Wednesday, September 5, 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI DATARAN MERDEKA

Pengalaman pertama dalam hidup aku pergi sambutan hari kemerdekaan kat Dataran Merdeka pada 31 Ogos lepas. Jujur cakap, kena paksa dan diwajibkan hadir oleh jabatan. Sure semua jabatan dapat arahan yang sama. Redha je lah, korbankan waktu cuti demi untuk tunjukkan rasa sayang pada negara.

Jam 5.00 pagi dah berkumpul kat opis. Muka sememeh je kut.. Dah le aku terbangun lambat, tapi gagahkan jugak bersiap cepat-cepat supaya tak kena tinggal dek bas. Jam 6.00 pagi baru bas sampai. Siap solat Subuh kat surau opis dulu, baru bergerak ke Kuala Lumpur.

Sampai sana dalam jam 7.15 pagi, bas cari tempat parking. So, menapak dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka. Tak jauh pun. Jalan ramai-ramai memang rasa tak jauh, kalau kena jalan sorang, confirm tak mau. 

Ni gambar-gambar yang sempat diambil. Kitorang lepak jauh dari pentas utama, so memang tak ada rezeki nak snap gambar Agong atau VVIP yang lain. Yang penting tempat lepak kitorang betul-betul depan booth HOTFM. Puas tengok retis-retis lalu lalang. Motip? Retis gak yang aku pandang?


lapar sangat pagi2 dah kena berkumpul..breakfast dalam bas aje lah


dorang dah beratur awal-awal pagi lagi..tak penat ke? * soklan tak menguji minda


barisan teksi-teksi yang akan menyertai perbarisan








barisan penjawat-penjawat awam




mereka dah bosan












Kataku :
merdeka..merdeka..merdeka..

2 comments:

  1. sha pernah pergi sambutan malam kemerdekaan masa kecik2 dulu.. think masa darjah 1 kot..huhu memang seronok :)

    ReplyDelete
  2. i pergi last year! seronok..this year tak sempat ...sebab anak2 lewat bangun...its fun!

    ReplyDelete