Wednesday, February 6, 2013

ADA ORANG SENTAP

Ada orang sentap dengan entry aku berkaitan dengan perkhidmatan klinik kesihatan kerajaan. Aku pun tak hingin nak approve komen dia, tapi dalam komen tu ada dia sebut kata macam benda kecik macam tu pun nak komplen-komplen, memang keje or prosedur kerja doktor macam tu dsbnya lah..

Mungkin dia doktor, mungkin dia nurse atau yang berkaitan dengannya atau jugak dia kerja dengan Kementerian Kesihatan Msia.

Nak dimaklumkan yang aku pun kerja dengan kerajaan, so ada masalah ke kalau aku nak komplen dengan perkhidmatan klinik yang memang sama je kat semua tempat. Aku rakyat Malaysia dan aku ada hak untuk bersuara dan cara aku bersuara melalui medium blog ni.. Ada aku kesah ke??

Dia kata memang benda tu biasa, prosedur biasa..dan aku pun boleh cakap yang perkhidmatan klinik kerajaan memang tahap biasa-biasa saje. So what?? Kerajaan sibuk nak transformasi bagai, so sila-lah transformkan perkhidmatan di klinik kerajaan.

Banyak benda buruk yang aku nampak kat klinik kerajaan yang aku tak sebutkan dalam tu dan aku nak sebutkan di sini.

Aku pernah pergi Klinik Kesihatan di Johor Bahru dan dengan selambanya seorang nurse marahkan seorang makcik India yang terkial-kial bertanyakan soalan di kaunter.. Kalau rasa tak nak kerja yang berhadapan dengan orang ramai, berhenti kerja je lah.. Jangan nak biadap sangat..

Masa aku buat medical check up untuk masuk jawatan kerajaan, seorang nurse dengan muka sombongnya menjawab pertanyaan aku dengan sangat kurang ajar.. Tak kira kau tu senior ke apa ke, tapi sebagai orang kerajaan, sila bersopan santun..Bukan bercakap dengan kurang ajar..

Dan lagi satu, kalau rasa nak komen kat blog aku, sila komen yang membina dan tegur dengan cara yang elok.. Dapat lagi komen macam tu, aku akan approve tapi aku sertakan caci maki aku untuk pengomen..

Kataku :
Selagi tak komplen, selagi tu servis tahap jamban



3 comments:

  1. aku cdgkan ada butang like dalam blog ... boleh like terus lepas baca dan tinggalkan komen ... amacam???

    ReplyDelete
  2. hahahha..tapi memang betul pun yg ko kata tu..klinik gomen memang lembab

    ReplyDelete
  3. Ferdz..aku rasa klinik kerajaan ni mmg tgok tempat kot..setakat ni klinik kerajaan tempat aku tinggal alhamdulillah layan aku ok..tp mmg aku pnah dgr la pasal nurse2 yg biadap ngan pesakit..tp tue kat klinik tempat lain.

    ReplyDelete