Wednesday, May 29, 2013

SELESAI SUDAH INTERVIEW

Akhirnya selesai jugak sesi interview aku untuk jawatan gred 27 ni. Bertempat di SPA, Putrajaya jam 8.00 pagi dan diinterview oleh bekas TKSUK Jabatan Perdana Menteri, aku agak berdebar. Debar yang biasa sahaja kerana aku tak mahu berharap sangat.

Sekarang ni aku rasa 60% – 40%. Mana percent yang dapat, mana percent yang tak dapat, tak nak aku mentionkan di sini. Malu, takut-takut nanti aku kecewa sendiri.

Aku diinterview oleh Datuk Zainol dan seorang pegawai Encik Redzuan yang aku tak pasti dari jabatan mana. 

Antara soalan yang diberikan kepada aku ialah :

·         Tempat kerja dan ceritakan tentang tempat kerja


·         Apakah itu integriti


·         Apakah 6 saranan yang diberikan oleh PM untuk penjawat awam dalam perhimpunan bulanan terbaru


·         Apa kekuatan yang ada dalam diri untuk bersaing dengan calon-calon yang lain


·         Siapakah KSN dan KPPA terbaru di dalam kerajaan

Untuk soalan yang ketiga aku tak dapat memberikan jawapan sebab memang tak tahu langsung tapi aku berikan alasan dengan baik dan sopan. Heheheh...

Tengok cara macam panel suka kat aku ( perasaaaaannnnnnnnn )...hahaha



Kataku :
Keputusan temuduga akan keluar Julai 2013..aku tak nak tengok result..

3 comments:

  1. gud luck ye AF...
    nti blhlah join akak puya group...hihi

    ReplyDelete
  2. tq kak JS..moga ada rzki..aminnn

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete