KUALA LUMPUR - Siapa sangka keseronokan lapan sekeluarga yang sedang
asyik menonton televisyen dicemari insiden berdarah apabila salah
seorang daripada mereka dijadikan tebusan oleh seorang lelaki sebelum
'drama' itu mencapai klimaksnya dengan suspek mati ditembak polis enam
jam kemudian.
Kejadian pukul 10.30 pagi semalam di Lorong Raja Muda Musa, Kampung
Baru di sini itu berlaku apabila suspek berusia 34 tahun tanpa seurat
benang tersebut dikejar sekumpulan penduduk yang mengesyaki lelaki
tersebut hendak mencuri.
Suspek yang buntu untuk melarikan diri kemudian telah menerjah masuk
ke dalam rumah mangsa sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap
dan mengacukan di leher seorang kanak-kanak, Fifi Ramadhani Syafrudin,
10.
Enam ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu kemudian
melarikan diri kecuali bapa mangsa, Syafrudin Marlis, 47. Suspek yang
bagikan kerasukan itu kemudian membawa mangsa masuk ke dalam bilik
manakala bapanya kekal di ruang tamu.
Sumber : Kosmo 24 Januari 2012
Komen aku :
Siapa sangka kan benda kalau nak jadi. Selama ni kita tak pernah terfikir insiden macam ni akan terjadi tapi sesungguhnya malang tidak berbau. Nasib baik pihak polis dapat mengawal keadaan dan dapat selesainya dengan baik. Jalan terakhir adalah dengan menembak suspek sebab hasil berita malam tadi difahamkan kat bilik tu dah tak ada jalan lain untuk pihak polis masuk. Bapa tebusan tak dapat nak berbuat apa-apa sebab rupa-rupanya dia pakai kaki palsu, so agak terbatas pergerakan dia. Pengajaran kat sini, walaupun kita tengah duduk kat rumah, pastikan pintu dikunci untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku.
Kataku : Pernah terjadi kes minah indon sembunyi dalam rumah tanpa kitorang sedar.
betul tu... kadang2 kedamaian dalam rumah jangan d sangka tiada kejutan jenayah bila2 masa.. sentiasa lah kita berhati2.. jangan terlalu pandang mudah dengan persekitaran
ReplyDeletebahaya ada di mana2, wlpn di dlm umah sndri.Mmg kene Super waspada!
ReplyDelete