Wednesday, November 9, 2011

TERIMA KASIH..YE TERIMA KASIH...

" Eh..cantik nya baju awak hari ni "

" Tak de lah...mana ada.. "

Selalu kan bila orang memuji akan dibalas dengan kata nafian..Alah, jangan tak nak mengaku pulak. Kebiasaannya orang kita memang macam tu sebab segan nak mengaku dan menerima pujian.

Sepatutnya bila orang memuji..

" Eh..cantik nya baju awak hari ni "

Jawapan kita mestilah..

" Terima kasih banyak-banyak..ala tak lah cantik mana..biasa-biasa je "

Bila orang dah puji, kena jawab terima kasih..Tapi kebanyakan daripada kita akan tersenyum-senyum simpul pastu terus nafikan pujian yang diberikan.

Kalau di negara barat, menolak pujian tu sebenarnya agak kuarang elok kerana pujian tu kan sesuatu yang positif.

So, apa kata lepas ni, kalau ada orang yang puji, kita kena  jawab
TERIMA KASIH ATAS PUJIAN

Aku sampai-sampaikan untuk kita semua sebab benda ni jadi pada diri aku sendiri pagi tadi..




Kataku : Orang kita penuh dengan sifat rendah diri dan pemalu.

No comments:

Post a Comment