Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah..
Aku berjaya dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 mewakili Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Untuk pejabat kami, cuma 5 orang sahaja kuota yang ditetapkan.
Majlis sudah pun berlangsung pada 30 April 2019 bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Untuk kali ini, cuma satu sesi sahaja majlis penyerahan sijil. Kalau tahun-tahun sebelum ini, majlis diadakan dalam dua sesi. Penyerahan sijil disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Setiap seorang penerima diberikan sijil dan juga ganjaran berjumlah RM1000.00 dan dibank-in terus ke dalam akaun masing-masing.
Tahun 2019 ini adalah tahun ke-13 aku berkhidmat sebagai penjawat awam dan ini merupakan kali ke-3 aku terima APC. Semuanya rezeki dari Allah SWT. Alhamdulillah..
Tahun 2019 ini adalah tahun ke-13 aku berkhidmat sebagai penjawat awam dan ini merupakan kali ke-3 aku terima APC. Semuanya rezeki dari Allah SWT. Alhamdulillah..
Hari raptai. Persembahan koir, band dan juga pasukan gamelan adalah dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Meja kami betul-betul di hadapan skrin.
Pada 29 April iaitu hari sebelum majlis, diadakan juga raptai pada sebelah petang. Raptai bermula agak lewat, mungkin terdapat sedikit masalah dari pihak urus setia. Seperti biasa, semasa sesi raptai, urus setia nak tunjukkan flow majlis yang sebenar.
Hari majlis sebenar. Penerima wanita wajib memakai tudung berwarna merah, manakala penerima lelaki wajib memakai tali leher berwarna merah.
Meja kami nombor 2.
Majlis penyampaian sijil bermula pukul 3.00 petang, tapi kami perlu hadir untuk mendaftar pada sebelum jam 11.45 pagi. Bermula jam 12.00 sehingga 12.30 tengahari diadakan sesi ceramah santai. Kemudian, sesi berehat untuk makan tengah hari, solat dan persiapan.
Jam 2.00 petang, kami perlu kembali ke dewan untuk persediaan dan ketibaan YBhg. Ketua Setiausaha Negara.
Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar dan berakhir sekitar jam 5.00 petang. Kami disajikan dengan minum petang sebelum balik.
Bersama kawan-kawan lama semasa berkhidmat di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO)
Kiri | Penerima APC dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Seorang lagi tak dapat hadir sebab perlu bertugas.
aksarafendi
waaaa tahniah..kita baru sekali aje dapat APC....tahniah beb!
ReplyDeleteterima kasih..rezeki Allah..
Deleteboleh saya tahu, banner mcm ni order kt mna?and harga berapa ya
ReplyDeletemintak maaf, saya tak tahu kat mana order banner..saya cuma hadir sebagai penerima..
Delete