Saturday, October 8, 2011

KHIDMAT PELANGGAN DI PETRONAS



Semalam kami ke Menara Petronas KL. Ada kerja lah kononnya. Bila datang ke sana, aku jangka yang bahagian khidmat pelanggannya bertaraf First Class, tapi ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. Beberapa perkara yang dapat aku kesan ialah :


1. Menyambut tetamu dengan agak kurang mesra. Jawapan yang diberikan seperti tidak menghargai kami sebagai tetamu. Menjawab dengan perkataan " saya pun tak tahu ". 


2. Kadangkala nampak Pegawai Khidmat Pelanggan di kaunter penyambut tetamu tu macam bekerja di kaunter tiket wayang..Tapi rasanya kaunter tiket wayang lagi tertib.


3. Ada Pegawai Khidmat Pelanggan di kaunter yang tidak mengikat rambut dengan kemas. Sekali pandang macam perempuan baru lepas bersalin dan memakai sweater. Sama sekali salah jika kamu duduk di Front Liner.


4. Baju penyambut tetamu yang tidak digosok. Tak pasti sama ada material yang mudah berkeromot ataupun memang sengaja tidak digosok.


5. Kami tidak dapat meneruskan kerja kerana orang yang sepatutnya hendak berurusan tidak menjawab panggilan telefon walaupun selepas 10x panggilan dibuat. Sangat kesian.. Langsung tidak menghormati kami sebagai tetamu.


Rasanya perkhidmatan kaunter di tempat aku kerja lagi baik daripada Petronas walaupun kaunter di sini kecil, namun cara mereka menyambut tetamu memang boleh dibanggakan.




Kataku : Bangga dengan kehebatan Menara Petronas..sepatutnya perkhidmatan yang diberikan juga harus membanggakan..

2 comments:

  1. tetibe aku rasa WAJIB komen kat sini... hahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha..ttba kan?mntang2 aku ada selitkan pujian..huhu

    ReplyDelete