Wednesday, November 30, 2011

KERJA ITU SATU IBADAH

Kerana masih berpegang dengan kepercayaan KERJA ITU SATU IBADAH itu lah aku masih lagi mampu tersenyum untuk bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.. opppss silap, untuk ke pejabat..


Penat? Ya penat...penat semalam dan kelmarin masih belum hilang, akan bertambah lagi penat untuk yang seterusnya.. Merungut? Ya, kadang-kadang terpaksa merungut..bukan sengaja untuk merungut tapi terpaksa..


Mak selalu pesan " cari duit untuk masa depan, untuk simpanan di saat-saat terdesak "..betul kata-kata mak tu..Aku lupakan masa untuk diri aku sendiri sampaikan diri sendiri tak ada masa rehat secukupnya sampaikan ada kata-kata sinis menerjah kat telinga " bangla pun cuti la hari Ahad "..ya, itu Bangla..tapi aku orang Malaysia..aku bekerja dan kerah tenaga untuk Negara ( katanya..)


Kadang-kadang orang atasan terlalu mendesak dan mendesak untuk bekerja..orang bujang, boleh habiskan masa untuk bekerja..katanya..yelah, itu kata-kata orang yang sudah berkeluarga, menyerahkan segala-galanya kepada orang bujang.


Eh..orang bujang ni memang tak perlu ada life sendiri ke? Orang bujang memang tak layak untuk keluar tengok wayang ke? Keluar shopping ke? Keluar dating? Hurmmm...oooooOOO dalam pemikiran mereka, orang bujang tu perlu bekerja dan tenaga orang bujang perlu diperah sehabis mungkin.


Kadang-kadang aku rasa lelah..Otak ni jadi sakit.. Terpaksa tolak pelawaan kawan-kawan untuk keluar hujung minggu. Terpaksa curi masa untuk ke pasaraya beli barang keperluan diri, semuanya terkejar-kejar..nak bercuti kena fikir banyak kali..katanya..tak ada orang nak membantu kerja..hurmmm..yelah..itu kata mereka..


Kadang-kadang terfikir jugak, sampai bila agaknya akan berterusan macam ni? Sampai tua? Sampai pencen? Hurmmmm..yang pastinya memang tidak, tapi ketahuilah yang aku ni jugak manusia biasa, ada rasa penat, ada perasaan, ada keluarga, ada kawan-kawan dan yang penting...aku ada diri yang perlu aku jaga..KERJA BUKAN SEGALA-GALANYA..


Kataku : Terlalu lama pendam..

2 comments:

  1. kerja di mana-manapun apa2 hal emsti yg bujang yg kena utk keje pada waktu2 cuti...huhu..fahamilah kami pun ada kehidupan gak..huhu.

    ReplyDelete
  2. laa..ingt kan abg pendi mmg suke2 dtg keje hari2 tu..hehehe..tp u need a rest jgk..jom p london!muahaha.

    ReplyDelete