Assalamualaikum,
Setiap tahun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menawarkan Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea Di Republik Korea bagi kumpulan pelaksana (gred 1-40). Lama dah teringin nak mencuba mohon tapi asyik terlepas peluang. Jadi, tahun 2017 ini aku taknak lepaskan peluang dan Alhamdulillah berjaya "Layak Temuduga".
Tarikh temuduga adalah pada 09 Mei 2017 (Selasa) bermula jam 8.15 pagi bertempat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Blok C3, Putrajaya.
Tahun ini, seramai 200 lebih orang calon dipanggil untuk temuduga dan macam biasa, hanya 15 orang sahaja yang akan terpilih untuk mengikuti program ini yang akan dijalankan bermula 24 Oktober 2017 selama 10 hari.
Harapan sebelum temuduga?
Aku tak meletakkan harapan yang tinggi sebab aku tahu, peratus nak terpilih memang sangat tipis. Dapat pengalaman dipanggil untuk temuduga pun dah rasa syukur. At least, untuk tahun-tahun seterusnya boleh cuba lagi. Tapi tipulah kalau tak letak harapan langsung kan? Berangan jugak kalau dapat terpilih memang rasa bangga.
Jam 7.30 pagi - Aku dah sampai ke C3, JPA. Biar sampai awal. Senang nak prepare. Nak setting rambut, nak pakai tie dan baca sikit-sikit info yang dijangka akan disoalkan. Urus setia masih belum ada, cuma aku dan beberapa orang calon saja yang dah terpacak di tempat temuduga.
Pendaftaran bermula jam 8.15pagi dan sijil-sijil kegiatan luar perlu diserahkan kepada urus setia untuk semakan. Salinan Buku Servis pun kena serahkan sekali. Pembahagian bilik temuduga boleh semak semasa daftar. Aku kena bilik F. Bila tengok calon-calon lain yang datang terus rasa sakit kepala, sakit dada, sakit semua benda sebab tengok cara dorang dress up pun dah macam aku nak surrender awal. Nak compare dengan aku yang cuma pakai kemeja dan neck tie je, sedangkan dorang siap berblazer bagai.
9.00 pagi - Bermula sesi temuduga. Group pertama masuk. Empat orang sekali masuk. Group pertama semua wanita. Kitorang kat luar curi-curi dengar dan paling tak boleh blah bila nampak dorang kena buat persembahan. OMG!!!!!! Aku sebenarnya dah prepare dua lagu dan dua-dua lagu tu lagu tradisional. Ok, aku dah set kat kepala, bila turn aku nanti, aku nak bawak lagu Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma. Nama lagu? Aku rahsiakan dulu.
10.00 pagi - Group pertama keluar. Giliran group ke dua. Nama aku dipanggil dan aku sorang sahaja lelaki. Kelebihan kalau sorang-sorang lelaki ni, maybe penemuduga akan lebih nampak aku. Tapi jangan dipandang rendah pada wanita-wanita lain sebab golongan wanita ni buat preparation yang lebih dan pengetahuan mereka berkaitan negara Korea memang melangkaui jangkauan. Sesi temuduga bermula :-
Penemuduga terdiri daripada dua orang panel. Sorang adalah wakil dari JPA dan sorang lagi adalah Alumni Program Pertukaran Belia-Korea. Dua-dua adalah wanita dan dua-duanya nampak sangat ok dan friendly. Jadi, perasaan dari debar-debar tu bertukar menjadi normal.
Jam 7.30 pagi - Aku dah sampai ke C3, JPA. Biar sampai awal. Senang nak prepare. Nak setting rambut, nak pakai tie dan baca sikit-sikit info yang dijangka akan disoalkan. Urus setia masih belum ada, cuma aku dan beberapa orang calon saja yang dah terpacak di tempat temuduga.
Pendaftaran bermula jam 8.15pagi dan sijil-sijil kegiatan luar perlu diserahkan kepada urus setia untuk semakan. Salinan Buku Servis pun kena serahkan sekali. Pembahagian bilik temuduga boleh semak semasa daftar. Aku kena bilik F. Bila tengok calon-calon lain yang datang terus rasa sakit kepala, sakit dada, sakit semua benda sebab tengok cara dorang dress up pun dah macam aku nak surrender awal. Nak compare dengan aku yang cuma pakai kemeja dan neck tie je, sedangkan dorang siap berblazer bagai.
