Tak terlambat untuk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Macam mana dengan raya? Hurmmm biasa-biasa aje, macam tahun-tahun yang sebelum ni. Tunggu dah kawin, dah ada wife, ada mak bapak mertua, ada anak-anak, ha time tu mungkin berubah suasana raya.
Tahun ni balik Batu Pahat, then dah nak hujung-hujung cuti tu baru balik ke Pasir Gudang.
Aktiviti hari raya macam biasa, pergi ziarah rumah pakcik makcik dan yang paling penting kena bagi duit raya..arhhh yang ni memang tak best * kedekut kan?
Yang menariknya, aku dapat duit raya dari abang sepupu. Bak kata adik sepupu aku, mungkin abang sepupu aku rabun kut, tak dapat beza orang yang da kerja dengan budak-budak skolah. Ok, fine..tu ayat jeles dari adik sepupu aku..
sesi menyibuk-nyibuk rebus ketupat..orang lelaki kena jaga ketupat kata nenek aku
ketupat yang dah masak kena gantung, bagi kering..tugas aku jugak la main gantung-gantung
yang ni untuk bagi makan tetamu
tahun ni masak tak banyak, so tak payah le nak hadap ketupat berhari-hari..dapat la makan KFC
tahun ni macam tak ghairah tengok makanan
mangkuk tingkat sangat nostalgia ok..klasik wooo
Kataku :
Gambar beraya tak ada sebab kamera tak charge, so battery kong
anak sapa yg rajin tu...hihi
ReplyDeletelagi meriah kalau kita dah kawen, suasana raya tu tak sama dengan orang bujang...
ReplyDeleteketupat tu menarik.. :)