Masa duk MC lelama kat umah tu, ada lah tengok
Selamat Pagi 1 Malaysia ( SP1M ) TV1..
Kelas ko…tengok TV kerajaan..
Dalam segmen motivasi tu, ada isu bertajuk “
Berdepan Orang Ketiga”
Ni kira fokus pada lelaki yang sudah berkahwin
dan suka pasang orang kedua tak kira lah sebagai kekasih yang nak dijadikan
isteri ataupun sekadar suka-suka untuk mengisi kesunyian.
Pakar
motivasi yang dijemput adalah Dr. Tengku Asmadi. So, Doktor ada berikan 5 sebab
kenapa terjadinya perkara seperti ini :
1.
Fitrah Lelaki
-
Dah menjadi fitrah yang lelaki
normal dan berperasaan akan memandang wanita yang cantik, bergaya dan bergetah.
So, tak salah sebab ianya dah jadi satu kebiasaan.
2.
Jumlah Wanita Lebih Ramai
-
Menjadi tanggungjawab lelaki
untuk menyelamatkan wanita-wanita yang lebih ramai daripada kaum lelaki.
Terimalah hakikat yang ada wanita yang terpaksa berkongsi kasih sesama mereka.
3.
Isteri Tak Cukup Menjaga Suami
-
Ada sesetengah isteri yang
masih belum sempurna dalam menjaga suami mereka. Masa mula-mula kahwin mungkin
semua keadaan sempurna, tapi makin hari makin teruk. Isteri tak nak berhias
untuk suami, tak nak berwangi-wangian untuk suami dan tak nak melawa untuk
suami.
4.
Wanita Mengambil Kesempatan
-
Ada juga wanita yang mengambil
kesempatan atas lelaki yang ada rupa, ada harta. Pada permulaan mungkin untuk
suka-suka dan untuk kepentingan diri sendiri, tapi lama kelamaan timbul
perasaan sayang dan cinta.
5.
Lelaki Berkahwin Lebih “Hot”
- Katanya lelaki yang sudah berkahwin kelihatan lebih hot dan lebih pandai melayan wanita. Sebab tu ramai wanita single yang mencari suami orang untuk dijadikan pasangan.
Kataku :
Dah tu lelaki single ni sape yang nak?
aduhai itu jugak yg nk dicari...ttp lelaki2 hemsem yg lum kawin tu camne plak ye...hehe
ReplyDeletebtol tu JS..contohnya sprti sya..hahahaha
ReplyDelete