Sunday, November 6, 2011

ANYSS..TAKJUB DENGAN KESUNGGUHAN DIA

Orang kalau badan berisi mesti dia nak kurus dan ada sesetengah yang terlalu kurus pulak, dia mesti nak tambah berat badan. Dalam situasi aku pulak, aku memang nak kurus tapi x nak kurang makan & tak nak bersenam.. hahhaha dan dalam masa sama aku tak percayakan pil-pil dan ubat-ubat kurus ni semua. Semua tu cuma tipu helah sahaja.

Kalau kita ambik pil kurus, sure kat label tu akan bagitau cara-cara pemakanan dan juga bagi syarat yang kita kena buat senaman, jangan ambil makanan berlemak dan kena banyakkan minum air masak sampai kembung perut ( yg ni aku saje tambah ). Tapi korang pernah terfikir tak yang sebenarnya, kalau kita buat rutin mengambil makanan yang seimbang dan tidak berlemak, rajin bersenam dan banyakkan minum air masak TANPA MENGAMBIL UBAT juga sebenarnya dah membantu untuk mengurangkan berat badan. Tak percaya? Kenalah cuba dulu dan lihat hasilnya. Kalau dah lihat hasil, pasti korang akan bersetuju dengan aku.


Tak perlu nak mengambil pil-pil semua, tu cuma cara untuk mempercepatkan penurunan berat badan dan ia melibatkan kos yang agak tinggi kerana perlu mengambilnya secara konsisten. Cubalah luangkan sedikit masa petang dengan turun ke taman dan membuat sedikit pergerakan yang mampu mengeluarkan peluh, dalam masa sebulan pasti akan nampak hasilnya tapi perlu diiringkan dengan pengambilan makanan yang seimbang dan sesuai dengan diet dan keperluan badan kita.

Aku ada  kawan yang betul-betul fokus untuk menurunkan berat badan dia dan sekarang ni, memang nampak hasilnya cuma kata dia, nak maintain tu agak susah sebab kekangan masa untuk dia melakukan senaman-senaman bagi membakar lemak yang dah mengumpul semula. Alah, tak pe lah yang penting awak dah nampak sangat sweet dengan penampilan sekarang..

Sebelum
Selepas



                  
                                                                                                   

Kataku : Usaha Tangga Kejayaan..Kalau takde tangga, xleh berjaya

No comments:

Post a Comment