Aku sangat tertarik saat berbual dengan seorang kawan bilamana dia berusaha untuk mencari kerja yang lebih baik untuk menjamin masa depan keluarga dia.
Dia sebelum ni kerja jawatan kontrak, kemudian kontrak tamat dan masih dalam proses untuk penyambungan. Lepas tu, dia bekerja sementara di syarikat landskap sebagai juruteknik kerana dia ada kelulusan / kelayakan.
Katanya dia dah dapat tawaran dari KLCC untuk bekerja di bahagian penyelenggaraan di sana. Alhamdulillah..aku tanya dia kalau dapat tawaran untuk sambung kontrak jawatan sebelum ni, dia minat ke tak?
Katanya, sampai bila nak bekerja dengan jawatan kontrak? Walaupun seronok dengan suasana kerja, tapi gaji menjadi masalah dan dia fikirkan soal masa depan dia dan juga keluarga terutamanya anak.
" Umur aku makin tua, sampai bila nak bekerja dengan gaji macam ni? Ni dah dapat tawaran dengan gaji yang lebih baik, aku terima je lah "
Hurmmm bagusnya dia meletakkan keluarga sebagai yang utama.
Tapi yang aku peliknya, kenapa ada manusia yang punya kerja dan suasana kerja yang baik masih lagi tak bersyukur dengan apa yang dia ada. Tak ada rasa tanggungjawab pada kerja dan tak rasa bersalah untuk buat kesalahan yang akhirnya terpalit jugak pada rakan sekerja yang lain.
Nak cakap lebih, memang tak lah kan sebab itu hal mereka.
Cuma kena lah bersyukur dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Cuba bayangkan kalau tiba-tiba rezeki ditarik, nak cari kerja susah dan tak ada orang nak menggajikan kita. Boleh teruskan hidup ke agak-agaknya?
Kataku :
Masing-masing dah besar
Rezeki ada dimana mana, usaha aje yang perlu...
ReplyDeleteAdando nak ucapkan TANIAH kerana komen yang telah diberi pada entry adando telah berjaya menambat hati adando.
Sila email alamat kepada adando di
aidid.adando12@gmail.com untuk suprise dari adando.
dan sila semak di entry adando:
http://adando.blogspot.com/2012/04/dan-pemenangnya-ialah.html
bersyukur dngn rezeki yang Dia bagi.. cukup sekadar ucapan 'alhamdulilah'
ReplyDelete