Wednesday, February 13, 2013

URUSAN PENYERAHAN KUNCI KUARTERS

Selesai dah semua urusan berkaitan dengan kuarters. Selagi tak settle dan tak serahkan kunci kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), selagi tu rasa tak boleh nak tidur malam..katanya lah kan..hakikatnya tidak sama sekali.

Urusan sangat senang, bagi mereka2 penjawat awam yang masih belum tahu tu, meh la aku terangkan serba sedikit prosedur penyerahan kunci dan rumah kepada tuan rumah ( BPH ). Tak perlu nak pening2kan kepala-lah..semuanya mudah,semudah a,b,c..

Mula2, pastikan bila tarikh sebenar korang nak kuar rumah..Ambil satu tarikh dan make sure korang dah kosongkan rumah, dah kemas rumah elok2, dah cuci bagi bersih rumah tu dan tak tinggalkan bau2an yang tidak menyenangkan.

Kemudian, bukak website BPH dan akan keluar yang macam nih :



Nampak tak kat belah kanan tu ada ruang e-temujanji, so klik kat situ dan akan keluar maklumat atau panduan atau arahan dan prosedur keluar rumah.

Paling penting, kena tutup akaun TNB dan SYABAS, kemudian pilih tarikh temujanji. Tarikh temujanji mestilah tujuh (7) hari dari tarikh permohonan. Bila dah confirm tarikh temujanji, apa yang perlu dibuat ialah tunggu hari temujanji dan perlu berada di hadapan rumah pada tarikh dan masa yang telah dipilih. Jangan lewat..sekiranya lewat 15 minit selepas waktu temujanji, kita perlu buat temujanji yang lain.. Masa itu emas dan jangan bazirkan masa orang lain ok.

Masa temujanji tu, perlu bawak kunci asal dan juga kunci pendua. Perlu serahkan kepada pegawai BPH tu. Jangan  mengada-ngada nak simpan kunci pendua, tak ada pekdahnya. Kemudian, perlu serahkan surat akuan penutupan akaun TNB dan juga SYABAS. Borang atau sijil akaun keluar rumah perlu diisi pada waktu itu jugak.

Selesai sudah urusan penyerahan kunci.

Selepas kunci diserahkan, kita kena pergi pejabat BPH untuk hantar dokumen bagi pembayaran balik deposit rumah. Aku bayar deposit dulu dalam RM 300.00. Besar jugak lah nilai tu. Boleh buat tambah-tambah untuk holiday kat Phuket nanti kan. Penyerahan dokumen ni bila-bila masa je boleh pergi. Bukanlah maksudnya lepas serah kunci rumah, terus kena pegi pejabat BPH kan. Kalau semua dokumen dah lengkap, tak jadi masalah.

Dokumen yang perlu disediakan ialah resit asal bayaran deposit, slip akaun bank, salinan sijil masuk rumah, salinan sijil keluar rumah, salinan resit bayaran sewa kuarters di BPH, salinan resit bukti pembayaran tunggakan sewaan dan salinan slip gaji bulan pertama gaji dipotong, slip gaji bulan kedua dan slip gaji bulan terkini.




Pergi ke BPH, Jabatan Perdana Menteri tingkat 7 dan terus ke kaunter. Isi satu borang permohonan pemulangan deposit dan bila dah selesai, boleh balik. Tunggu saje duit deposit masuk dalam akaun. Tak tau bape lama..Hehehhe

Tu lah serba sedikit prosedur keluar rumah kuarters bagi penjawat awam. Sangat mudah, tak perlu tunggu lama.

Mungkin ada benda-benda kecik yang aku tertinggal, kalau rasa tak faham, boleh terus hubungi BPH untuk pertanyaan lanjut.

Sekarang aku dah tak ada kaitan dengan kuarters dan aku lepaskan kuarters dengan perasaan yang lega..Keh3..

Kataku :
Lepas ni nak buat claim pindah rumah pulak



7 comments:

  1. salam saya baru nak serah kunci rumah kuarters nak tumpang tanya , sijil akuan keluar tu nak dapatkan kat mana. sbb saya baca kene lengkapkan sijil akuan keluar tu sebelum serah kunci.tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Borang Sijil Akuan Keluar tu akan dibawa oleh pegawai yang datang untuk check rumah. Jadi nanti sementara pegawai tu check rumah, kita kena isi form tu. Harap2 prosedur nya tidak berubah.

      Delete
    2. o yeke.ok terima kasih

      Delete
  2. ASSALAMUALAKUM.. NK TANYA.. BORANG SERAH KUARTERS NH BOLEH DOWNLOAD KT INTERNET KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..prosedur sekarang saya tidak pasti. Rasa nya tak boleh download. Pegawai BPH akan bawa kan borang untuk kita.. maaf kalau silap, tak pasti kalau prosedur dah berubah. TQ

      Delete
  3. terima kasih atas perincian maklumat yang sangat bermanfaat!

    ReplyDelete
  4. I needed to thank you for this good read!! I certainly loved every bit of it.
    I have got you book-marked to check out new things you post…

    ReplyDelete