Thursday, July 26, 2012

AKAK, LIF DAN SEORANG AKU

kejadian ni jadi minggu lepas..kenapa aku boleh ingat? sebab kejadian tu jadi hari Khamis dan hari ini jugak hari Khamis..so secara tak langsung, peristiwa tu kembali semula kat otak aku..

Ceritanya macam ni...

Aku baru sampai opis, masuk dalam basement and letak motor..terus masuk lif dan tekan butang M untuk ke Mezzanine..

Sedang aku dah dalam lif dan pintu masih terbukak, aku nampak ada sorang akak tu dah berlari-lari nak masuk lif..entah apa yang dikejarnya aku pun tak tau..

Aku yang ada dalam lif ni pun senyum ... tanda mesreeeee pelanggan...


macam ni la rupe aku senyum agaknya...

aku dah tekan button open sementara nak tunggu akak tu sampai ke lif..

sesampainya je akak tu betul-betul kat depan pintu lif...

PINTU TERTUTUP DENGAN SENDIRINYA...

aku dah tekan-tekan button open banyak kali, tapi pintu tu tetap jugak tertutup..

sempat aku tengok muka akak tu...muka terkejut..


kesian woo tengok akak tu sebab dia dah beriya berlari...

mintak maap kak, bukan salah saya..pintu lif yang tertutup sendirinya..

Kataku :
Opis tengah sibuk buat KIK

No comments:

Post a Comment