Friday, December 30, 2011

EMOSI TAK STABIL..PERIOD EA?

oh tidak..tak terniat untuk melucah melalui tajuk entry yang entah hape-hape tu..
cuma nak mengutuk diri sendiri saje..lepas berheppy-heppy sangat dengan sambutan Hari Warga PICC, kepenatan melanda bak banjir melanda beberapa negeri kat Malaysia nih. Tu la, org tua dah berpesan..kalau nak berheppy-heppy tu jangan terlalu heppy sangat..nanti tak heppy lak jadinya ( apa aku mengarut lak ni? )

ye la, sehari dan dua hari dan masuk hari ke tiga ni aku rasa kelemahan badan yang teramat sangat dan terbangun lambat setiap pagi tapi masih lagi sempat punch in sebelum jam 7.30 pagi..ajaib kan? ye la, rumah depan office je Jah..confirm la sempat..

bila dah TERbangun lambat, emosi aku mula lah down..mood nak bekerja dah mula menurun ditambah lagi berdepan dengan manusia-manusia yang pelbagai kerenah, bertambah-tambah merundumlah motivasi pagi aku..

cepat-cepat lah sikit masuk tahun 2012 supaya semangat baru akan muncul..

so, kesimpulannya ialah bila akhir tahun, mood makin tak bagus..

sekian, terima kasih.

Kataku : Hari Jumaat penghulu segala hari.

No comments:

Post a Comment