Semalam dah berlangsungnya Majlis Sambutan
Hari Raya Aidilfitri 2011 anjuran Jabatan Perdana Menteri bertempat di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ). Meriah wokkk..memang meriah. Meriah
dengan warga JPM yang sanggup bersesak-sesak untuk sama-sama meraikan majlis
dan menikmati juadah yang disediakan di 13 buah gerai mengikut tema negeri.
Seperti catatan aku sebelum ni, aku dah
bagi tahu yang Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa (
BIUPA ) digabungkan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah ( BPH ), Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran ( SPP ) dan Jabatan Perangkaan yang diamanahkan untuk
mempromosikan makanan dan budaya masyarakat di negeri Kedah. Macam-macam
makanan yang disediakan di gerai negeri Kedah Darul Aman ni. Mengambil lagenda
Mahsuri sebagai daya penarik, sebuah pondok beratapkan rumbia / dauh nipah (
aku tak pasti daun apa sebenarnya ) dan jugak props seperti kuali dodol dan
juga tampi beserta lampu-lampu, suasana di gerai Kedah nampak agak menarik.
Ditambah lagi dengan bendera negeri yang gah digantung di atas pondok. Juga
logo 1 Malaysia yang dipasang di dinding.
Gerai-gerai negeri lain pun tak kurang
meriahnya. Dengan penari-penari, dengan MC yang dibawa khas untuk memeriahkan
gerai dan juga pintu gerbang yang dihias indah. Gerai-gerai memang cantik tapi
kesian juga kat tetamu-tetamu yang datang. Lama sangat nak menunggu tetamu VVIP
iaitu YBhg. Perdana Menteri. Mungkin dia agak busy kut. Tu yang datang lambat
tu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa,
kemudian PM kita melawat gerai-gerai yang disediakan. Berpusu-pusu betul warga
JPM nak ambik gambar PM dan semestinya PM sangaaaaaaaaaaaaaaaaaattt mesra
dengan anak-anak buahnya. WE LUV U PM !!!!! ( sambil mendepakan tangan &
dengan harapan tahun depan dapat bonus banyak lagi ).
Majlis sambutan ni sebenarnya simple saje.
Selesai PM meronda melawat kawasan, majlis jamuan dimulakan. Sebenarnya
kitorang dah serbu gerai dulu sebelum PM habiskan rondaan ke gerai. Pasti jugak
makanan memang cepat habis. Kalau buat bisnes tu, memang SOLD OUT. Sape-sape
yang memang tengah kebuloq kan perut tu, kena usaha lebih la meredah lautan
WARGA KERAJAAN untuk dapatkan makanan.
Aku ? Hahahha cuma dapat Nasi Ulam (
maap..tak engat dapat kat gerai mana )..yang aku nampak cuma tangan orang hulur
makanan aje. Kemudian, kitorang TERPAKSA balik semula ke gerai Kedah untuk
dapatkan makanan yang berasaskan pulut. So, dapat lah sambar Pulut Kuning,
Pulut Sambal dengan Tapai Pulut. Adoiiiii....pulut-pulut aje yang masuk dalam
perut aku. Terus badan rasa sengal-sengal ubi kayu ( cari dalam kamus Dewan,
memang tak adooo... ) Aku dah tak sanggup nak meredah cari makanan. Kepala dah
sakit..Habis makan, terus kepala ting tong..mata jadi kuyu..kompem..ye..kompen
aku punye kolestrol naik mencanak-canak. Memang ada usaha nak membunuh diri dah
ni.. Terus tetiba nak berpuasa untuk hari-hari seterusnya..adoiiii...
Gambar-gambar akan dimasukkan kemudian...
Malas nak transfer gambar dalam PC.
Kataku : Saje je nak meriahkan
majlis..bukan nak makan sangat pun.
No comments:
Post a Comment