Friday, September 28, 2018

FENDIxBALI | HARI KEEMPAT : TAMAN AYUN, ULUN DANU BRATAN

Assalamualaikum,

Masuk hari keempat di Pulau Bali Indonesia. Hari ini pergerakan masih lagi menggunakan khidmat supir. Kami tunggu awal di lobi hotel, tapi supir tiba lewat sedikit. Risau juga kami kalau-kalau supir terlupa yang hari ini juga kami masih lagi menggunakan khidmatnya.

Bila supir sampai, kami tanya sebab apa lambat. Katanya pergi cuci kereta. Ok la, boleh diterima alasan tu. Semalam pun kami sampai lambat ke hotel, mungkin supir tak sempat nak cuci.

TAMAN AYUN 

Untuk sepanjang hari ini, itinerary penuh dengan aktiviti ke kuil-kuil hindu atau disebut pura oleh masyarakat di Bali. 

Senibina pura dan pintu gerbang pura memang terbaik. Bagi saya pandai bergambar dan suka ambil gambar, inilah tempat-tempat yang harus dikunjungi.


Apa yang boleh dibuat di sini? Tengok view. Mostly tempat-tempat di Bali memang untuk menikmati keindahan senibina dan alam semulajadi. Kalau bukan jenis yang suka aktiviti-aktiviti macam ini, Bali pasti menjadi tempat membosankan untuk orang tu.

Kagum juga bila tengok pura yang dijaga dengan rapi dan menjadi lokasi tarikan pelancong.




Aku memang minat gile pada benda-benda macam ni. Bila dah masuk tempat ni, rasa macam kena ganja. Macam nak spend time lama kat sini. Rasa macam nak duduk santai-santai, sambil layan perasaan. Tapi seram jugak tengok pura dorang ni. Macam "sesuatu".








Laluan keluar. Masa ni pergi cari supir. Entah ke mana supir hilang. Jenuh mencari. Rupanya supir tengah melepak minum.

ULUN DANU BRATAN

Ulun Danu Bratan merupakan salah satu tempat pelancongan yang wajib singgah sebab nak tengok pura yang terletak di tengah tasik. Selalu tengok orang lain bergambar kat sini,jadi kali ini aku pulak nak bergambar.

Nak masuk tempat ini pun dikenakan bayaran.



 Ada tatacara kalau nak masuk ke pura. Khas untuk penganut Hindu sahaja. Pelancong tak dibenarkan masuk. Tengah ada majlis dalam pura. 

 Kawasan ini bersuhu sejuk. Ada masanya akan berkabus nipis.




Semasa kami di Ulu Danu Bratan, supir nak bantu kami ambikkan gambar tapi kami menolak cara baik sebab masing-masing nak kan privacy.

Walaupun kami cuti berdua, tapi kami suka berpecah. Buat hal sendiri-sendiri sebab masing-masing suka melayan perasaan. Aku lebih suka menikmati setiap sudut tempat.

Dah puas pusing-pusing, masing-masing kebulur. Nak pegi cari makan. Supir nak bawak kami ke tempat mahal (sebab dia ingatkan kami jenis tak makan kat warung). Tapi aku cakap kat supir bawak kami makan kat warung tepi jalan sahaja. Warung tepi jalan lagi sedap. Baru nampak kelegaan kat muka dia.

Kami ajak dia makan sekali. Mula-mula dia segan tapi kami pujuk. Tak ada apa nak disegankan pun kan.



Kami makan ayam penyet. Sambal ayam penyet tu sangat marbeles. Depan mata kita dia sediakan makanan. Semuanya fresh. Minumnya pula semestinya teh botol Sosro.

Kami makan kat area ini. Banyak gerai buah-buahan. Waktu ini hujan renyai-renyai, perot pun keroncong.


aksarafendi

1 comment: