Monday, March 5, 2012

TRANSNASIONAL ONLINE

Sekarang ni, semua urusan cuma kat hujung jari je. Tak payah nak berpanas keluar pejabat atau nak beratur panjang untuk beli tiket.

Syarikat pengangkutan bas Transnasional pun dah mengaplikasikan urusan dalam talian untuk beli tiket. Dah tahu lama pasal perkhidmatan ni, tapi oleh sebab dah lama tak naik bas, so selama tu jugak lah aku abaikan.

Bila mengidam nak naik bas, baru sibuk-sibuk nak cuba beli tiket dalam talian.

Cara dia mudah je :

1.  Pergi ke www.transnasional.com.my

2.  Klik kat BUY ONLINE NOW.



3.  Pilih tempat berlepas dan destinasi serta waktu untuk naik bas.

4.  Masukkan data orang yang akan naik bas.

5.  Semak semula maklumat dan buat pembayaran.



6.  Pembayaran boleh dengan 3 cara iaitu card credit, maybank2u atau CIMB click.

Sangat senang, macam nak beli tiket Air Asia jugak dan sesuai untuk orang pemalas dan suka bertangguh macam aku.

Kataku : Dunia semakin mudah dan manusia menjadi semakin kurang bergerak.



1 comment: