Impian
nak menjejakkan kaki ke Hatyai akhirnya terlaksana juga. TQ untuk kawan aku,
Oii for this trip planning.
Niat
asal nak naik train dari KL Sentral terus ke Hatyai, tapi dibatalkan dan aku
ambik keputusan untuk naik bas dari Putrajaya Sentral dan turun di Lumut sebab
Oii tunggu kat sana. Dari Lumut, kitorang gerak naik kereta terus ke
Arau,Perlis.
Aku
naik bas dari Putrajaya jam 8.50 malam hari Khamis (13 September) dan sampai
kat Lumut jam 1.00 pagi. Perjalanan ke Arau mengambil masa lebih kurang dalam
4-5 jam termasuk berhenti di R&R Gurun. Wow..satu pengalaman yang menarik
bila dapat travel malam-malam buta memandu menuju ke utara. Mengantuk tu tetap
mengantuk tapi sepanjang jalan macam-macam cerita keluar supaya mata tak
terlelap.
Kitorang
sampai ke Stesen KTM Arau tepat-tepat masuknya waktu Subuh hari Jumaat (14
September) dan masjid pun berhampiran sangat dengan Stesen KTM Arau, memang
sangat memudahkan.
Sebenarnya,
kitorang nak drive terus ke Hatyai tapi oleh sebab masing-masing nakkan
pengalaman naik train, so kitorang park kereta kat Stesen Arau dan sambung
ambik train menuju ke Hatyai. Tapi, kena berhenti kat border
Malaysia-Thailand..kat mana lagi kalau bukan kat Padang Besar kan? Last aku
sampai sini dulu masa 7 tahun yang lepas. Dah tak ingat langsung keadaan tempat
nih.
Beli
tiket dari Arau ke Padang Besar atas train je dengan harga RM 6.00 seorang.
Dari Padang Besar ke Hatyai pulak beli kat kaunter tiket Stesen KTM Padang
Besar dengan harga RM 13.00 seorang. Jenuh kena tunggu kat stesen ni, of course
la kena check Imigresen Malaysia & Thailand, pastu kena tunggu lebih kurang
2 jam kut sebab train nak kena tukar kepala, kena bukak koc. Penantian satu
penyeksaan ok. Dengan keadaan stesen yang under construction, pastu
persekitaran yang tak menarik. Aish…memang tobat. Mungkin inilah pertama dan
terakhir kali aku naik train kalau nak ke Thailand.
Oleh
sebab semangat berkobar-kobar walaupun mata dah jadi mata panda, kitorang
tunggu dengan penuh sabar * kononnya..ikut
ati memang aku mengamuk kat tempat awam tuh. Dari Padang Besar ke Hatyai
tak lama. Aku pun tak sedar berapa lama perjalanan sebab aku tido dengan
nyenyak gile. Penat plus mengantok kut tunggu lama macam orang bodo kat Stesen
Padang Besar tuh.
pemandangan dari atas train dari Arau menuju ke Padang Besar.
tiket beli atas train sahaja..orang tak ramai, so tak jadi masalah
tiket dari Padang Besar ke Hatyai..yang ni kena beli kat kaunter Stesen KTMB
train yang ni nak pergi ke Bangkok..eh tetiba terpikir, gi Bangkok best gak kan?
kepala train is coming...maknanya perjalanan dah nak mula
Sampai
kat Stesen Hatyai, aku macam blur..maklumlah, first time datang ke Thailand,
tambah-tambah lagi baru bangun dari tidor. Macam mimpi je rasa..tapi keadaan
stesen memang daif.. Syukur lah dengan keadaan kat Malaysia.. Ohh tetiba rasa
bangga jadi rakyat Malaysia.
Kehadiran
kitorang yang baru turun dari train tu disambut dengan pelawaan dari
pemandu-pemandu tuk-tuk. Aku teruja bila tengok bangunan dan pemandangan di
depan Hatyai Station. Bangunan biasa-biasa je, tapi dengan tulisan Thailand
merata-rata termasuk di signboard, kat papan-papan kedai & jalan raya buat
aku rasa macam baru keluar dari kepompong. Jakun giler kut..
So,
kitorang jalan kaki nak pergi Hotel Central Hatyai. Oii dah 2 kali pergi
Hatyai, so aku follow dia je lah.. At last, kitorang lost..hahhaha so terpaksa
tahan tuk-tuk untuk pergi ke hotel.. Hotel tu rupanya dekat je dengan Hatyai
Station cuma kitorang tak dapat cari je. Harga hotel untuk 1 malam cuma RM
80.00 . Murah kan? Kat KL boleh ke dapat
harga macam ni? Hotel boleh dikategorikan 3 bintang tapi ok lah. Keadaan dalam
bilik yang selesa. Orang Malaysia kebanyakan suka stay kat Lee Garden Plaza
Hotel ataupun Grand Plaza Hotel, tak pun Pink Hotel. Ketiga-tiga hotel ni
memang betol-betol kat tengah-tengah bandar dan dekat dengan tempat-tempat
tumpuan pelancong. Tapi kitorang sengaja cari hotel yang agak jauh supaya dapat
tengok-tengok tempat persekitaran dan pemandangan bandar Hatyai.
bilik penginapan..selesa jugak walaupun tilam tak empuk
walau tak empuk, tetap nyenyak tido
layankan cerita thailand..tv Msia yang ada pun cuma ntv7 je. baik xyah tengok tv
pemandangan luar hotel..bangunan je lah, dah namapun tengah bandar kan?
Masuk
bilik, terus berehat.. Hujan pulak turun lebat. Memang musim hujan, tak boleh
nak buat apa lah. Petangnya kitorang kuar jalan tengok-tengok bandar Hatyai.
Keterujaan aku mulai hilang pulak bilamana komunikasi menjadi satu masalah
antara pelancong dan jugak orang tempatan. Ni yang paling aku tak suka, mood
merudum jatuh. Rasa macam nak pack barang balik Malaysia je rasa. Nak berbahasa
Inggeris pun dorang tak boleh, apatah lagi nak berbahasa Melayu. Yang aku plak
memang sah-sah tak boleh berbahasa Thailand. Giler…anak Jawa + Bugis nak
berbahasa Thai?
Tempat
tujuan kitorang cuma shopping mall je. Nak tengok baju-baju, nak compare harga
dengan kat Malaysia. Baju-baju, kasut, seluar & semua-semua yang berkaitan
memang cantik-cantik tapi harga tetap sama macam duit Malaysia. So, aku tak
bercadang nak beli apa-apa baju kat shopping mall tapi akhirnya terbeli jugak
sehelai baju kat Lee Garden Plaza dengan harga 2990 bath. Setakat baju T-shirt
tapi sengaja beli sebagai kenang-kenangan balik Malaysia nanti.
orang tinggi macam aku tak leh naik tuk-tuk..kepala cecah bumbung..gilor
member aku buat muka tak tau je naik tuk-tuk..dah biasa katanya
Tempat
lunch kitorang plak kat Hamid Restaurant, berhampiran je dengan Lee Garden
Plaza. Tak berani nak singgah mana-mana kedai makan yang lain. Takut tak halal
je, sepanjang jalan tu bila lalu kedai makan, nampak lah jugak kepala babi duk
digantung-gantung.. Ishhh hilang selera nak makan.. Geli pun ada. Harga makanan
kat Hamid Restaurant ni sama macam kat Malaysia tapi aku rasa macam mahal
sikit. Rasa masakan pun sama je macam masakan Kelantan kat Malaysia. Tak ada
beza.
Kataku :
Sila baca part-2 ( motip? nak suh orang baca? )
mcm best je g hadyai...huhu
ReplyDeletehehhehe..best jugak..tp xada tmpt mnarik sgt..
ReplyDelete