Wednesday, August 3, 2011

PERNAH TAK KITA TERFIKIR?


Pernah tak kita terfikir sejauh mana hayat kita di dunia ini? Mungkin juga korang-korang selalu terfikir dan mungkin juga korang tak nak fikirkan langsung sebab matlamat korang adalah “ selagi belum tua, selagi itu kita xperlu ingat tuhan”. Sangat songsang kalau matlamat hidup korang macam tu. Nampak sangat lah yang korang tu lemah iman. Aku bukan apa, tetiba lak hari ni nak meng “post” isu pasal hayat, pasal umur, pasal kehidupan. Al-maklum lah, bulan Ramadhan ni seharusnya kita isikan dengan ilmu-ilmu agama, tentang hal-hal pahala, tentang amalan-amalan sunat dan paling penting adalah mencari keredhaan Allah. Aku bukan ustaz, apatah lagi ulama’. Aku bukan kedua-duanya. Aku cuma seorang lelaki yang banyak dosa dan sedang cuba mendekatkan diri kepadaNYA. InsyaAllah.

Semalam dan malam sebelumnya, sewaktu di surau, aku pandang kiri dan kanan dan seketika waktu, bebola mata aku terpandang seorang lelaki yang telah lanjut usianya. Dengan khusyuk aku lihat dia menyerahkan dirinya kepada Allah. Dia menunaikan solat sunat dan dibibirnya tak putus-putus melagukan zikir-zikir memuji keindahan Ilahi. Aku cuma memandang dan ZUUPPPPPP terlintas di hati aku..

“ Ya Allah..adakah nanti aku akan merasa mencapai usia macam lelaki itu?”

Aku sekali lagi memandang kiri, kanan, hadapan dan belakang..Tertoleh-toleh kepala aku memerhatikan makhluk Allah yang lain. Adakah mereka juga berfikir seperti yang aku fikirkan? Atau mereka langsung tidak melihat apa yang aku lihat? Fikiran manusia berlainan lah Fendy. Tak semestinya apa yang kita pandang sama dengan apa yang mereka pandang. Ya!! Pandangan mungkin sama, tetapi tafsirannya berlainan. Pasti apabila ditanya, jawapannya pelbagai. Ada A, B, C, D, E...sampai Z.

Orang muda pun boleh meninggal dunia. Bak kata ustaz dalam sesi tazkirahnya malam tadi..

“ Belum tentu esok kita hidup. Entah-entah, keluar saja dari surau ni, tiba-tiba rebah dan terus tidak bernyawa”

Benar ustaz, Allah SWT boleh menarik nyawa manusia bila-bila masa sahaja. Sewaktu tidur, sewaktu makan, sewaktu solat, sewaktu mandi di laut ( lemas di laut ), sewaktu memandu ( kemalangan jalan raya ) dan paling teruk dan memalukan adalah sewaktu melakukan maksiat. Nauzubillah..

Sebelum menuju waktu kematian yang kita langsung tak tahu bila tarikh dan saatnya, elok lah kiranya aku ( menasihati diri sendiri ) bersedia dari segi amalan untuk di bawa ke sana. Cuma, cukup ke amalan untuk di bawa ke sana? Pastinya dosa lebih berat dari pahala. Anak muda zaman sekarang, iman senipis kulit bawang sahaja. Katanya selagi muda, selagi itu kena berjimba-jimba. Dah tua nanti, baru lah nak bentang sejadah, menyerah diri kepadaNYA.

Semoga hati aku sentiasa mengingatiNYA dan perbuatan dan tindakan aku hanya untukNYA. Aku takutkan kematian tapi aku tetap pegang janji bahawa MATI ITU PASTI.

Kataku : Ramadhan membawa sejuta rahmat buat kita..

No comments:

Post a Comment