Tuesday, December 9, 2014

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Assalamualaikum...

Tak lengkap kalau datang ke Malaysia tapi tak kunjungi negeri Melaka. Walaupun negerinya kecik tapi warisan sejarahnya sangat besar. Permulaan sejarah dan asal usul kesultanan bermula di sini, namum malangnya Melaka tidak mempunyai sultan yang diiktiraf.

Dengan tagline Melaka Bandaraya Bersejarah, kita akan dapat rasai sendiri nilai sejarah apabila terlihatkan bangunan-bangunan lama yang sangat indah binaannya. Peninggalan penjajah untuk tatapan masa depan anak-anak Malaysia.

Begitulah intro untuk entry aku kali ni. Macam karangan SPM. 

Kawan dari Indonesia nak sangat ke Melaka. Sebagai rakyat Mesia yang mengalu2kan kehadiran pelancong, aku bawaklah ke sana. 

Teruja pulak dorang. Eh bukan setakat dorang yang teruja, tapi aku yang local people ni pun terlebih-lebih terujanya. Tapi aku dapat cover-cover skit level keterujaan tu.

Meh le layan gambar. Gambar sekitar Stadthuys:






Bawah ni pulak sekitar A'Famosa :









setiap weekend malam akan ada show kat sini bermula jam 9.00 malam. aku tak berkesempatan tengok show sebab dah kena gerak balik KL petang hari.

Selain dari kawasan A'Famosa dan Dataran Pahlawan, kitorang gerak jugak ke Jonker Street. Jom layan gambar-gambar :












Sebelum-sebelum ni kalau pergi Jonker Walk ni waktu malam. Memang meriah. Bila pergi waktu siang, nampak lengang tapi tetap seronok dek melayan lot-lot kedai dan rekabentuk bangunan lama. 

Nota kaki:
Tak puas betul meronda kat Melaka.. why Melaka tu best sangat?? why???

No comments:

Post a Comment