenarnya ada laci untuk simpan barang-barang kat bahagian bawah. Aku malas nak naik turun kalau nak ambil barang. So, aku letak je barang aku dalam pod terus. Kalau nak keluar baru simpan dalam laci. Laci tu selamat sebab kita hanya boleh buka guna card yang dibekalkan sahaja.


 Toilet bersih tapi masuk hari kedua, orang dah ramai. So, macam-macam bau lah jadinya.


p/s : aku buat-buat ramah je tegur anak-anak cina yang  jadi jiran sebelah pod. 1 Malaysia lah sangat ye..

No comments:

Post a Comment