Untung jadi orang
kerajaan..gaji sentiasa je naik, pencen pun ada..perkhidmatan perubatan
percuma..cuti bersalin 3 bulan dan cuti tahun pun banyak.
Ada satu lagi yang
orang kerajaan tertunggu-tunggu setiap tahun..
Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang ( APC ).
Explain dulu
jap..APC ni diberikan kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja yang
sangat cemerlang pada satu-satu tahun disamping memberikan sumbangan yang lebih
kepada jabatan dan juga kementerian. APC
ni jugak diambil kira berdasarkan Penilaian Prestasi Tahunan individu tersebut.
Glamour sekejap
sape-sape yang terima APC. Dulu-dulu ganjaran yang diterima lagi-lah
banyak..dapat tambahan cuti, dapat hadiah jam special edition, dapat pergerakan
gaji melintang lah, menegaklah..huhhhh hidup bagaikan di syorrrga..
Tapi sejak SSM,
kelainan pulak dibuat..penerima APC hanya diberikan sekeping sijil dan duit RM
1000.00. Banyak jugak tuh.
Ramai juga
terkejar-kejarkan APC. Dengar jugak orang kata kalau dah keje lama tapi tak
pernah dapat APC, memang macam tak ada makna. Betul ke?
Bagi aku, pemberian
APC zaman sekarang ni macam dah tak telus. Kebanyakan jabatan dan kementerian
beri APC berdasarkan seniority. Kalau orang tu dah kerja 10 tahun tapi tak
dapat APC lagi, tahun depan confirm nama dia akan dicalonkan. Kiranya menerima
atas dasar KESIAN. Hurm..kalau pandai BODEK pun confirm nama dicalonkan..Dapat
RM 1000.00 free je.
Orang yang tak
pandai bodek dan tak menjadi staff kegemaran boss sure nama dia jauh lagi dari
senarai.
Bukan nak kondem,
tapi benda dah hakikat betul. Nak cakap macam mana lagi kan? Ada hak bersuara,
cubalah gunakan.
Tapi kesian jugak
pada penerima APC yang betul-betul terbaik dalam menghasilkan kerja. Sedikit
sebanyak terpalit sedikit dengan kata-kata “tu pandai kipas boss la tuh” oleh mulut-mulut
orang sekeliling. Eh..kawan-kawan boleh menilai sama ada kita ni pandai buat
kerja atau pun tidak.
Kalau dapat APC tu
biarlah dipersetujui oleh kawan-kawan sekerja lain. Jangan pulak nanti
kawan-kawan buat tak tahu je. Tak nak wish & tak nak pulak kongsi rasa
gembira.. Mesti dalam hati terdetik “ tak layak ke aku terima ni?”
Apa-apa pun nak
wish TAHNIAH kepad kawan-kawan sekerja yang bakal dapat APC. Jangan pandang
serong ea, kawan-kawan aku semua memang layak terima. Persaingan sangat kuat..
Siapa yang bertuah dan usaha lebih, dia lah yang akan terima.
Aku?
Tak kan dalam
tempoh 2 tahun nak dapat lagi kut?
Bagilah peluang
pada kawan-kawan lain.
Kataku : Dah tahu calon-calon APC..
betul....pemberian ni tak telus (x semua tapi majoriti)...kadang2 dalam apa2 hal pun begitu juga..akan dilihat seniority dulu...
ReplyDeletedpt tahun 2009 ke? sy pun dpt tahun 2009..
ReplyDeleteOMG! fendi dah tahu ker! leh gossip-gossip tak?? huhuhu
ReplyDelete