Friday, May 18, 2012

RAHSIA PERSONALITI MELALUI GAYA CUTI

Artikel ini diambil dari Buletin Rakan Pembimbing dan nak dikongsikan bersama :-

Setiap keputusan yang kita buat ada kaitan dengan "archetypes" diri kita termasuklah cara gaya pemilihan tempat percutian. Mungkin maklumat ini dapat membantu anda mengenali diri sendiri dan orang tersayang.

PULAU

Keindahan dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang agak banyak untuk merelealisasikan percutian ini, itu bukanlah halangan utama. Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak.

Dari segi personaliti :

Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu sebegini. Selain daripada itu, mereka juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairan sekiranya orang ini agak sensitif dan mudah tersinggung.

BANDAR-BANDAR BESAR

Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian seperti ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak ekslusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar begini memiliki serba serbi kelengkapan dan kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memberikan perjalanan yang lancar kepada percutian.

Dari segi personaliti :

Dikatakan memiliki sifat yakin diri dan mereka tergolong dalam katergori individu optimis. Kadangkala agak keras kepala dan adakalanya sukar menerima pendapat dan pandangan orang lain. Selain itu, soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah meneluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Pendek kata, orangnya sangat boros.

TAMAN TEMA

Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak. Tapi tidak kurang juga ada segelintir orang dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini.

Dari segi personaliti :

Mereka terdiri dari golongan yang ramai kawan. Mereka gemar menghabiskan masa di luar bersama-sama dengan kawan-kawan. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

KOTA BERSEJARAH

Ia merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tidak hairan ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingati pengorbanan para pejuang dahulu kala dalam mempertahankan negara tercinta.

Dari segi personaliti :

Umumnya mereka mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar ditafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan diri, mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar dan bersandal. Mereka ini umpama seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

GUNUNG GANANG

Mendaki gunung, berekspidisi dan menghabiskan masa di kawasan hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama-sama dengan kawan-kawan dalam menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gungun yang menjadi target utama berjaya.

Dari segi personaliti :

Mereka tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah dan kafe-kafe mewah bersama kawan-kawan. Bagi mereka, sikap sebegini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna bagi mereka. Mereka lebih berfikiran terbuka dan bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka bukan individu yang membosankan.

Kataku :
Tak kisah, mana-mana pun aku on je kalau nak bercuti

2 comments:

  1. kalau js suka smua tmpt tu..camne ekkk..hehe

    ReplyDelete
  2. hehhe..kna rgkumkan semua huraian tu..tp ni cma pndpt/kajian ahli psikologi je,xspenuhnya betul..

    ReplyDelete