Tuesday, December 13, 2016

FENDIxIPOH | MERONDA-RONDA SEKITAR BANDAR IPOH PART I

Assalamualaikum,

Selesai urusan check in hotel, aku rancang untuk meronda-ronda sekitar bandar Ipoh dengan berjalan kaki. Setakat pusing-pusing kawasan berhampiran je dan memburu kembali lukisan-lukisan mural dan bangunan-bangunan lama yang masih kukuh tersergam di Ipoh. Kira macam Jejak Warisan Ipoh (Ipoh Heritage Trail) lah ni.

Aktiviti meronda bermula dari Masjid Negeri Perak selepas menunaikan kewajiban Zuhur dan Asar secara jamak.


 Masjid Negeri Perak

 Medan Selera Dato' Sagor. Di situ juga terletaknya Birch's Memorial.

 Stesen Keretapi Ipoh. Juga mendapat jolokan nama Taj Mahal Ipoh.

War Memorial

Pokok Ipoh di hadapan Stesen Keretapi Ipoh.

 Dewan Bandaraya Ipoh

Bangunan TNB. Dahulunya adalah Perak Hydro Building.

 Mahkamah Tinggi Ipoh

 F.M.S Bar & Restaurant. Bangunan ni macam tengah renovate. Dibina pada tahun 1906 oleh pendatang Hainan. Diiktiraf sebagai restoran tertua di Malaysia.

 Padang Ipoh

 HSBC Bank. Dibina pada tahun 1931.

 Masjid India Muslim Ipoh / Padang Town Mosque. Masjid ini dibina oleh Shaik Adam, seorang India Muslim yang kaya pada tahun 1908.

 St. Michael's Institution. Pernah dijadikan markas pentadbiran Jepun semasa pemerintahan Jepun.

Royal Ipoh Club. Merupakan royal club tertua di Ipoh.

Church Of St. John The Divine. Pada masa pembinaannya, gereja ini merupakan yang paling besar di Malaya. Semasa pemerintahan Jepun, gereja ini dijadikan sebagai kilang noodle.


p/s : jejalan kaki sensorang sambil snap pict bangunan. rasa2 kena ngata dengan orang ke idok?

No comments:

Post a Comment