Wednesday, September 25, 2019

FENDIxBANDUNG | HARI PERTAMA - RUMAH MODE - AYAM GORENG SUHARTI - PARIS VAN JAVA

Assalamualaikum...

Aku ke Bandung lagi!!!! 

Tahun 2018 aku sudah ke Jakarta dan Bandung dan tahun ini sekali lagi aku ke Bandung.

Penerbangan kali ini adalah dengan menggunakan perkhidmatan Malindo Air dengan harga tambang RM300 ++ (sudah termasuk luggage 20kg).

Teman bercuti aku masih lagi orang yang sama. Kami terbang pada 30 Mac 2019 (Sabtu) dan kembali ke Malaysia pada 02 April 2019 (Selasa).

28 Mac (Khamis) hingga 29 Mac 2019 (Jumaat) sebelum tu aku ke Langkawi atas urusan tugas sempena LIMA 2019. Jumaat malam touch down dari Langkawi, Sabtu tengah hari terbang pula ke Bandung. Tak dapat aku bayangkan life orang yang bertugas back to back naik turun flight. Kalau aku, memang aku surrender awal-awal.

Aku sebenarnya dah lupa itinerary kami di Bandung. Maklumlah, trip nya bulan Mac-April tapi bulan September baru nak update. Semakin usia meningkat ni, semakin malas nak mencari idea menulis. Penyudahnya, cerita percutian terbantut macam tu saja tapi aku cuba juga untuk recall dan catatkan dalam blog ni. Seperti yang selalu aku taip "aku tulis untuk kenangan masa depan aku"..



Hujan lebat gaiss masa kami boarding kat KLIA2. Dalam kepala dah fikir mesti delay ni tapi Alhamdulillah hujan tak lama pun.

Penerbangan dari KL - Bandung mengambil masa 2 jam lebih. Seperti biasa, aku akan habiskan masa dengan tidur di dalam kapal. Kami mendarat di Lapangan Terbang Hussein Sastranegara International Airport lebih kurang jam 3.00 petang waktu Indonesia. Sebenarnya kami mengejar masa sebab nak membeli kain di Pasar Baru. Kalau ikut kiraan masa kami, rasanya tak sempat sebab Pasar Baru tutup jam 5.00 petang. Mungkin kami akan kesuntukan masa. 


Dari airport ke hotel penginapan, kami menggunakan perkhidmatan teksi. Niat nak guna Grab tapi tak sempat nak masukkan sim kad dalam hp, supir-supir dah tunggu dan offer perkhidmatan mereka. Aku akan cepat stress bila orang dah kerumun macam tu. Tak selesa dan unsecure. Kami terus keluar dari balai ketibaan dan cari tempat yang betul-betul dirasakan sesuai untuk berhenti dan tahan teksi. Kenapa aku rasa tak selesa? sebab ada seorang supir ni follow kami kami belakang. Bila aku tolak pelawaan dia, aku cakap dah ada book kenderaan lain. Mungkin dia tak percaya dan terus follow kami. Apa eak masalah dorang ni? Aku tolak pelawaan elok-elok je. 


Kami menginap di Hotel El Cavana Bandung, Jalan Pasir Kaliki. Harga satu malam? Aku tak tahu sebab urusan penginapan Oey yang uruskan. Hotel ni bertaraf 3 bintang tapi masih kelihatan ok, cuma jalan masuk ke lobi agak teruk sebab jalannya rosak. Pemandu teksi yang hantar kami ke hotel tu ada maklumkan yang air akan naik di kawasan lobi hotel kalau hujan lebat. Mungkin sebab itu jalan masuknya berlopak-lopak.


Gambar di bawah ini adalah hasil carian di google. Aku tak ada snap gambar pulak masa kat sana dan aku baru tahu ada rooftop dan pool. Kalau tahu, sure boleh lepak-lepak malam hari atas rooftop.




Keadaan langit sudah mendung masa kami bertolak dari airport. Bila kami check in hotel, hujan dah menderu-deru turun. Kami rasa itinerary kami akan terganggu sedikit. Plan asal, kami hanya mahu berjalan kaki dari hotel ke Pasar Baru. Tapi bila dah hujan, kena juga ambil Grab. 

Setibanya di Pasar Baru, keadaan sangat kelam kabut sebab orang terlalu ramai di kaki lima. Ada yang berteduh dan ada juga yang berjualan. Kami menyelinap masuk ke bahagian jualan makanan. Ingatkan di situ laluannya tenang, rupanya lagi azab. Penjual-penjual siap tarik-tarik baju minta singgah ke gerai mereka. Bertambah-tambah stress aku.

