Tuesday, January 31, 2017

FENDIxKL | MUZIUM DIRAJA, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum,

Siapa tak balik kampung sempena raya CNY? Sama lah dengan aku.. Hi 5 sikit..

Hambik la cuti 3 hari mereput kat rumah. Hampir-hampir nak mereput tu, sempat juga lah keluar rumah pergi jalan-jalan KL. Tema jalan-jalan ni adalah meronda muzium. Apa lagi yang boleh dibuat kat KL ni kan. 

Nak ke shopping mall, kena tengok wallet dulu kan. Wallet pun tak berapa nak tebal, so cari lah tempat-tempat yang tak keluarkan kos yang tinggi.

MUZIUM DIRAJA

Check in di Muzium DiRaja yang merupakan istana lama yang terletak di tepi jalan tu. Sekarang ni kan dah ada Istana Negara yang baharu di Jalan Duta, jadi istana lama ni dijadikan muzium.

Bayaran masuk :

Warganegara dewasa - RM5.00
Kanak-kanak - RM2.00
Lain-lain kategori boleh refer gambar di bawah


Etika melawat muzium.


Acara wajib, tunjuk tiket masuk.

Bergambar kat pintu pagar ni, barulah nampak gah kan.

Muzium DiRaja ini ada dua bahagian. Yang pertama adalah istana yang menempatkan bilik tidur, ruang untuk tetamu, bilik menunggu, ruang bersantap dan lain-lain. 

Selain daripada itu, terdapat juga gambar-gambar kenangan yang dipamerkan di dinding-dinding istana.

Bahagian ni adalah kawasan larangan untuk bergambar. Jadi, simpan je lah kamera yang ada. Nak masuk kena buka kasut. Secara peribadi, kalau tak dapat bergambar di bahagian dalam pun takpe sebab biasa-biasa je. Sempat lah menguap masa kat dalam ni.

Bahagian kedua pula adalah balairong istana. Di sini, dibenarkan untuk mengambil gambar. Jadi, bergambarlah sepuas-puasnya. 

Sekarang ni diadakan satu pameran koleksi terpilih : Koleksi Peribadi Sultan Mizan Zainal Abidin. Tarikh pameran bermula 10 Disember 2016 sehingga 02 Mac 2017.

Sape-sape yang berminat tu, boleh datang tengok.



 Barisan bekas-bekas Agong dan Permaisuri

Sama juga. Barisan bekas-bekas Agong dan Permaisuri.

Koleksi pakaian Sultan Mizan yang dipamerkan

 Cenderahati yang dipamerkan.

Singgahsana YDP Agong dan Permaisuri. Malu-malu kucing bergambar sebab orang dah tunggu turn.

Berangan depan cermin.


Cantik interior design Balairong Istana ni.




Bangunan istana di kejauhan.


 Apsal time aku bergambar ada  je makcik-makcik nak lalu? 


Settle sudah Muzium DiRaja. Lepas ni kalau orang tanya dah pernah pergi ke belum, dengan bangganya akan aku jawab "sudah" dan kalau ada orang nak ajak pergi lagi, aku akan fikir 5 ke 6 kali.

Last sekali, terimalah gambar kenangan di tembok tanda Istana Negara...


Muzium DiRaja...aku check out...

p/s : dulu pernah masuk istana sempena majlis hi-tea diRaja. tak ingat time tu besday Agong yang mana.


aksarafendi

No comments:

Post a Comment