Saturday, November 23, 2019

FENDIxKUCHING | KUCHING WATERFRONT MUSICAL FOUNTAIN

Assalamualaikum...

Otak aku masih fikirkan itinerary untuk esok hari. Tadi macam nak buat relaks-relaks je kan?.. Ni dah masuk waktu Maghrib dah ni. Aku ke masjid dulu, kemudian baru boleh mulakan misi mencari tour package.

Lepas solat, aku jenjalan kejap dan tanya-tanyakan mana-mana hotel yang ada sediakan pakej. Aku tanya di Kuching Waterfront  Lodge sebab ada nampak notis depan hotel pasal pengangkutan ke Damai dan juga pakej ke Semanggoh Wildlife. Rupanya, pengangkutan tu bukan under hotel dorang, tu kira individu yang sediakan pengangkutan tapi malangnya person in charge tu dah meninggal. Akak yang jaga kaunter hotel tak ada nombor orang yang gantikan. Kecewa betul lah..

Aku merayap lagik dan terjumpa satu kafe yang sediakan pakej. Namanya Indah Kafe. Kafe yang simple dan just nice kalau nak lepak-lepak. Aku masuk lah, mula-mula nak tanya pakej yang disediakan tapi ternampak pulak brownies.. Hah apa lagi? Lepak kejap lah makan brownies...Heee..

Brownies + Hot Lemon Honey = RM16.00



 Kanan | List package.


Masa staff hantar pesanan aku, aku sempat tanya pasal pakej yang kafe ni sediakan. Mula-mula dia kata kena contact number yang tertera sebab esok punya plan kan, so tak tahu sama ada masih available atau tak. Lagipun bukan dia yang uruskan, bahagian tour ni orang lain punya part. Tapi dia ada explain jugak lah. Katanya minima 2 orang, baru tour boleh on. So, aku assume kalau nak selit-selit ni agak leceh sebab biasanya orang akan pergi by group. Yang suka travel sendiri atau berdua ni cuma mat saleh je. Jadi, aku rasa tak payah lah selit-selit. Esok pandai-pandai lah aku naik Grab Car ke Semanggoh tu.

Waktu dah nak dekat pukul 8.00 malam. Kafe tutup pukul 8.00, so aku say sorry sebab datang lewat.. Heeee bersopan betul aku kan. Bila dah habiskan brownies aku tu, terus aku gerak ke tempat lain.. Ternampak lah board pasal pakej kat depan satu kedai ni.. Owhh mahal lah rupanya pakej-pakej ni. Terus tak jadi nak ambik pakej.. Aku pergi Waterfront terus sebab tunggu masa nak tengok musical fountain.

Waktu persembahan :

Jumaat - Sabtu :

8.30 pm - 8.45 pm
9.30 pm - 9.45 pm
10.30 pm - 10.45 pm

Ahad-Khamis :

8.30 pm - 8.45 pm
9.30 pm - 9.45 pm

Oleh sebab malam minggu, jadi orang sangat ramai. Di sekitar Waterfront dah penuh orang, di Jambatan Darul Hana pun ramai orang. Aku tengok persembahan dari atas jambatan sebab masa persembahan tu mula, aku dah memang kat atas jambatan untuk bergambar.





Aku ada ambik video, tapi tak boleh upload video pulak.. Aduh...apa pulak problemnya entah... Kalau tengok video lagi besttt...

Sebenarnya aku gayat masa kat atas jambatan ni. Aku macam imagine yang jambatan ni roboh sebab ramai sangat orang. Macam-macam kat kepala otak aku ni fikir. Nasib baik persembahan cuma ambil masa 15 minit sahaja. Tamat sahaja persembahan, terus aku turun dan balik ke bilik..

Aku dah keletihan untuk hari kedua ni....

  
  


Jambatan Darul Hana pada waktu malam.

fendi...


No comments:

Post a Comment