Saturday, March 3, 2012

UNTUK JANTUNG YANG SIHAT

Berjalan untuk jantung yang sihat..

Cabaran dari sorang kawan untuk aku..

Kawan aku cakap jarak antara rumah aku ke office dekat sangat. Lebih baik jalan kaki dari naik motor. Tu kata dia lah kan..

Mak aku pun pernah cakap. Dia kata, kalau dia jadi aku, sure tiap hari pergi kerja dia jalan kaki.

Adoiii..tiap kali mak aku datang rumah aku, dia akan cakap benda yang sama. Aku rasa memang mak aku beriya nak suruh aku jalan kaki pergi dan balik kerja nih.

Memang dekat pun, cuma 10 minit je jalan kaki. Tapi yang tak syioknya bila nak kena mendaki bukit tuh.

Aku pernah cuba jalan kaki pergi kerja. Tapi waktu tu hari Sabtu lah. Sampai pertengahan jalan, ada manusia yang baik hati tumpangkan aku. Aduh beriya aku tolak pelawaan dia, tapi dia tetap beriya juga suruh aku tumpang dia. Nak tak nak aku mengalah jugak. So, terbantut lah impian nak berjalan kaki.

Tapi hari ni aku dah berjaya realisasikan hasrat mak aku. Jam 12.00 tengahari aku berjalan. Peluh dah mencurah-curah tapi aku tetap teruskan perjuangan. Tepat 10 minit aku sampai office. Berjaya untuk kali yang pertama.

Waktu balik pulak hujan renyai-renyai.. Sejuk je badan. Rasa macam sekelip mata je, aikkk dah sampai rumah dah..

Tengah terfikir-fikir jugak ni..Hari Isnin ni nak jalan kaki ke nak naik motor?

Hehehehhee....

 dari sini..kuarters 5R4...

berjalan ke sini..PICC presint 5..


Kataku : Kalau laluan pejalan kaki dah siap sepenuhnya, lebih selesa nak berjalan

3 comments:

  1. Kalo panas terik....berfikir2 jugak kot..ekeke.tapi, kalo pagi nan indah mmg best...:)

    ReplyDelete
  2. hahaha..

    miss cadburry :
    tkut jd hngat2 tahi ayam je..

    YM :
    btul tu..xpe, pasni kna kuar umah awal2 pg..time tgh sjuk..blik pn da ptg kan..so redup je cuaca..

    ReplyDelete