9.00 pagi - Bermula sesi temuduga. Group pertama masuk. Empat orang sekali masuk. Group pertama semua wanita. Kitorang kat luar curi-curi dengar dan paling tak boleh blah bila nampak dorang kena buat persembahan. OMG!!!!!! Aku sebenarnya dah prepare dua lagu dan dua-dua lagu tu lagu tradisional. Ok, aku dah set kat kepala, bila turn aku nanti, aku nak bawak lagu Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma. Nama lagu? Aku rahsiakan dulu.
10.00 pagi - Group pertama keluar. Giliran group ke dua. Nama aku dipanggil dan aku sorang sahaja lelaki. Kelebihan kalau sorang-sorang lelaki ni, maybe penemuduga akan lebih nampak aku. Tapi jangan dipandang rendah pada wanita-wanita lain sebab golongan wanita ni buat preparation yang lebih dan pengetahuan mereka berkaitan negara Korea memang melangkaui jangkauan. Sesi temuduga bermula :-
Penemuduga terdiri daripada dua orang panel. Sorang adalah wakil dari JPA dan sorang lagi adalah Alumni Program Pertukaran Belia-Korea. Dua-dua adalah wanita dan dua-duanya nampak sangat ok dan friendly. Jadi, perasaan dari debar-debar tu bertukar menjadi normal.
1. Penemuduga memperkenalkan diri dan minta kami kenalkan diri juga.
*soalan dalam Bahasa Malaysia
- Aku orang kedua memperkenalkan diri. Orang pertama yang bercakap, dia kenalkan diri dalam Bahasa Inggeris dan secara automatiknya bila turn aku, aku cakap Bahasa Inggeris juga. Demnnn terpengaruh betul.
2. Kenapa nak join program ke Korea?
- Saya ada 5 sebab dan kerana perkataan K-O-R-E-A itu sendiri.
K - K-Pop, Kosmetik, KIA Motors
Saya tidak melihat kepada hiburan semata-mata tapi melihat kepada kesungguhan dan persediaan mereka untuk memperkenalkan muzik K-Pop ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu, K juga atas dasar Kosmetik. Bagaimana majunya negara Korea dalam industri kosmetik dan pembedahan kosmetik. Macam tu juga dengan industri permotoran mereka yang mana KIA Motors menjadi salah satu jenama yang hebat.
O - Opportunity
Peluang yang diberikan oleh pihak JPA kepada kami kumpulan pelaksana untuk mencuba program yang dianjurkan. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Sementara masih bergelar belia, ini adalah masa yang sesuai untuk mencuba.
R - Responsibilty
Tanggungjawab saya untuk menjadi delegasi kecil Malaysia ke negara Korea. Membawa nama baik Penjawat Awam Malaysia khasnya. Pada peringkat temuduga ini, saya bertanggungjawab membawa nama baik jabatan dan cuba berikan yang terbaik.
E - Education & Experince
Saya cuba dapatkan banyak pengajaran yang sebolehnya jika terpilih mengikuti program ini. Pengalaman dan pendidikan yang diperolehi nanti akan saya kongsi dan salurkan kepada rakan-rakan sekerja semua untuk dimanfaatkan diperingkat Seksyen dan Jabatan.
A - Art & Autumn
Negara Korea adalah satu negara yang penuh dengan kesenian dan saya sebenarnya sangat mencintai seni. Tidak kira seni bina mahupun seni jalanan, bagi saya Korea memang mempunyai keindahannya yang tersendiri lebih-lebih lagi di musim Autumn. Selain dari itu, jika diberi peluang mengikuti program ini, saya memang teringin untuk melihat sempadan negara Korea Selatan dan Korea Utara yang mana peperangan telah memisahkan dua negara yang bersaudara ini. Kesan daripada peperangan ini sangat dasyat sehingga memisahkan darah daging penduduk kedua-dua negara.
* Aku rasa jawapan aku macam over sangat tapi memang aku prepare macam ni. Yang penting kena pandai "jual" diri dan idea.
3. Awak semua boleh tunjukkan bakat? Menari ke? Menyanyi ke? Nanti kalau ke sana, kita akan buat malam kebudayaan tapi jangan risau sebab ada yang akan organize kat sana nanti.
