Monday, September 5, 2011

SIKAP PEMANDU MALAYSIA

Aku suka memandu lebih-lebih lagi kalau di lebuhraya sebab bagi aku, bila kita berada di atas jalan raya yang luas sambil pegang stereng kereta, kita akan rasa bebas. Bebas menekan minyak menuju ke destinasi yang kita nak tuju. Tapi…make sure la jugak yang kita mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Jangan suka-suka hati nak memandu dengan membabi buta.
Apabila berlakunya kemalangan, aku selalu berfikir …

“ Macam mana kemalangan tu berlaku? ”
“ Siapa yang salah eak?Pemandu A ke pemandu B? ”
“ Pemandu tu mengantok ke?xcukup tidor ke? ”

Jawapannya ada di dalam barisan-barisan ayat di dalam surat khabar. Bagi mereka yang rajin membaca, boleh lah cari jawapan sendiri . Bagi yang malas nak membaca, korang fikirlah sendiri apa punca berlakunya kemalangan-kemalangan jalan raya ni.
Musim perayaan, semua berpusu-pusu nak balik kampung. Mana yang naik bas, awal-awal lagi dah beli tiket bas. Takut-takut kalau tiket bas dah habis, jenuh la nak mencari tiket untuk bas tambahan. Itu pun kalau ada. Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri, lebih senang dan selesa kalau memandu sendiri sebab tak perlu nak terkejar-kejar masa. Bila-bila masa sahaja boleh gerak balik kampung halaman.
29 Ogos 2011…hari Ahad..selepas Subuh..
Aku gerak balik ke kampung halaman di Pasir Gudang, Johor. Hati ni gembira gila sebab tak sabar nak sambut hari raya bersama keluarga. Aku rasa aku antara pemandu yang sangat berhemah di jalan raya. Serius…aku patuhi had laju pemanduan, menukar lorong dengan memberi signal, berada di lorong yang sepatutnya dll.. ( banyak sangat nak disenaraikan ). Bagi aku, di jalan raya lah kawasan maut setiap tahun. Kena berhati-hati supaya tidak berlaku apa-apa perkara buruk.
Namun..dalam pemanduan yang penuh berhemah tu, aku sangat-sangat rasa marah..terkilan..tertekan..kecewa dengan sikap pemandu-pemandu lain yang menjadi pesaing-pesaing di atas jalan raya. Aku tak paham dengan sikap mereka yang berasa gah di atas jalan dan rasa bangga apabila memandu kereta besar..kereta yang CC besar..kereta buatan luar negara.. Sikap dan cara pemanduan mereka menakutkan pemandu-pemandu kereta kecil macam aku. Bukan setakat menakutkan, tetapi membahayakan nyawa orang lain.



Hasil dari pemerhatian aku yang bermata empat ni, aku senaraikan antara apa yang aku nampak kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para pemandu :
i. Terlalu malas nak memberi signal apabila hendak menukar lorong.
- Suka-suka hati je nak tukar-tukar lorong tanpa memberikan signal. Agaknya dorang ni mengharapkan pemandu lain boleh mengagak atau memerhatikan pergerakan kereta dia. Sangat-sangat menyusahkan.
ii. Memandu perlahan di lorong laju.
- Dorang ni ingat lebuh raya tu macam kawasan perumahan kut, boleh suka-suka je nak memandu perlahan di lorong yang bukan sepatutnya. Dengan rasa tak bersalah, pemandu-pemandu ni menguji kesabaran dengan membiarkan pemandu belakang mengekor dengan rasa marah.
iii. Bergurau senda dengan anak-anak semasa memandu.
- Ini satu lagi sikap yang paling aku menyampah. Tolong lah, kalau tengah memandu tu, tak payah le nak tunjukkan sikap mithali seorang ayah tu dengan bergurau senda dengan anak-anak. Aku tahu la anak-anak masih kecil, tapi dalam kereta bukan masa yang sesuai untuk bermain-main dengan anak-anak sebab boleh mengganggu fokus memandu.
iv. Tidak servis kereta dengan baik sebelum memulakan perjalanan jauh.
- Sepanjang perjalanan daripada Putrajaya menuju ke Johor, ada lah 5 biji kereta yang tersadai di tepi jalan akibat rosak. Gaya kereta tetap sama, bukak bonet depan dan pemandu membelek-belek enjin or apa-apa je lah yang ada kat depan kereta tu. Sepatutnya, seminggu sebelum nak memulakan perjalanan, kena lah servis kereta dengan betul supaya tak berlaku kes-kes kereta tersadai di tepi jalan.
Aku berharap sangat supaya pemandu-pemandu Malaysia sedar dan cuba ubah cara pemanduan di jalan raya mahupun di lebuh raya. Biar lah orang nak kata pemandu Malaysia ni skema ke atau terlalu berprotokol ke, yang penting nyawa kita, nyawa ahli keluarga dan nyawa pemandu-pemandu lain tak melayang dek kecuaian sendiri.
Kataku : Tak nak mati di musim raya..

No comments:

Post a Comment