TAMAN MONYET
Taman Monyet ini asalnya tidak termasuk dalam tempat untuk kami singgah tapi supir bawak juga kami ke sini sebab nak isi masa yang masih terluang. Aku tak berapa minat dengan tempat-tempat macam ini sebab bagi aku, kalau nak tengok binatang baik aku pergi zoo. Lagi puas hati.
Oleh sebab dah sampai, kami layankan sahaja. Ada bayaran masuk yang dikenakan dan apabila kita masuk ke kawasan ini, akan ada guide yang bawa pengunjung meneroka kawasan.
Ada jugak kelawar kat sini. Kelawar tidur siang, malam baru berjaga.
Tempat ini aku langsung tak cadangkan untuk pergi. Ianya satu pembaziran dan rasa macam tertipu.
Kalau nak tahu, guide tu rupanya penjual. Mereka ada gerai-gerai dalam kawasan taman. Apabila habis sahaja dia bawa pengunjung meronda, dorang akan bawa ke gerai dan paksa kita beli. Aku dah tolak baik-baik cakap tak nak beli apa-apa.
Barang-barang yang dijual semuanya barang stok lama. Buruk pulak tu barang-barangnya. Kalau baju tu, warnanya sudah agak pudar. Lama juga lah kami kat gerai tu sebab nak elak dari membeli, tapi bila dah dia merayu-rayu, terpaksa beli satu barang. Sumpah aku rasa sangat tertipu.
Kami tak lama di Taman Monyet ni. Masuk saja dalam kereta, aku membebel kat supir. Aku geram kenapa supir bawa kami ke tempat ini kalau orang-orang dalam tu memaksa pengunjung beli barang yang dijual. Supir kata dia tak tahu pun penjual di dalam tu paksa pengunjung untuk membeli.
Mood aku memang rosak habis petang tu. Rasa macam nak marah tapi aku masih boleh kawal rasa marah.
TANAH LOT
Tadi menahan geram dan marah, bila tiba sahaja di Tanah Lot, hilang terus rasa marah tu semua.
Speechless.. Eh, cantik betul pemandangan di Tanah Lot.
Akhirnya jejak kaki juga ke sini. Alhamdulillah, langit cerah dan for sure, cantik untuk bergambar.
Nak bergambar tempat lagi cantik, kena turun bawah sana.
Semulajadi
melayan ombak
acah-acah
Sweet couple. Orang putih bila dah tua-tua, depa suka spend time together.
Kami habiskan banyak masa di Tanah Lot sebab kawasannya besar. Kena turun ke bahagian bawah untuk dapat view menarik. Boleh layan ombak, tapi kena berhati-hati.
Kagum weh ombak datang
aksarafendi
yes, view dekat tanah lot tu lagi menarik :D
ReplyDelete