- Oleh sebab calon lain macam taknak mulakan dulu, jadi aku jadi orang pertama tunjukkan bakat. Aku kan dah prepare lagu, so aku nyanyi lagu Joget Malaysia.
"Puan, saya akan bawa lagu Joget Malaysia dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma"
"Bagus.. memang kita nak lagu-lagu macam ni yang menggambarkan Malaysia"
Bangga sekejap. Dia tak dengar lagi aku nyanyi, mahu berdarah telinga.
" Lalalalala..lalalalll..."
"Dato' Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau cik adik orang yang bijak
Negara kita apa namanya?"
"Ikanlah keli dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau cik abang memang nak tahu
Negara kita nama Malaysia"
"Lalalalal..lalalalla.."
Selesai...
Puan tu tanya, "Awak memang selalu buat persembahan?"
"Dulu kalau ada dinner, memang kena buat persembahan,lagipun saya memang suka karaoke Puan.."
"Patut la..memang dengar suara tu dah siap diasah.."
*BANGGA❤
- Calon lain menari zapin, sorang lagi buat dikir barat dan sorang lagi nyanyi lagu Bahtera Merdeka. Memang bakat calon lain hebat-hebat. Tercabar aku.
4. Sejauh mana awak tahu hubungan diplomatik kedua-dua negara (Malaysia & Korea)?
- Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjalin sekian lama. Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu dasar yang telah diperkenalkan oleh mantan PM iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad bagi menjadikan negara Korea Selatan dan Jepun sebagai bench mark untuk mencapai kemajuan. Bukti bahawa hubungan erat ini telah terjalin adalah dari segi pendidikan yang mana ramai pelajar Malaysia dihantar mengikuti pengajian ke Korea bagi mempelajari bidang engineering. Saban tahun, memang pelajar-pelajar Malaysia akan dihantar tanpa gagal. Selain daripada itu, industri pelancongan juga membuktikan bahawa hubungan kita sangat baik yang mana saya rasa Malaysia antara negara tertinggi yang melancong ke sana. Begitu juga dengan program-program pertukaran belia sepertimana program anjuran JPA dan KBS. Pihak kerajaan Korea juga turut sama menganjurkan program-program yang sama di negara kita.
* calon lain bersetuju dan menambah dari segi kebudayaan, keseniaan & ekonomi dan Puan penemuduga juga cakap berkaitan dengan industri filem mereka.
5. Boleh berikan program belia yang ada di Malaysia yang boleh diperkenalkan di Korea?
* calon pertama cakap pasal program IM4U dan program Permata Seni tapi panel nak satu sahaja program dan kembangkan.
- Program terbesar yang melibatkan belia negara adalah Hari Belia Negara yang dianjurkan saban tahun. Untuk tahun ini, bakal diadakan pada bulan Mei iaitu 13 - 15 Mei di Putrajaya. Program ini merupakan satu platform untuk belia-belia negara menyalurkan bakat yang mereka ada pada jalan yang betul. Kebiasaannya, Hari Belia akan diuruskan oleh Rakan Muda yang mana Rakan Muda telah diperkenalkan pada tahun 1992 atau 1993 dan masih lagi hidup sekarang. Jadi, saya rasa program terbesar ini boleh kita perkenalkan kepada negara Korea kerana ia merupakan program yang membawa unsur-unsur positif kepada negara.
6. Apa kelebihan atau keistimewaan yang ada pada diri awak untuk dipilih mengikuti program ini?
- Kalau ditanya pasal kelebihan, saya rasa kelebihan saya sama sahaja dengan calon-calon yang lain. Kalau dari segi diri saya sendiri, saya perlu berbangga untuk memperkenalkan diri saya sebagai lelaki melayu dari Malaysia yang beragama Islam. Saya akan bawa nilai-nilai positif sepanjang berada di sana dan menjadi diri sendiri.
- Dari segi delegasi pula, saya mengaku bahawa saya mampu memberikan kerjasama yang baik dan tinggi dalam memberikan komitmen dalam pasukan. Jadi, tiada masalah untuk saya melibatkan diri dalam apa-apa jua aktiviti dan program di sana nanti.
* calon lain setuju dan cakap berkaitan kerjasama juga. Ada yang tambah mengenai bakat yang mereka ada.
