Wednesday, June 17, 2009

DUA HATI [FAUZAN DAN SHATINA] PART II


EPISOD 1




SABDA RASULLULLAH S.A.W
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Perkahwinan mampu mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan. Selain daripada itu, perkahwinan juga mampu mengeratkan hubungan  silaturrahim sesama insan yang mana dua hati disatukan, benih kasih dan sayang dieratkan, rasa cinta dibelai sehingga melahirkan ramai lagi umat Nabi Muhammad SAW di atas muka bumi ini. InsyaAllah..
Setelah dua ( 2 ) bulan menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri ( dorang nikah 14 Mac 2009 ), maka tiba masa pulak majlis persandingan yang diadakan pada 31 Mei 2009 di Sungai Dua, Alor Merah, Butterworth Pulau Pinang  ( belah pengantin wanita ) manakala di belah pengantin lelaki pula dilangsungkan pada 06 Jun 2009 di Kampung Tiga Nenek, Rembau Negeri Sembilan.

Sungai Dua -- Alor Merah--Butterworth--Pulau Pinang

Aduiyaii..bile dapat je kad kawin warna hitam bercorak warna emas, tukang yang mmberi tu mmber aku sendiri ( Fauzan le tu ), aku da cemas le gak sbb aku tau majlis kawin dia kat PP ( belah Tina ), so cam berkira2 jugak le samada nak gi ke x.. lama gak le aku ngan dak2 ni wat discussion ( bkn cam hal ehwal islam tu le ), nak wat kputusan samada nak gi ke x ke PP tu. Kalo xg, cam xsopan la lak kan sbb mmber sndiri. Eheheh so, dengan rase rendah diri, dengan ketulusan hati, lelaki ini membuat keputusan untuk menghadirkan diri sebagai tanda persahabatan dengan pengantin. haa, aku pun da setuju untuk jadi pengapit ( ke pengepit ) pengantin lelaki..

Tarikh 30 Mei 2009 - jadi tarikh keramat sebab hari pilihan untuk menggerakkan diri menuju ke destinasi.. tapi.. sape jek yang pegi? aku sorang je ker yg pegi? sape jadi pengapit pengantin perempuan? aduiyaii..camne ni?

so... dengan seikhlas hati nye, 3 orang jejaka dan sorang gadis remaja ( remaja ker? ) bertolak dari Putrajaya.. dengan menaiki kereta Honda CRV milik YM Raja Muhamad Sufian bin Raja Jamaluddin ( mak aii, penuhnye nama ) dan dipandu oleh beliau juga, ditemani Redzuan ( wan oo wan, pening kepala aku ), aku sendiri dan Cik Ainol, kitorang pun memulakan pemanduan. Terlewat setengah jam dari seperti yg dijanjikan ( sepatutnya kul 8pg, salah siapa eak? ), kami gerak menuju ke tol Jalan Duta. Oleh sbb masing2 lum bersarapan, kitorang singgah kat R&R Sungai Buloh untuk isi perut. 1 je msalah R&R Sungai Buloh ni, tempat dia nmpak mewah,nampak gah tapi msalah kat tmpat duduk..xbyk disediakan tmpt duduk untuk makan. Nak xnk kena tggu orang lain habis makan, baru lah boleh duduk isi perut sendiri.. Banyak outlet fastfood tapi tekak melayu ttp jugak nak mkn sarapan melayu..huhuhu

Sampai je kat Highway Bukit Beruntung, jammed melanda. mak aii, membosankan la plak kalo da jammed ni. nak xnk kena le tempuh jugak keadaan. xkn la nak patah balik plak kan.. sia-sia je perjalananku nanti. apa punca jammed kt hway ni?aduiyaii..cam nk agkat je CRV ni, pikul rmai2.. ha, bile lepas je dari tmpt jammed tu, bru le tau pnca nye disbbkan oleh kemalangan antara motorsikal dan lori.. innalillahiwainnailaihirajiunnn.

perjalanan yang panjang seakan tak terasa sbb aku kt blakang tido je, pastu mengunyah ( mmg da xde keje lain, tu jek la keje nye )..cian kt Pian sbb dia sorang jek yang drive smbil2 ditemani Wan..camne Pian? Bahagia ker berbual ngn Wan? Ha, tagline Wan dari masuk CRV sampai le balik semula ke Putrajaya --- " kita da lewat setengah jam..dah rugi setengah jam kat pulau".. ayat ni seakan satu jampi serapah yang wat kepala aku serabut.. sepanjang perjalanan aku dgr ayat tu...

Tengahari tu, berenti berehat kat Hentian Sungai Perak. Hentian Sungai Perak da jadi Sungai Siput lak kan ( sengal...sape la ngn confident nye kata dia kt Sungai Siput.pastu cakap kt tgh2 orang ramai lak tu ). Aku makan Mi Rebus ( kureeng sket le rase dia ), Ain lak mkn Mee Sup ( kuah cam air kosong letak kiub ayam ), Wan makan Pau ( hasil keluaran ayah Ain - tu yg Wan dakwa la ), Pian lak minum air ngan makan Rocky ( Ain mintak 1 wat pen utk hp dia ).. Agak lama kitorang melekat kt situ sbb nak tggu waktu Zuhur.

Mulakan perjalanan semula sebab perjalanan rase nya masih jauh.. Dalam kereta, asyik bercerita, pastu kunyah2 ( Ain yg ajak aku mkn ), Pian marah kitorang sbb asyik mengunyah      ( cam ayah marah anak ), Wan lak wat hal sendiri - yang dia tau mintak resit time kat Plaza Tol.

