Monday, October 29, 2012

KURSUS TEMPAT SENDIRI

Last week ada kursus dua hari..kursus kat tempat sendiri je, so ke'excited'an tu agak kurang..cuma nak cukupkan kursus 7 hari setahun, layankan aje-lah.

Kursus berjalan dengan lancar, cuma bilangan peserta yang tak mencukupi dan peserta-peserta yang sedia ada pulak ada komitmen kerja dan perlu keluar masuk kelas. Inilah bahananya kalau berkursus kat tempat sendiri.
Kursus yang aku attend ni namanya Kursus Pengurusan Pejabat dan Kemahiran Komunikasi Efektif, dijalankan selama dua hari bermula 23 Oktober sehinggalah 24 Oktober..
Mana-mana kursus pun kalau asyik mendengar tanpa ada aktiviti, ianya akan menjadi bosan dan mengantuk. Nasib baik jugak-lah kursus ni ada sesi pembentangan, sesi menari ( menari macam kayu kut ) dan dua tiga aktiviti lain.
 permulaan kursus, buat name tag..nama saya Fendy...

nama grup aku Papaya..kena lukis papaya..eh ni lukisan aku tau..macam budak sekolah tadika

nama-nama ahli kumpulan Papaya
suasana dalam kelas...khusyuk tengok tayangan video
 tayangn video berkaitan dengan customer service
 nota yang diberikan oleh penceramah..ngantukkkkkk...
Dan yang paling penting, grup Papaya menang best presentation bersama-sama dengan grup Manggis.. kumpulan Tembikai pulak menang best participation..grup dorang sporting menari dan jugak kehadiran sentiasa penuh..
 ni lah hadiah hasil kemenangan Papaya..nak buat apa eak dengan benda ni?
 gaya bakal YB berucap..wakil Salak Tinggi
Kataku :
Cukup kursus untuk tahun 2012 

No comments:

Post a Comment