Sunday, December 11, 2011

BILA MALAM BULAN GERHANA

Bila malam bulan gerhana, itu tandanya Allah berkuasa
Bila malam bulan gerhana, manusia pun mula teruja
Bila malam bulan gerhana, banyak mata memerhati ke langit sana

Hahahha tak sangka, bijak jugak aku reka puisi macam tu..ye, korang akan kata " alah setakat 3 kerat macam tu, semua orang boleh buat ".. oklah, aku kalah..

Malam tadi berlakunya gerhana bulan dan Alhamdulillah malam tadi tak sia-sia aku tunggu salah satu kejadian yang dirancang oleh Allah SWT.. Langit sangat cantik, oleh sebab ada komitmen pada kerja, so ada moment-moment yang aku terlepas iaitu pada waktu bulan tertutup penuh.. Tapi rupa-rupanya kawan aku kata, waktu tu awan tengah menutupi bulan. Memang tak boleh nampak dari arah tempat kitorang tengok..

Beberapa minit lepas tu, awan mula berarak pergi dan muncullah sang bulan yang sedang gerhana..waktu tu, dah nampak cahaya bulan sebab bumi dah mula bergerak sedikit-demi sedikit.. SUBHANALLAH..indah sangat fenomena yang dijadikan Allah. Walaupun leher rasa sakit sebab mendongak, tapi sekurang-kurangnya rasa berbaloi sebab dapat menyaksikan sendiri dengan dua biji mata.

Kemudian, sekumpulan awam mula bergerak dan menutupi pemandangan nan indah itu. Oleh sebab lama nak tunggu, aku ambik keputusan masuk semula ke pejabat dan meneruskan rutin kerja untuk malam semalam.

Bila lagi lah dapat menyaksikan gerhana macam tu kan? Dengan langit yang bersih walaupun sedikit terganggu dengan kawanan awam yang bermain-main di ruang udara. 


Hasil dari BB aku yang tak seberapa :





pemandangan bulan gerhana..nampak kecik je bulan tu kan..tp okay la, ada bukti jugak

ni pulak pemandangan jalan kat Putrajaya yang bermandikan cahaya


masuk opis semula dan jenguk-jenguk setting untuk Majlis Makan Malam Canon pada malam Ahad


Kataku : Engkau Laksana Bulan..Lalalalalalalalala..tak ingat lirik..

2 comments: