Saya sudah, anda
bila lagi?? Eh..nak cerita pasal PTPTN ni ha. Kalau keluar iklan PTPTN yang
suruh bayaq utang tu kan, mesti akak aku akan pandang aku dan gelak-gelak.
Eleh..mentang-mentang lah dia wat pinjaman MARA, pastu dah settle bayaq, boleh
la dia gelak-gelakkan aku. Aku memang hati kering, buat tak tau je.
Sampailah satu masa
tu, aku rasa aku kena bayaq jugak PTPTN tu sebab aku taknak dibelenggu dengan
hutang piutang yang tak habis-habis. Tambah-tambah lagi aku tak nak kena black
list untuk ke luar negara (ni yang paling penting..kau mampu??)
So kalau sape-sape
yang dah ada simpanan dan nak bayaq habis, ada diskaun yang diberikan oleh
PTPTN. 20% potongan diberikan. Macam aku ni, pinjam masa study dulu dalam RM
15k, so dapat diskaun aku kena bayaq dalam RM 12k. Erkkkk banyak nye nak kena
bayaq. Habis lah duit aku..boleh minang anak dara orang tu..
Korang boleh pergi
ke mana-mana pusat PTPTN dan mintak penyata. Kalau kat Putrajaya ni, boleh pergi
kat Kementerian Pendidikan Malaysia kat Presint 5 dan pergi kat kaunter yang
disediakan. Isi form dan cetakan penyata akan dibuat dalam masa 10 – 15 minit.
Kemudian, korang
boleh buat bayaran secara cek, bank draf dan seangkatan dengannya. Nanti kena
isi borang lagi, kemudian resit akan diberikan. Kemudian, pegawai di kaunter tu
akan bagitau yang dorang akan emelkan pada kita surat pelepasan pembayaran
pinjaman PTPTN melalui emel atau pun ambik sendiri.
Dan....selesai..senangkan??
ni penyata dari PTPTN. amaun yang kita kena bayar
selepas buat pembayaran, PTPTN akan bagi slip macam ni
resit rasmi pembayaran
Kataku :
Kembali menabung untuk masa depan..
hutang mesti byr kan..akak ngan jpa sbb belajar aritu wat PBU jpa..skrg potong gaji sikit2 hrp2 cepat la abis..nasib ada diskaun aritu ...hehe
ReplyDelete