Thursday, November 21, 2019

FENDIxKUCHING | MURAL KUCHING - KEK LAPIS - SARAWAK TRADITIONAL BOAT CRUISE BAHAGIAN 2

Assalamualaikum...


Jam 3.00 petang - Aku keluar awal sikit petang ni sebab risau kalau hujan. Langit pun sebenarnya dah menunjukkan tanda-tanda nak hujan. Segera aku ke Waterfront untuk menyeberang ke kampung sebelah. Aku nak mencari kek lapis. Naik sampan penambang untuk ke Kampung Boyan. Tujuan aku cuma untuk ke Kek Lapis Dayang Salhah dan juga Kek Lapis Mira. Aku tak ada keterujaan nak beli banyak-banyak sebab dah setkan dari awal untuk limitkan pembelian 2 atau 3 ketul sahaja. Strategi yang aku pasang adalah rasa semua kek lapis yang disediakan. Heee...


Tambang sampan = RM2.00 (dua hala. Sehala RM1.00)

 Naik sampan bendera Malaysia.

Harap2nya kerajaan negeri Sarawak akan terus kekalkan tradisi pengangkutan sampan untuk ke seberang. 


Tak lama pun nak ke seberang. Rasa macam baru duduk, dah sampaiiii...

Mira Cake House - Dari jauh dah nampak kedai kek lapis Mira ni. Di kedai ni aku beli dua ketul kek lapis sahaja. Bila tengok macam-macam jenis kek, memang rasa macam nak beli semua tapi jangan ikut perasaan. 

Kek Lapis Cadburry dan Kek Hati Pari = RM25.00



Kek Lapis Dayang Salhah - Aku tak lama pun di Mira Cake House. Aku guna konsep rasa, pilih, bayar dan keluar. Heeee... mana boleh tunggu lama-lama, nanti nafsu memborong datang pulak. Seterusnya aku ke Kek Lapis Dayang Salhah. Kedai kek lapis ni terletak di belakang surau. Ada signboard, follow je signboard yang ada.



 Tuan rumah...kami datang nak beraya..


 Selamat Hari Raya. Mohon maaf zahir batin. Dah macam hari raya meriahnya tu.


Pelbagai jenis kek lapis yang ada. Tinggal pilih dan bayar.

Di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah, aku cuma beli seketul kek sahaja. Cukuplah kan. Risau jugak kalau kilogram beg aku bertambah. Heee...


Kek Lapis Masam Manis = RM25.00

Selain daripada aku, ada juga beberapa keluarga yang datang. Satu keluarga complete dengan mak ayah anak nenek cucu. Penuh ruangan kedai tu. Sesak jadinya. Aku nak memilih kek pun berbelah bagi sebab tak tahu nak beli yang mana. Kadang-kadang aku rasa macam tak perlu pun nak beli kek lapis tapi oleh sebab dah alang-alang sampai, kena beli juga souvenior untuk diri sendiri kan?... Selesai semua, aku gerak nak balik ke Waterfront tapi elok aku keluar dari kedai, hujan dah turun. Nasib baik sempat aku berteduh bawah food court.

Gerai menjual ikan terubuk masin. Selain daripada kek lapis, ikan terubuk masin juga menjadi tarikan pengunjung yang datang ke Kuching.

Hujan dah lebat.. Berteduh dalam food court tapi panas membahang duduk bawah ni.

Sambil-sambil duduk, main handphone.. ada gerai yang dah buka. Tengok orang makan macam best lah pulak tapi aku tak rasa lapar, cuma rasa haus sahaja. Hurmmm dari tak ada benda nak buat, aku order lah makan. Laksa Sarawak yang menjadi favourite aku.. Aku paksa juga diri aku makan walaupun masih kenyang. Eh..licin terus.. Mana boleh tolak kalau dah dapat laksa Sarawak ni. Balik semenanjung nanti boleh terjah Restoran Dayang Sarawak kat Putrajaya kalau mengidam.. 


Laksa Sarawak + Air Mineral = RM9.00


Lebih kurang sejam juga aku tunggu hujan reda. Alhamdulillah...hujan berhenti dan matahari muncul. Syukur... Niat hati nak pergi ke Fort Margherita, lepas tu nak naik Sarawak Traditional Boat Cruise tapi aku tak jumpa jalan nak ke Fort Margherita. Heee.. aku tersilap jalan. Ingatkan boleh ikut jambatan, rupanya jambatan tu ada penghadang sebab di hujung jambatan ada construction.

