Sunday, January 15, 2017

FENDIxKLIA2 | CARA-CARA NAK TENGOK KAPAL DI KLIA2

Assalamualaikum,

Entry ini adalah entry terhutang pada orang yang bertanyakan cara nak ke tempat tengok kapal di KLIA2. Minta maaf sangat-sangat sebab dah janji, tapi ambil masa lama nak tunaikan. Harapnya entry ini boleh bagi panduan untuk sesiapa yang memerlukan.

Bukan apa, walaupun rumah tak berapa jauh dari airport, tapi sejak bulan-bulan lepas kan tiap petang kerap hujan. Jadi, tertangguh-tangguh sehinggalah hari semalam bila kawan ajak teman tengok kapal landing. So, bila dah ada kesempatan macam ni, barulah lega hati. Sekurang-kurangnya tak rasa bersalah atas janji yang dah dibuat.

Aku sertakan gambar :

1. Drive macam biasa, menuju ke KLIA2

2. Nampak signboard macam ni, ikut arah ketibaan (arrival).

3. Bila dah ke hadapan sedikit, akan nampak pecahan jalan macam ni pula kan? Ikut lorong paling kanan (signboard parking)

4. Nampak menara kawalan. Drive terus ke hadapan.

 5. Nampak Tune Hotel. Drive ke arah Tune Hotel.

6. Nampak signboard merah tu? Ikut sahaja arah itu.

 7. Bila dah drive ke hadapan, akan jumpa simpang 3 macam kat depan ni. Ikut belah kiri yang ada signboard merah dan arah Jalan Pekeliling.

8. Seterusnya drive sahaja sampai nampak kapal terbang nak berlepas dan mendarat.

Aku suka pergi petang-petang sebab tak berapa nak panas. So, kalau nak melepak dan bergambar tu sangat elok dah tu. Boleh layan sekali sun set sambil berlatarkan pokok kelapa sawit.






p/s : tengok kapal berlepas, terus berangan pergi bercuti..


aksarafendi

5 comments:

  1. hahaha.saya punya blog masa kapal terbang terbesar nak landing hari tu view sehari cecah 40k fendi...rupanya semua nak cari tempat lepak tengok kapal terbang. lepas ni saya bagi link ni jelah.

    ReplyDelete
  2. wow! hebat sharing ni. hehe. iza selalu tengok dari belakang umah je. hahahhaa. tapi boleh gak pergi sekali sekala layan flight take off dengan touch down..:) tenang

    ReplyDelete
  3. Encik. Kalau saya dari cyberjaya, sy still akan dapat tengok signboard2 ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. signboard2 ni di area KLIA2. jadi mmg akan nmpak signboard yg sama..

      Delete
  4. Thank you bro! Dh lama cari

    ReplyDelete