At last, sampai gak kat Tol Juru - hasil panduan daripada Fauzan yang slalu kol - nak tau le prkembangan kitorang.. pastu ngn rse xbrsalahnye Fauzan serahkan phone kat Cik Ahmad ( bapak mertuamu ), Cik Ahmad ngn baik atinye bgtau jalan. Aku ngn blur2 nye + keyakinan sket dlm diri, cuba paham kan & imagine jalan. Sampai Tol Juru ( kire da nk smpai le tu ), Pian terus belok kiri.. 


PIANNNNNNNNN....SALAH JALAN !!!!!!!!!

" Pian, kita da salah masuk la agaknye"

" Ko la Fendi, kita da salah da kut"

"Ala..berenti le mn2 tnye orang"

"Ish, camne la ni..ketua rombongan salah jalan"

"Bukan salah aku la, kan aku kata terus jek tadi"

" Kita da lewat setengah jam da ni"

" Ada gak kena pelepuk ngn aku" ( dlm ati )

" Xpe..berenti jap kat Petronas"

" Ha, Ain gi le tnye"

Ain masuk kete trus gelak2... "oooo..Sungai Duo ( Dua ), hang da salah jalan da ni..". Ntah apa le yang digelakkan oleh Sang Ain ni.. Rupenye dia gelakkan loghat orang Penang. Aduiyaii...suke btol ko ea Ain.. Kitorang pun cuba nak kembali ke pangkal jalan sebab da sesat ( tu le, xnk dgr ckp org tua, kn da trsesat).. hasil maklumat dan panduan dari Cik Ahmad, kitorang cari jalan semula. Traffic lite dpn, belok kanan, pastu belok kiri, ikut Alor Star ( uits, nak gi Kedah ker? ), ikut je Highway sampai jumpe jalan..

"ish korang nak tau x, aritu msa aku g Penang ngn  mmber aku, kt sini le aku sesat tp kenapa aku leh sesat lagi?"

Eiii...suara sape la tu yang ttba pecahkan keriuhan suasana.. kire da 2x sesat le ni..aduiyaii, mmg buta jalan tul le budak sorang ni..

at last, sampai jugak kitorang kat rumah Tina ( umh mak tok Tina actually ), smpai2 gi le jmpe famili Tina, pastu makan ( mkn lagi? )..xpe, makan free..mmg best..mcm2 aku mkn smpai xleh terisi lagi da perut aku ni..

Malam Di Pulau Pinang

Izat da janji nak bawak jenjalan kat Pulau Pinang.. walaupun baru jek awal Mei aritu aku da pekena Pasembor kat Padang Kota Lama tu.. huhuhu dari ptg si Wan da sebut2 pasal Char Kuew Tiaw yang PALING BEST kat Penang.. aku xkisah bnda tu sume.. xkira le dia yg terSEDAP ke..terBEST ke.. bnda kalo da leh telan, aku telan je..xberkira le jugak..

Malam tu, lepas Maghrib, kitorang gi teman Fauzan ngn parents dia makan malam..kitorang xmkn sbb nak makan kat pulau. Izat da kol2 da..ha xsabar le tu nk bwk kitorang jnjalan..huhuhu pas mkn je, kitorang gerak trus ke umah Mak Tok Tina ( sbb Ain, Izat & Aida da tggu kat sane ).. Fauzan nak ikut, tp...mn leh..pengantin kena duk umh, jaga mak ayah..nnti hilang lak serinya.. ( perghhh ni pantang larang mn ntah aku ambik ni )..

" Jalan nak ke pulau tu jammed..sbb ada expo."

Suara sumbang sape la tu..sengaja je nak melemahkan semangat kitorang ni kan.. huhuhu tapi mmg jammed le kat round about tu..giler la kereta mmg penuh.. bile lepas je area jammed tu, jalan da lancar semula.. sementara jammed, aku kol le akak aku.. Sengaja aku nak kepoh2kan diri aku.. Sengaja nak jeleskan akak aku.. so, gayut la jap ( cheh cam gayut ngn awex jer kan ). huhuhuhu..

Jalan da kembali lengang lepas kitorang ambik pukul 3 kat roundabout tu.. Best gak PP ni time malam kan ( ala, skali skala dtg leh le ckp cmtu.. ).. Perjalanan diteruskan sampai le ke 1 tol.

" ha ni le tol yang nak msuk jambatan tu..nah duit Pian"

" byk le ko...ni bkn tol msuk jmbtan la..aduiyaii sengal nye budak ni"

Arghhh malu aku..kunun nak tnjuk terer, skali je trsalah la plak.. xpe xpe..aku mmg slalu je trsalah andaian.. Rupenye Izat membelok ke Terminal Feri..ooo nak naik feri menuju ke pulau rupanye..

Best..best...best..feri RM 7.70..da naik harga ker?

" Ntah le..bkn mmg camni ke hrga dia?"

" Aritu aku g cma RM 7.00 jek"

"En. Arof kata da naik RM 0.70 da"
















" Ni datang dari mn ni", kata Pian.
" Saya dari Indon Pak", jawab Ain.
" Camne lak minah Indon ni leh sesat kat sini lak", kata Wan.

















" Jalan la Pian..nape berenti lak?" - Wan ckp.
" Ko mmg nak kena tepuk dahi ke Wan?Xnmpak ker lampu merah tu?"- Pian ckp.
" Korang ni nak kena hantuk kepala ker?Tu kan pagar kena ttp tu..Feri xsmpai lagi le sengal" 
   - Aku cakap.
















-huhuu da nak sampai pulau...yey yey yey-















Mana kepala Aida?

No comments:

Post a Comment