Wednesday, February 8, 2017

FENDIxKL | MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum,

Bila kali terakhir korang ziarah Muzium Negara?

Aku last pergi Muzium Negara masa zaman study kat Poli dulu. Time tu sem 5 kut. Semata-mata nak buat program jalan-jalan, sanggup singgah Muzium Negara.

Selepas bertahun-tahun lamanya, akhirnya aku kembali singgah ke Muzium Negara untuk recall apa sebenarnya yang dipamerkan di dalam muzium ni.

MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR

Bayaran Masuk :
RM2.00 dewasa untuk satu muzium 
(ada 3 muzium, setiap muzium kena bayar lain-lain)

Bayaran Parkir :
RM3.00 

Aku pilih untuk masuk Muzium Negara sahaja. Dua lagi muzium mungkin next time boleh singgah tengok apa yang dipamerkan di dalam tu.

Di kawasan parkir ada dipamerkan kepala keretapi dan juga kereta bomba zaman awal-awal dulu.







 

video


Di Muzium Negara ini, ruang pameran dibahagikan kepada 4 galeri iaitu galeri A, B, C dan D. So, kena ikut giliran ruangan tu, barulah kita boleh nampak apa yang cuba disampaikan melalui pameran di dalam muzium ini.

Galeri A - Sejarah Awal


Di Galeri A ini lah diceritakan pasal kewujudan manusia-manusia awal yang tinggal di dalam gua, lukisan-lukisan di dalam gua, peralatan yang digunakan untuk memburu, cara-cara manusia awal tanam mayat, kewujudan kerajaan lama di Kuala Selingsing, Perak dan juga Lembah Bujang, Kedah.

Banyak info yang boleh diperolehi kat sini. Layan gambar lah dulu. Tak reti nak explain sebab perkembangan dan cara hidup manusia adalah berfasa-fasa.


 Kanan | Kulit kayu dijadikan pakaian
Kiri | Penemuan hasil buruan 






video


Galeri B - Kerajaan-Kerajaan Melayu


Galeri B mempamerkan sejarah mengenai kerajaan-kerajaan Melayu bermula dengan Paremeswara sehinggalah zaman kesultanan Melayu dan juga kemasukan Islam ke nusantara. 








Galeri C - Era Kolonial


Galeri C adalah tempat pameran dan replika bagi era kolonial iaitu zaman-zaman kemasukan Portugis dan orang-orang barat untuk menjajah tanah melayu. 


Kiri | Kapal korek pertama di Tanah Melayu
Kanan | Sejarah empayar Johor.

Galeri D - Malaysia Kini

Galeri D mempamerkan perkembangan pendidikan di Tanah Melayu, kemerdekaan Tanah Melayu, sejarah serangan komunis dan juga perkembangan-perkembangan Malaysia sehingga hari ini.




 Kanan | Gambaran pendidikan pondok. Pembelajaran sekadar mengenal ABC dan 123

Kiri | Kepelbagaian kaum di bumi Malaysia
Kanan | Perayaan di negara kita.

video

 Kiri | Cop-cop mohor
Kanan | Perjalanan kemerdekaan Malaysia

Bila dah selesai menerjah Galeri A-D, pengunjung boleh melawat pula muzium wayang kulit yang turut berada di kawasan Muzium Negara ini. Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam muzium wayang kulit.

Siapa yang sukakan kesenian berkaitan wayang kulit, boleh singgah. Dalam ni pun suasananya suram-suram, aku tak ambil masa yang lama di dalam muzium ni.



Sebenarnya aku dah malas ambik gambar, so aku ada rekod video. Bila nak upload, tak lepas pulak. Takde rezeki nak masukkan video dalam ni.

Puas hati juga habiskan masa di dalam muzium. Muzium bukan untuk budak-budak sekolah je ye, kita yang dewasa ni pun patut datang ke muzium untuk belajar semula sejarah-sejarah tanah melayu.

Pameran kereta di bahagian luar. Kereta nasional pertama adalah Proton Saga


aksarafendi

No comments:

Post a Comment