7. Apa faedah yang hendak diserapkan bila terpilih dan bawa balik ke Malaysia?
- Untuk diri sendiri, saya cuba perbaiki diri saya dalam hal-hal berkaitan kerja iaitu dari segi sikap dan etika. Difahamkan bahawa dari kecil, masyarakat di sana menerapkan etika diri yang tinggi. Jadi, saya ingin saksikan sendiri dan cuba terapkan ke dalam diri dan berkongsi dengan kawan serta keluarga. Dalam aktiviti anak angkat nanti, saya ingin melihat dengan lebih dalam etika sebenar masyarakat di sana.
- Dari segi organisasi pula, saya pasti akan berkongsi juga pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi nanti. Sudah pasti nanti akan ada aktiviti ke mana-mana pusat belia dan dari situ, saya ingin melihat dari segi pengurusan kerja dan pengurusan pejabat untuk diserapkan di organisasi saya nanti. Walaupun sumbangannya kecil, tapi saya yakin ia akan berkembang ke peringkat jabatan.
8. This question is in English. Choose one place in Malaysia to introduce to your Korean friend.
* Oleh sebab panel dah pandang aku, so aku jadi orang pertama untuk menjawab.
- For me, i will suggest Sarawak to my Korean friend because normally, we always promote peninsular Malaysia as a place to visit. Why i choose Sarawak? Because Sarawak also has a good thing to promote like Sarawak Cultural Village. From there, my Korean friend will know more about Sarawak like kebudayaan and etnic in Sarawak. If Korean so proud with Mount Soerak, we also proud with Santubong Mount which has a history behind.
* Calon kedua nak kenalkan negeri Kelantan dan calon ketiga nak kenalkan negeri Melaka. Calon sorang lagi juga nak kenalkan Sarawak sebab Sarawak adalah negeri kelahiran dia. Aku agak stress kat soalan ni sebab kena cakap English. Sebenarnya banyak lagi nak elaborate pasal negeri Sarawak tapi termati kata-kata.
9. Dalam kes makanan, jika berlaku kes hidangan makanan yang tidak halal, macam mana nak tolak sebab orang Korea cuma tahu orang Islam tak makan pork dan tak minum arak sahaja. Dari segi lain, mereka tak tahu.
* calon lain kata nak bawa pinggan sendiri, ada yang nak bawa makanan sendiri dan makan luar dan sorang lagi kata nak main-mainkan makanan sahaja tapi tak makan tapi panel kata kena jaga sensitiviti juga. Nanti dorang kecil hati.
- Jawapan aku pula, kita kena pertahankan hak kita sebagai seorang Muslim. Jadi, kena explain secara baik apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Saya yakin yang mereka boleh faham dan terima keadaan ini dan kita boleh tolak dengan cara yang baik. Untuk hari kedua misalnya, kita boleh ajak mereka ke pasar dan pilih sendiri makanan yang kita yakin boleh dimakan. Dalam situasi ini, rasanya kedua-dua pihak akan berpuas hati.
Sesi temuduga berakhir dalam tempoh sejam juga. Awal-awal sahaja rasa berdebar dan gugup tapi bila dah boleh fikir dengan rasional, semuanya berjalan dengan smooth. Panel penemuduga ada nasihatkan kami supaya jangan terlalu meletak harapan tinggi sebab panel penemuduga ramai. Jadi, markah juga berlainan. Kalau ada rezeki, insyaAllah akan ada peluang. Kalau tiada rezeki, boleh cuba lagi sekali.
aksarafendi
cayalah. rasa saya dalam bilik tu fendi.. insyaallah dapat tu. jangan lupa update kat saya ye..
ReplyDeleteKita interview hari yang sama lah :) Bilik je lain-lain. Saya kat bilik B :)
ReplyDeleteterbaiklah jawapan..
ReplyDeletekalau ade rezki ke sana, jgn lupa share ye
~nieja
salam. bila result kuar? u dpt x? :)
ReplyDeleteresult belum keluar lg.tak pasti bila keluarnya.kalau dah keluar, saya akan update dlm blog sama ada dpt atau tak.
Deleteokay tq :)
DeleteSalam semua. Result dah keluar. Fendi dpt tak?
ReplyDeletejawapannya tidak berjaya..heheh
Delete