Thursday, February 9, 2017

FENDIxKL | HELIPAD LOUNGE, MENARA KH KUALA LUMPUR

Assalamualaikum,


Helipad Lounge, Menara KH, Kuala Lumpur.

Aku check in.

Tempat yang dah lama aku listkan untuk aku singgah di area KL ni. Tempat lepak-lepak petang sambil borak-borak kosong dengan disajikan indahnya bangunan KL.

Helipad Lounge, Menara KH open for public. 

Operation Hours :

Setiap hari kecuali hari Ahad bermula jam 6.00 petang sehingga tengah malam

Bayaran :

Pengunjung diwajibkan untuk membeli minuman atau makanan, baru dibenarkan naik ke helipad. Aku dengan member order mango juice harga RM25.00. Mahal kan? Memang mahal, tapi itulah bayaran untuk tengok view yang ohsem.

Parkir :

Kalau park di basement, bayarannya adalah RM13.00 sekali masuk selepas jam 6.00 petang

Kalau park di parkir hadapan bangunan, bayarannya adalah RM20.00.

Parkir pun mahal kan? Penyelesaiannya, kami park di Wisma Cosway berdekatan dengan Pavilion (laluan Chulan) dan jalan kaki. Tak jauh pun. Di Wisma Cosway, bayaran parkir adalah RM5.00 sekali masuk bermula jam 6.00 petang.

Bila sampai di bangunan Menara KH, terus cari lif dan naik ke tingkat 34. Bila dah sampai tingkat 34, keluar lif dan akan nampak kaunter Helipad Lounge. Masa sampai tu, orang tengah queue. Masuk dalam dan order air. Bawak air baik ke helipad, kena naik tangga. Takde tinggi pun tangganya.

video




Kalau nak datang sini kena tengok cuaca. Kalau time musim hujan waktu petang tu,tak payah lah datang ataupun waktu musim jerebu. Confirm view tak cantik.

Saat-saat paling menarik adalah waktu pertukaran antara siang nak ke maghrib. Cahaya matahari memang terbaik dan menghasilkan pemandangan seperti kat bawah.




    video

p/s : ramai foreigner yang lepak-lepak kat helipad lounge ni.

aksarafendi 

2 comments:

  1. cantek sgt!!! awesome view..suka..leh terjah ni.tapi nak bawak anak kecik mcm tak confident je..huhu

    ReplyDelete