Kami terus menuju ke tingkat atas dan mencari kedai kain. Memang itu tujuan kami, mencari kain untuk seluar kerja. Berjaya juga membeli. Sebenarnya harganya tidak berapa nak murah, tapi oleh sebab dah sampai di Pasar Baru, kami beli juga. Tapi dari segi material, memang puas hati. Meronda-ronda sebentar untuk mencari apa-apa yang perlu.


 Membelek dan tengok harga kemeja batik, tapi tak beli juga sebab bukan keperluan.

Keadaan di dalam Pasar Baru.

RUMAH MODE 

Matlamat kami selepas Pasar Baru adalah ke Rumah Mode Factory Outlet di Jalan Dr.Setiabudi. Kami menggunakan perkhidmatan Grab dari Pasar Baru ke Rumah Mode. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kami memang puas hati shopping di Rumah Mode, jadi harapan kami tetap sama untuk trip kali ini. Pemandu Grab kami agak peramah dan kami banyak bercerita pasal situasi politik negara masing-masing. Aku pun tak berapa pandai bab politik, tapi aku bagi juga pandangan berkaitan politik negara kita. Aku beri pendapat keadaan yang berlaku sebelum dan selepas kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara kita. 



Rumah Mode punya baju-baju tak berapa menarik perhatian. Banyak kali juga aku pusing-pusing dalam tu, mencari apa yang menarik untuk dibeli tapi tak ada juga yang betul-betul aku suka. Last-last, aku cuma beli 3 helai baju t-shirt berkolar. Itu pun beli dalam keterpaksaan. Kecewa weh... Selesai bayar, aku lepak duduk luar. Tunggu Oey selesaikan shopping dia. Sekali mamat tu keluar, hambikkkk...banyak pulak dia membeli-belah.

Tadi masa dalam perjalanan ke Rumah Mode, driver Grab cadangkan kami makan di Restoran Ayam Goreng Suharti. Lokasinya berhampiran dengan Rumah Mode. Jadi, kami dah putuskan untuk makan di situ sahaja. Kami jalan kaki, tak jauh, dalam 3-4 minit berjalan.

RESTORAN AYAM GORENG SUHARTI

 Signage restoran. Dari jauh dah nampak. Rasanya banyak cawangan restoran ini.

 Buku menu. Menarik juga tengok menu-menu yang disediakan.

Aku order yang ini. Makanannya ok lah. Tak adalah begitu sedap sangat. 

Dikatakan bahawa menu yang jadi tarikan di restoran ini adalah ayam goreng. Sebenarnya aku sendiri tak rasa apa istimewanya ayam goreng di sini. 

Kita boleh pilih pelbagai jenis menu masakan jawa. Aku order gudeg. Gudeg ni adalah sayur nangka muda. Aku memang suka menu ini. First time aku makan gudeg masa bercuti di Yogjakarta, tu yang bila nampak je menu ini dalam senarai, terus order. Tak boleh lawan rasa gudeg di Yogjakarta. Lepak sekejap dalam restoran dan plan tempat seterusnya nak pergi. Dalam kepala otak aku dah terbayangkan Paris Van Java. Tengok google maps, tak adalah berapa jauh. Kalau jalan kaki dalam 14 minit sahaja. Jadi, kami pilih untuk berjalan kaki sahaja.

PARIS VAN JAVA

Paris Van Java menempatkan pelbagai outlet berjenama. Rasanya macam GPO ke JPO lah kalau di Malaysia ni. Sediakan duit sahaja lah kalau nak berbelanja. Aku tak expect lebih untuk shopping di sini. Bajet tak berapa nak ada.


 
Outlet lain macam tak berapa nak mampu, jadi aku ajak Oey singgah Zara je lah. Gambar di dalam PVJ tak banyak sebab bateri handphone dah low.

Berlaku kejadian tragis masa nak balik. Bateri handphone dah nazak, tapi sempat lagi book Grab. Entah apa malang nasib, pemandu terpaksa pusing-pusing cari jalan sebab jalan utama tutup. Lambat sangat tunggu, jadi kami cancelkan booking. Bila cuba untuk book grab yang lain, tak ada yang accept request pulak. Kami akhirnya jalan kaki balik ke hotel. Dalam google maps kata 30 minit kalau berjalan kaki, tapi kami rasa macam dekat-dekat sejam jugak berjalan. Masuk bilik, mandi-mandi dan terus tidur..

Hari yang memenatkan...

fendi.

No comments:

Post a Comment