Tuesday, December 17, 2013

MEMANJAT BUKIT BROGA

Asyik dengar cerita orang lain Bukit Broga je kan, aku pun nak naik jugak. Mana aci kan, asyik orang lain ulang-ulang naik. Konon2, macam kuat stamina nak naik tapi bila dah naik rasa macam nak mati.

Pegi bertiga, orang kata cantik kalau naik time subuh-subuh hari tapi kitorang naik waktu petang hari. Petang tak petang sangat. Pukul 4 mulakan memanjat. Matahari masih panas memancar, perit kulit ni. Dah asal usulnya aku gelap kan, so takde masalah untuk aku.

Cuma yang tak tahan tu bila bab-bab mendaki. Stamina aku masih belum cukup kuat sebab dah lama tak berjogging. Hambik ko... Termengah-mengah nafas aku. Kaki pulak dah macam nak kejang.

Dua kali berhenti sebab aku dah tak tahan. Nampak kan punca dari sape yang buat perjalanan kitorang jadi lambat? Dah mestinya dari aku sendiri.

Kitorang tak naik sampai puncak sangat sebab aku tak larat. Daripada aku mati kat atas bukit tu, baik aku surrender awal-awal.

Tapi apa-apa pun pe"manjatan" tu merupakan satu pengalaman yang menarik. Hari tu macam dah janji kata tu pertama dan terakhir naik Bukit Broga, tapi bila pikirkan cabaran dan bestnya daki bukit, aku rasa akan naik juga untuk masa akan datang. Cuma aku akan pastikan stamina akan kuat!!!!



Kataku:
Tiap minggu kena penuhkan aktiviti



No comments:

Post a Comment