Aku dah stuck kat sini sebab di side belakang aku ni ada zink penghalang..Kena patah balik lah.

Mampu snap gambar dari sini je. Esok lah pergi ziarah Fort Margherita.


Sarawak Traditional Boat Cruise - Plan asal nak naik Sarawak River Cruise tapi harganya mahal. Kalau tak silap dalam RM60.00. Lepas tu aku fikir jugak, apa kejadahnya aku nak buat atas tu, sorang-sorang pulak tu kan.. Jadi, aku ambik inisiatif lain iaitu dengan naik Sarawak Traditional Boat Cruise. Alhamdulillah..cuaca baik sangat petang hari ni. Jadi, aku ambik tour yang 1 jam 30 minit, boleh tengok sunset dari atas bot.

Bayaran Sarawak Traditional Boat Cruise = RM28.00


Sepatutnya tour kami bermula jam 5.00 petang, tapi tunggu orang lain nak bagi penuhkan boat,jadi kami mula lewat 20 minit. Boat bawa kami menyusuri Sungai Sarawak. Cantik view..Teringat-ingat kampung..teringat-ingat semenanjung..tiber je emosi..

Sebenarnya aku dah duduk paling depan dalam bot, tapi ada dua orang mat saleh ni masuk dan duduk depan aku. So, view aku bukan paling depan lah..

Tiket. Beli dekat jeti waterfront tu je.

Gambar-gambar yang aku upload ni tak ikut turutan tempat tapi sepanjang tour tu memang akan nampak view macam ni.. 







Astana.




Paling syiok bila tengok sunset.. Cantiknya lak aii sunset..indah ciptaan Allah SWT..

Meh layan sunset pulak..

 Bot pusing baik untuk bawa kami ke arah sebelah sana.


 Matahari di balik Masjid India. Tengok lah warna gold atas air tu..






 Terus terngiang lagu Sayang Sarawak..

"Sayang Sarawak..Sayang Sarawak perahunya sempit..
Nakhoda kapal sayang..nakhoda kapal bersusah hati..
Hendakku bawa..hendakku bawa perahuku sempit..
Nak ku tinggalkan sayang..hendakku tinggalkan tak sampai hati..."


Remang-remang senja dari atas bot..

 Bot-bot nelayan.


Memancing.

Rumah tepi sungai.

Ambil masa satu jam setengah untuk tour ni agak membosankanlah sebenarnya sebab rasa macam lama sangat. Bila dah kat hujung-hujung tu, tak dapat view yang best pun.. Tapi ok lah, ada pengalaman naik bot keliling Sungai Sarawak.. Bagi aku, memang berbaloi..

Masa atas bot, aku sempat google dan cari contact number untuk sewa kereta. Ikut perancangan, esok aku nak sewa kereta sepanjang hari. Aku dapat satu contact number ni. Dah deal elok, pastu dia tanya nak ambik kereta kat mana. Aku reply cakap minta tolong hantar ke hotel. Eh...dia minta duit minyak pula. Sehala RM30.00. Jadi kalau hantar kereta ke hotel dan ambil semula kereta dari hotel, kena caj RM60.00. Ya Allah..aku rasa macam tak berbaloi sangat. Dengan harga sewa kereta RM120.00 sehari, then nak kena caj penghantaran. Belum kira duit minyak lagi. Maybe memang macam tu lah cara sewa kereta di Kuching ni. Aku agak terkejut dan tak boleh terima sebab masa aku sewa kereta di Kota Kinabalu, tak ada pulak caj-caj dikenakan. Aku cancelkan terus booking tapi aku cancel dengan cara yang baik dan berhemah..Heee..kita kan orang Melayu.

Terus pening kepala aku fikirkan esok nak merayap ke mana dan macam mana cara nak pergi tempat yang dah aku listkan..Aku kena ubah itinerary esok tapi tunggu malam nantilah. Petang ni kena enjoy dan jangan serabutkan kepala.

Aku whatsapp member aku minta pendapat. Dia cadangkan pergi mana-mana hotel dan tanya ada buat tour pakej ke tak. Biasanya hotel-hotel ni akan buat tour untuk pelancong-pelancong yang menginap kat hotel dorang, jadi bolehlah mintak belas ihsan selit-selit. Ok lah, malam ni aku cubalah ringan mulut tanya-tanya.

fendi...

No comments:

Post a Comment