Wednesday, October 24, 2012

POLIGAMI?LAYAK KE?

Lama nak bersharing pasal isu berpoligami tapi nampaknya tak berkesempatan sangat. Permulaan nak bercerita ni berpunca dari kes seorang pemanggil di HotFM yang nak mewujudkan Hari Poligami yang mana cadangannya, nak adakan satu hari yang sang suami boleh menikah lagi satu tanpa persetujuan dari isteri pertama.. Huishhh...Hasil dari panggilan dan cadangan yang tak seberapa nak bagus nih, ramai wanita-wanita yang membuat komen balas yang pedas-pedas.. Marah betol kaum wanita tu semua, MADU tu kan MANIS, kenapa pulak nak marah-marah? Hahhahaha...ok, mati aku kena pancung dengan kaum wanita kat luar tu semua.

Punca kedua pulak yang membuatkan aku nak menulis tentang isu poligami ni pulak bilamana kerajaan Pulau Pinang membenarkan supaya tak perlukan tandatangan isteri pertama untuk berkahwin kedua dan ketiga dan seterusnya..Woowww melompat riang kaum suami kat luar sana dan kaum isteri masih dengan sikap marah dorang sambil mengasah parang panjang.. Gerun tak gerun?

Aku meletakkan diri aku di tengah-tengah. Bukan letakkan aku sebagai khunsa ye, tapi sebagai seorang yang berfikiran neutral dan tidak memihak kepada mana-mana gender...mampooo??

Bagi lelaki yang dah berkahwin dan bernafsu serta masih menggatal, dia akan cari wanita lain untuk dijadikan gf dan bakal isteri kedua. Bagi dorang, dorang nak jaga martabat wanita yang semakin ramai dan membela nasib supaya tak menjadi andartu. Kelas kan alasan macam tu?

Alasan lain, mesti lah katanya nak ikut Rasullullah SAW.. Rasullullah berkahwin ramai sebab membela nasib janda-janda yang kematian suami dalam medan perang dan perkahwinan tu bukan berlandaskan nafsu.. Tolong ingat benda tu semua, baca semula sejarah dan sirah nabawiyah ye!!

Aku tak menolak poligami sebab Allah pun membenarkan perkara ini tapi si suami perlu INGAT dan CERMIN DIRI. Boleh tak membahagiakan kedua-dua isteri? Comfirm tak boleh..Dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. PERCAYALAH.. Si isteri pertama akan merana sebab Si Suami akan melebih-lebihkan pucuk muda. Benda masih bergetah, mesti lebih disayangkan?

Lepas tu mesti timbul isu cemburu. Isteri tua pasti cemburu dengan kelebihan prihatin yang diberikan oleh suami kepada isteri muda.. Setuju tak? Lepas cemburu, mula-lah timbul macam-macam cerita. Bila isteri muda dapat rumah besar, isteri tua nak juga..Kalau isteri muda dapat kereta Merc, isteri tua pun nak jugak. Pembahagian kasih sayang dan harta perlu sama rata.. Mampu nak buat macam tu? Semua kena berlaku adil dan tak menyakitkan hati mana-mana pihak.. Eh..nak tanya lah, kita ni sebagai manusia biasa ni boleh ke berlaku adil dari segi semua benda? Mungkin dari segi harta, boleh la..itupun bagi mereka YANG MAMPU DAN BERHARTA...kalau kerja pun setakat makan gaji, pastu mintak duit isteri buat isi minyak kereta, pergi mati-lah kalau nak berlaku adil kan?Memang tak boleh la jawabnya.

Kalau dari segi kasih sayang dan nafkah, boleh ke?? Benda ni semua secara dalaman.. Boleh berlaku adil ke untuk membahagi kasih sayang? Tak boleh..banyak sangat orang untuk diberi kasih sayang.. Belum masuk anak-anak lagi.. Mampu ke nak buat semua tu?

Tolong tepuk dada tanya selera..

Sang isteri muda dan isteri tua akan sentiasa bersaing untuk mendapat perhatian dari sang suami..saling cemburu mencemburui dan dengki mendengki. Ada kes sampai isteri muda datang serang isteri tua..siap datang rumah, pecahkan pasu-pasu bunga dan maki hamun isteri tua. Eh..ko RAMPAS laki orang, kau pulak nak datang serang-serang? Isteri tua relaks je, isteri muda pulak lebih-lebih??

Banyak dah kes-kes jadi depan mata ni.. Perempuan TAK BOLEH berkongsi suami dengan orang lain.. Sebab sikap cemburu yang menebal dalam diri dorang. Perempuan yang jadi isteri kedua boleh senyum bangga tapi TAK MUSTAHIL kalau suami akan cari yang ketiga dan yang kedua pasti menangis dan rasakan semula apa yang isteri pertama pernah rasa..

kebahagiaan dorang ni semulajadi ke atau diedit oleh media massa?

Kataku :
Eh tetiba pulak menangkan kaum wanita kan?

No comments:

Post a Comment